Ulasan - Sinopsis Filem HAQ
‘HAQ’ berkisarkan dua orang adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik bermula apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian antara yang betul dan yang salah. Apabila kuasa di genggaman, ke mana arah hati manusia?
Haq mewarisi kuasa luar biasanya daripada ayahnya. Bad tertarik dengan kuasa yang digunakan lalu meminta Ayah Haq mewariskan cara penggunaan kuasa tersebut kepadanya. Namun Bad bukanlah orang yang baik. Hatinya tertarik pada kemewahan dan kesenangan dunia. Bad adalah jenis manusia berhati busuk yang tidak suka melihat orang lain melebihi dirinya. Haq menjadi mangsa buli Bad. Dipengaruhi perasaan tamak, Bad menyalahgunakan kuasa yang dimilikinya untuk merebut segala-galanya, biarpun dia sudah memilikinya. Ketamakan menyebabkan matanya menjadi buta, tidak dapat melihat segala rezeki dan kelebihan yang sebenarnya sudah lama ada di sisinya, cuma dia yang buta untuk tidak melihatnya.
ULASAN FILEM HAQ:
PRO: Visual kesan khas yang digunakan dalam filem Haq adalah baik. Secara visual, filem Haq memiliki visual yang menarik. Hasil seni bina bangunan-bangunan yang menarik di Malaysia dimanfaatkan sebagai latar belakang filem. Seimbas lalu, montaj filem Haq yang menarik ada iras filem dari Thailand, namun itu bukanlah perkara yang penting. Apa yang penting adalah jalan ceritanya yang ada babak-babak yang menarik.
KONTRA: Jalan cerita Haq walau bagaimana pun tidak begitu lancar. Babak-babak yang memaparkan ketegangan berterusan, dan ada babak yang agak kaku, adakalanya boleh buat penonton rasa mengantuk. Watak-watak tidak dikembangkan ke tahap yang memuaskan. Masih ada banyak misteri yang menyelubungi watak-watak. Adakah kuasa yang dimiliki oleh Haq dan ayahnya adalah anugerah Tuhan? Bagaimana pula Bad boleh mempelajari kuasa tersebut?
PRO: Namun aksi-aksi pertarungan yang diselitkan dalam filem ini akan menyegarkan kembali penonton yang mengantuk.
PRO: Watak hero digambarkan dengan baik. Heronya kuat, tegas dan bijak. Betul-betul ada ciri-ciri hero. Ini menarik perhatian penonton. Lakonan watak-watak lain juga adalah baik. Adi Putra berjaya membawa watak antagonis yang diselubungi hasutan dendam dengan baik. Dari segi lakonan, filem ini adalah baik, baik dan baik. Emosi lakonan para pelakon sampai kepada penonton.
KONTRA: Watak-watak yang digambarkan dalam filem Haq memiliki ciri-ciri fasik. Watak-watak ada menggunakan dialog-dialog yang menunjukkan mereka ingat akan kewujudan Tuhan, tetapi budaya hidup watak-watak di dalam filem ini menunjukkan seolah-olah Tuhan wujud sebagai satu kuasa, tetapi perintahnya tidak dituruti sepenuhnya. Terdapat beberapa babak yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti berpegangan tangan, bersekedudukan dan sebagainya. Ada penonton yang mengeluarkan komen sindiran apabila salah seorang watak heroin menyebut seolah-olah dia mengingati Tuhan tetapi pada masa yang sama hidupnya menggambarkan sebaliknya.
KONTRA: Terdapat satu dua babak asmara dan separuh babak aksi di ranjang yang dilakonkan oleh Adi Putra tidak menyenangkan mata memandang, apatah lagi ada kanak-kanak di dalam panggung yang mula bertanya apa yang sedang dilakukan oleh watak-watak tersebut.
PRO: Efek bunyi yang dipaparkan adalah menarik.
KESIMPULAN: Filem Haq memiliki kekuatan tarikan dari segi lakonan, visual dan kesan khas. Secara keseluruhannya, penonton suka melihat kesan-kesan khas yang diaparkan dalam filem Haq ini. Jalan ceritanya walau bagaimana pun adalah biasa-biasa sahaja.
Haq merupakan watak hero dalam filem ini. Ibunya meninggal dalam satu kemalangan yang diakibatkan oleh kesilapan menggunakan kuasanya sendiri.
Bad muncul sebagai watak antagonis dalam filem ini. Semasa kecil Bad menghilangkan diri, dan dengan kuasa yang dimilikinya, dia menjadi kaya raya. Apabila dewasa, Bad kembali semula ke Malaysia untuk memusnahkan hidup Haq.

FAKTA FILEM HAQ
Genre: Aksi - Triller
Format Filem
Tempoh: Masa 90 Minit
Bahasa: Bahasa Melayu & English
Penerbit: Jumaatun Azmi
Penerbit Bersama: Nanu Baharudin
Pengarah:
Fairuz Loy (Tv series Susuk, Ayyad, Seri Maya)
& C.L Hor (Films Kinta 1881, Purple Mirage, 3rd Generation)

PELAKON UTAMA FILEM HAQ
Zul Huzaimy
Anugerah : Festival Filem Malaysia: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 2008
Filem : Wayang, KL Menjerit, Lang Buana, Anak Halal, Syaitan
Nanu Baharuddin
Anugerah : Festival Filem Malaysia: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2007,
Anugerah Bintang Harapan 1992
Filem : Congkak, Waris Jari Hantu, Cinta, Pontianak Harum Sundal Malam,
Perempuan Melayu Terakhir
Adi Putra
Filem : Histeria, Anak Halal, Akhirat
Raja Farah
Filem : Salon, Anak Halal, Apa Kata Hati

|