Kisah Seorang Indigo - Empati, Risiko Kuasa Absorb
Minggu sebelumnya, aku membantu beberapa individu. Untuk membantu individu-individu ini, aku perlu menggunakan salah satu seni dalam kuasa Absorb yang amat berisiko, iaitu Empathic.
Kelebihan Empathic, ialah aku mampu mengenali dan menghayati jiwa dan pengalaman seseorang, seolah-olah aku adalah orang itu. Dengan itu, aku boleh mencari jalan penyelesaian untuk membantu orang tersebut. Keburukan Empathic ialah, aku juga akan turut merasai dan menjiwai apa yang orang itu rasa. Contohnya ketagihan terhadap rokok, perasaan sedih, dendam, marah, keliru, loya, memberontak, marah, bernafsu syahwat, dengki, tamak, fobia, trauma, takut, bimbang, murung, gelisah dan lain-lain jenis perasaan.
Kuasa Empathic juga membolehkan aku menyerap dan mengetahui tahap potensi seseorang. Pendek kata, aku boleh mengesan bakat-bakat baru dengan kuasa ini dan kemudian memiliki kebolehan yang sama atau mencapai kebolehan yang lebih hebat berbanding pemiliknya. Namun, sekiranya kuasa Empathic digunakan ke atas orang-orang yang mempunyai sifat suka mencuri, suka merokok dan sebagainya, maka kesan buruknya akan membuat pengguna kuasa Empathic menderita semata-mata untuk menghalang perbuatan yang berteraskan ketagihan seperti merokok, atau berteraskan emosi seperti perasaan dendam, dengki, murung, sedih dan marah. Pendek kata, dalam sementara waktu, pengguna Empathic juga akan merasai ketagihan merokok walaupun dia tidak merokok. Mujurlah rokok merupakan material luaran yang boleh dijauhi. Perasaan seperti dendam, murung dan marah pula sukar untuk dielakkan, pengguna Empathic terpaksa mengawal perasaan diri supaya tidak terpengaruh dengan emosi luaran yang diserap.
Untuk beberapa waktu, aku tidak boleh lagi menggunakan Empathic. Namun kuasa Empathic kadangkala terlaksana tanpa diduga. Ini disebabkan faktor Instinct dalam salah satu terma Deria Keenam.
Aku mohon ketabahan diri untuk mengendalikan kesemua jenis perasaan-perasaan yang aku hayati daripada individu-individu yang aku mahu bantu. Kesan-kesan sampingan Empathic akan hilang, tetapi memakan masa yang agak lama.
NOTA: Absorb dan Empathic merupakan dua istilah ciptaan Amiene Rev, merujuk kepada salah satu cabang deria keenam yang dimiliki oleh sesetengah golongan Indigo.

|