Hakayu dan Marika
Hakayu dan Marika
Penulis: Amiene Rev (C) 2010
Penulis: Amiene Rev (C) 2010
Ini kisah kanak-kanak. Hakayu, dan Marika. Hakayu pergi. Marika datang. Datang Marika, Hakayu pergi.
Hakayu kata, "pergilah, carilah musim bunga jika musim bunga tidak datang."
Marika kata, "di mana ada musim bunga? sekarang musim salji, dingin."
Hakayu kata, "kalau kita terus berjalan-jalan, mengembara, pasti bertemu musim bunga."
Marika kata, "musim bunga akan datang juga."
Hakayu kata, "tapi, kalau kita pergi cari sendiri musim bunga, tak payah tunggu lama-lama."
Marika kata, "kenapa mahu susah-susah mencari musim bunga. Kita pun tahu, musim bunga pasti akan datang."
Hakayu kata, "musim bunga tahun ini, lambat tiba."
Marika kata, "...."
NOTA: Sebenarnya, aku (sang penulis) sangat sibuk untuk menulis. Namun, aku percaya, aku harus boleh menulis pada hari ini. Kerana selalunya aku pasti akan dapat menulis dalam satu hari, biarpun cuma satu abjad. Dan, aku buktikan, aku boleh.
|