BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, April 27, 2010

Dialog 4 - Penaip

Setiap hari saya menulis dialog. Setiap hari aku melakarkan kata-kata, kemudian memadamkannya dan menggantikannya dengan susunan perkataan yang lebih diyakini halal. Selaku penaip, saya tidak hanya memaparkan tulisan di blog, saya juga menyiapkan kertas kerja, strategi, laporan, skrip dan sebarang dokumen yang berkaitan dengan kehidupan saya.

Dan saya menyedari, setiap tulisan saya semakin hari semakin ringkas. Kerana itu, saya harus bertanya kepada diri saya sendiri, adakah teknologi hari ini berubah dan mempengaruhi kehidupan saya.

Realitinya, saya dipengaruhi matlamat hidup, dan bukannya teknologi.