BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 29, 2009

Ulasan Filem Jin-Notti - Filem Kelakar Teladan Yang Wajar Dipuji

Ulasan Filem Jin-Notti 2009
"Filem ini menegur sikap biadab yang makin berleluasa di kalangan masyarakat kini, tepat pada masanya. Masyarakat Malaysia memang patut menonton filem ini."
Ulasan Filem Oleh Amiene Rev (C) 2009

Ketika adab dan kesopanan semakin dilupai pada masa ini, masyarakat kita memerlukan sebuah karya teguran dan teladan. Jin-Notti tampil sebagai sebuah filem wira yang sarat dengan teguran, sesuai untuk ditonton oleh masyarakat pada masa kini yang makin bertambah bilangan golongan biadab, tidak tahu adab dan suka mencarut. Terima kasih buat KRU, yang suatu ketika dahulu merupakan kumpulan rap remaja yang popular dan amat saya minati, kerana menerbitkan filem seperti ini. Filem ini menegur sikap biadab yang makin berleluasa di kalangan masyarakat kini, tepat pada masanya. Masyarakat Malaysia memang patut menonton filem seperti ini.


Sinopsis Ringkas Filem Jin-Notti:
Berbeza dengan manusia, jin (di dalam filem ini, jin digambarkan sebagai syaitan) yang baik dianggap sebagai melanggar undang-undang jin. Berbuat baik merupakan satu kesalahan, manakala berbuat jahat merupakan satu kemuliaan bagi jin.

Filem Jin-Notti mengisahkan Notti, lakonan Fara Fauzana yang merupakan seekor jin yang baik hati, dan memiliki kebolehan untuk mengetahui niat atau nawaitu seseorang secara ghaib. Disebabkan Notti tidak pernah melakukan kejahatan, dia telah dihukum penjara selama tujuh tahun. Pada usia 132 tahun, Notti dibebaskan dan dibicarakan. Jinbara, peguam bela yang juga merupakan mentor kepada Notti, telah meminta Ketua Hakim Jin untuk memberi tiga peluang kepada Notti untuk melakukan kejahatan di dunia manusia. Hakim bersetuju, lalu menghantar Notti ke dunia manusia supaya Notti dapat membuktikan kepada kaum jin bahawa dia juga boleh melakukan kejahatan. Seutas jam tangan yang akan berbunyi setiap kali Notti berjaya melakukan kesalahan telah dipakaikan ke tangan Notti.

Notti turun ke dunia manusia secara rasukan. Dalam erti kata lain, Notti menumpang ke dalam tubuh manusia, dan berupaya mengawal tubuh manusia tersebut, selain memiliki segala kemahiran, pengetahuan, pengalaman, bahasa percakapan dan lain-lain sifat fizikal manusia yang ditumpangnya.

Dalam filem Jin-Notti ini, Notti menumpang ke dalam tubuh tiga orang wanita, iaitu Ruby, (seorang gadis Punk), Yvonne (kekasih seorang ketua kongsi gelap) dan Sharifah (seorang peguam bela). Menerusi watak-watak inilah, Notti bertemu dengan Mawi dan jatuh hati dengan Mawi. Siapakah Mawi yang sebenarnya dalam filem ini? Adakah Mawi seorang lelaki yang jahat atau seorang lelaki yang baik? Untuk tidak mengecewakan pembaca yang anti-spoiler, saya menyimpan dahulu kesemua jalan cerita yang menarik dalam filem ini. Begitu juga dengan watak seorang ayah yang sekian lama dicari oleh Jin-Notti di dalam filem ini. Untuk mengetahui apakah sebenarnya kisah silam Notti, dan bagaimana ayah Jin-Notti boleh terlontar ke dunia manusia, tontonlah filem Jin-Notti ini.

Ulasan Filem Jin-Notti:
Filem Jin-Notti sarat dengan teguran dan sindiran. Sikap biadab manusia dibidas dengan baik. Contohnya, sesiapa yang tidak pernah mengambil kisah untuk mematikan bunyi telefon bimbitnya semasa di dalam panggung wayang, maka individu tersebut pasti akan berasa malu atau diketawakan sekiranya individu tersebut masih terus dengan sikap sambil lewanya untuk tidak segan silu menggunakan telefon bimbit di dalam panggung wayang.

Filem Jin-Notti juga membidas sikap tidak tahu malu dan biadab di kalangan manusia pada masa kini. Sikap mementingkan diri sendiri, tidak ada kesedaran sivik, tidak menghormati orang lain, suka memaki hamun, mencarut, berkelakuan buruk dan seumpamanya dibidas menerusi dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak jin di dalam filem ini.

Babak pertarungan berdarah di dalam filem Jin-Notti, boleh dianggap agak ganas. Mawi kelihatan bersungguh-sungguh melakonkan wataknya. Walaupun ini boleh dikatakan lakonan pertama Mawi, selain iklan-iklan yang sering kita lihat di kaca televisyen, saya berpendapat aura Mawi masih ada di dalam filem ini.

Mawi di dalam filem ini merupakan seorang pemuda yang dingin dan mempunyai rahsia dan misi yang tersendiri. Babak paling menarik di dalam filem ini adalah babak ketika Mawi membaca Al-Quran di sebuah pondok di tepi sungai berbatu yang damai. Pemilihan ayat Al-Quran memang kena dengan mesej yang mahu disampaikan menerusi filem ini.

Tahniah kepada pihak penerbitan filem Jin-Notti. Watak Jinbara yang dilakonkan oleh Cat Farish boleh dianggap sebagai penguat jalan cerita ini. Tanpa watak Jinbara, filem ini boleh dianggap tidak lengkap.

Kesimpulannya, filem Jin-Notti mempunyai mesej yang baik. Kemunculan filem seperti ini memang dinanti-nantikan. Filem kelakar yang mengandungi unsur teguran seperti filem Jin-Notti ini wajar disambung lagi. Siapa lagi penerbit filem di Malaysia yang bakal menerbitkan filem bertemakan komedi teladan seperti filem Jin-Notti. Tahniah sekali lagi buat pihak penerbitan filem Jin-Notti kerana idea bernas anda menghasilkan filem seperti ini. Cara penyampaian mesej seperti filem Jin-Notti ini memang amat saya nanti-nantikan.

Sabtu, September 26, 2009

Tanya Sama Amiene Rev - Apa-Apa Sahaja

Di dunia ini ada persoalan yang akan timbul di kepala sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Ini kerana manusia itu memiliki akal dan pemikiran. Apabila manusia malas memikirkan sesuatu, maka mereka pun berotak lembu. Apabila manusia rajin memikirkan sesuatu, maka mereka lebih pintar daripada patung batu 'The Thinker' yang berada di National Museum. Adakah anda memiliki sebarang persoalan yang tidak pernah terjawab? Sudah pasti perkara seperti ini boleh mendatangkan rasa ingin tahu dan semangat inkuiri yang semakin meluap-luap.

Adakah anda sudah puas berusaha mencari jawapan bagi satu-satu persoalan, tetapi anda tidak pula menemui jawapannya? Adakah anda sudah berasa sangat pening kerana anda langsung tidak menemui jawapan bagi persoalan yang anda ingin tanya? Mungkin, sudah tiba masanya untuk anda bertanya kepada Sir Amiene Rev untuk mendapat jawapannya.

Syarat-syarat penyertaan Tanya Sama Amiene Rev cukup mudah. Anda cuma perlu bertanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Setiap soalan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi tidak akan dilayan. Apakah itu Bahasa Melayu Tinggi? Bahasa Melayu Tinggi adalah juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Standard. Sama sahaja seperti anda menulis ayat-ayat di dalam karangan Bahasa Melayu. Segmen Tanya Sama Amiene Rev adalah bertujuan menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi di kalangan manusia, tidak kira anda dari negara mana pun.

MYDIN - Temuduga Terbuka - Kekosongan Jawatan di Pasar Raya Besar MYDIN - Kubang Kerian

MYDIN TEMUDUGA TERBUKA
Pasar Raya Besar MYDIN akan dibuka di Kubang Kerian

Kami memerlukan SEGERA pekerja tetap bagi memenuhi KEKOSONGAN JAWATAN di Pasar Raya Besar MYDIN, Kubang Kerian, Kelantan seperti di bawah:-
  • Pembantu Jualan
  • Juruwang
  • Pembantu Stor (Pasar Raya Kubang Kerian & Gudang Pengkalan Chepa)
  • Pengawal Keselamatan
  • Penyelia / Penolong Penyelia (Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang peruncitan)
  • Pemandu Lori / Pemandu Forklift
GAJI + ELAUN LATIHAN RM500.00*

Calon-calon yang berminat boleh datang untuk ditemuduga di cawangan kami seperti di bawah bersama-sama salinan sijil-sijil yang berkaitan dan gambar berukuran pasport:-

TEMPAT:
MYDIN KOTA BHARU EMPORIUM
Lot 69, 241 - 245, Seksyen 8, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu
Tel: 09-748 2864 H/P: 019-358 7646 (En. Rusni)

TARIKH:
Sesi Pertama: 29hb-30hb Sept. 2009
Sesi Kedua: 15hb-16hb Okt. 2009

MASA:
10:00 pagi - 5:00 petang

*Tertakluk kepada terma dan syarat.




Rekabentuk iklan MYDIN oleh Amiene Rev
Untuk tempahan iklan sila rujuk jaringan
yang disertakan di bawah:


KLIK DI SINI


Poster Filem Paling Seram 2007 - Captivity

Captivity (2007)
Wanita atau kanak-kanak selalunya dijadikan watak dalam poster filem seram. Watak wanita dalam keadaan mencemaskan juga sering digunakan sebagai elemen utama dalam filem seram. Poster ini memaparkan seorang wanita yang berada dalam ketakutan, tertimbus di dalam tanah. Wanita ini meronta-ronta, dan sekiranya kita lihat pada cara dia menekan cermin kaca, dan wap air hembusan nafasnya di dinding kaca, maka sudah pasti kita yang boleh berfikir ini boleh menyimpulkan bahawa wanita ini ditanam hidup-hidup. Bagaimana perasaannya ditanam hidup-hidup?

Poster Filem Paling Berkesan - The Simpsons Movie (2007)

Warna kuning, perkataan The Simpsons dan donat 'pink' sudah cukup berkesan untuk menerangkan filem ini filem apa. Siapa tidak kenal The Simpsons? Siri kartun yang amat popular.

Poster Filem Paling Ngeri - The Eye (2008)

Saya percaya, tidak ramai yang mampu merenung poster filem The Eye ini lama-lama. Kebetulan saya peminat Jessica Alba. Oh, tidak, ini tidak ada kaitan dengan poster filem ini. Sebenarnya, salah satu faktor yang menarik tentang poster ini ialah objek di dalam mata. Sesiapa pun akan berasa terganggu apabila melihat poster filem ini, seolah-olah ada sesuatu di dalam mata. Poster filem ini berjaya merangsang sel-sel otak untuk mengalirkan air mata atau membuatkan penghayat seni merasa sakit mata!

Jumaat, September 25, 2009

Giant Betta - Plakat Yak - Ikan Pelaga Bersaiz Gergasi - 4 Inci atau 10 cm

Jarak Privasi Sarang Buih Ikan Betta dan Baka Giant Betta
Pengkaji: Amiene Rev (C) 2009

NOTA: Giant Betta merupakan salah satu kajian Dr. Amiene Rev terhadap genetik ikan Betta. Projek ini yang bermula sejak beberapa bulan lalu (sekitar April 2009) dan telah membuahkan hasil di mana, proses kacukan ikan Betta yang dijalankan oleh Dr. Amiene Rev telah berjaya menghasilkan baka Giant Betta.

Jarak Privasi Sarang Buih Ikan Betta:
Berdasarkan hasil kajian, saya mendapati jarak privasi atau jarak penaklukan kawasan bagi satu-satu sarang buih ikan Betta jantan ialah sekitar 2 kaki. Dalam jarak 1 kaki, ikan Betta jantan yang menjadi tuan kawasan akan menghalau mana-mana ikan Betta yang menghampiri sarang buih mereka. Dua sarang buih telah pun terbentuk, setiap satunya berjarak 2 kaki, dan dijaga oleh dua ekor ikan Betta jantan yang berlainan. Penjaga buih ini masing-masing adalah dua ekor ikan Betta gergasi, atau Giant Betta berusia sekitar 5 bulan dengan saiz sekitar 2-3 inci.

Asal-Usul Giant Betta:
Sekitar tahun 1999, Uncle Sala dan Encik Natee Ratanapichet telah menemui seekor ikan Betta bersaiz gergasi di ladang ternakan ikan Betta mereka. Saiz ikan Betta tersebut adalah 3 kali ganda lebih besar berbanding ikan Betta biasa. Saiz ikan Betta dewasa yang biasa ialah sekitar 3 cm panjang, manakala saiz ikan Betta Gergasi boleh mencapai 10 cm panjang. Saiz Ikan Betta Gergasi mengikut usia adalah seperti berikut:
  • 3 bulan = 3-4 cm panjang = sekitar 1.5 inci
  • 6 bulan = 5-6 cm panjang = sekitar 2 inci
  • 9 bulan = 7-8 cm panjang = sekitar 3 inci
  • 12 bulan = 10 cm panjang = sekitar 4 inci
Kembali kepada kisah Uncle Sala dan Encik Natee. Mereka berdua kemudiannya mencari ikan Betta betina yang paling besar saiznya untuk dikahwinkan dengan ikan Betta jantan gergasi tersebut. Hasilnya, mereka berjaya mendapat lebih banyak ikan Betta bersaiz gergasi.

Kewujudan ikan Betta bersaiz gergasi tidak begitu mendapat perhatian dunia, sehinggalah pada tahun 2002, Uncle Sala dan Encik Natee membawa ikan Giant Betta mereka menyertai IBC - International Betta Fish Competition di Amerika Syarikat. Pada pertandingan tersebut, ikan Giant Betta berjaya menarik perhatian dunia.

Pada tahun 2003, satu cabaran telah berlaku terhadap Uncle Sala dan Encik Natee. Ladang ternakan ikan Betta mereka dijalankan di atas tanah yang disewa. Tuan tanah ingin menjual tanah tersebut. Oleh itu, Uncle Sala dan Encik Natee terpaksa mengurangkan bilangan kolam mereka daripada 300 kepada 70 sahaja, dan kesemua ikan-ikan itu dipindahkan ke rumah mereka.

Tahun 2004, Dr. Gene A. Lucas, seorang pakar genetik, telah mengunjungi ladang ternakan ikan Betta Uncle Sala dan Encik Natee, untuk melihat dan mengkaji kewujudan ikan Giant Betta ini. Kehadiran Dr. Gene A. Lucas secara tidak langsung telah mengiktiraf Uncle Sala dan Encik Natee sebagai pembiak ikan Giant Betta terutama dan mungkin yang pertama di dunia. Kini, ikan Giant Betta semakin mudah didapati di serata dunia dan mudah diperolehi di kedai-kedai ikan peliharaan mewah.

"To breed your own Giant Bettas, simply pick the largest male and female fish you have. Once they've bred pick the largest male and female fish from that brood, and pair them. Continue doing this until you have a high percentage of giant fish in one brood. After that, take your Giant Betta and breed them with other regular sized fish to create whatever colors and fin types you wish." - www.giantbettasworld.com

Saya kini bakal membawa beberapa ekor ikan Giant Betta yang telah saya besarkan sendiri di kampung untuk dibawa ke makmal kajian saya. Saiz ikan Giant Betta saya kini ialah 3 inci, berusia sekitar 6 bulan, dan merupakan salah seekor daripada berpuluh-puluh ekor ikan Giant Betta yang saya ternak di kampung. Saiz ini sebenarnya jauh lebih besar berbanding Giant Betta yang dibesarkan oleh Uncle Sala dan Encik Natee, jika dikira menurut usia.

Sementara itu, saya yakin Dr. Gene A. Lucas juga pasti sudah menemui formula yang sama untuk membiakkan ikan Betta bersaiz gergasi ini. Pertemuan saya dengan Dr. Gene A. Lucas pasti menarik pada kemudian hari. Diskusi tentang genetik ikan Betta boleh dirunding ke peringkat antarabangsa.

Rujukan:

Wanted - INT. OFFICE

SKRIP SEBABAK: Wanted
SKRIP FILEM OLEH AMIENE REV

INT. CONVENIENCE STORE

JAMES sedang membeli ubat anti-depressi. Ketika itulah dia terdengar bisikan ANGELINA JOLIE. James menyedari, mereka berdua sedang diekori oleh beberapa orang pembunuh upahan.
BISIKAN ANGELINA JOLIE
James, ayah kamu dulu hebat amat. Dia adalah anggota terhebat dalam organisasi rahsia kami. Kini, kami akan menarik kamu menyertai kami, kerana kamu ditakdirkan untuk membunuh Thomas Kretschmann, iaitu orang yang telah membunuh ayah kamu.

JAMES MCAVOY
Saya tak mahu terlibatlah. Bunuh-membunuh ni berdosa. Tak ingat Tuhankah?

(pause)

Tak boleh jadi! Kalau saya tak bunuh Thomas Kretschmann itu, nanti pengarah marah! Sebab ini cuma sebuah filem, bukan bunuh betul-betul pun. Baiklah Angelina Jolie, biar saya yang bunuh Thomas Kretschmann.
Lalu kedua-dua watak utama itu pun saling tembak-menembak. Lalu, setiap kali peluru yang dilepaskan mereka menembusi otak para pembunuh upahan, maka darah pun bertaburan dan isi daging dan otak di kepala setiap mangsa bertaburan mengenai lensa kamera. Darah merah, pekat mengalir sehingga penonton tidak dapat melihat apa yang telah berlaku. Kemudian tiba-tiba, keluar sebelah tangan yang memegang tuala putih, lalu mencuci lensa kamera sehingga bersih.
JAMES MCAVOY
Teruk! Teruk! Saya tidak sangka saya telah berlakon dalam sebuah filem yang begitu ganas! Filem seperti ini tidak akan lulus tayangan untuk kanak-kanak! Kalau begini, saya tidak akan ada peminat cilik!

BISIKAN ANGELINA JOLIE
Jangan jadi bodoh, James. Zaman sekarang ini semua yang mustahil adalah tidak mustahil. Kalau di Malaysia, filem ini pasti akan ditapis supaya boleh ditonton oleh semua peringkat umur. Ayuh, lari!
Mereka berdua pun lalu melarikan diri, meninggalkan THOMAS KRETSCHMANN yang masih memburu mereka di dalam kedai tersebut.

Poster Filem Blockbuster Terbaik - The Dark Knight 2008

Mesej yang dipaparkan menerusi filem ini sesuai dengan judul dan jalan cerita The Dark Knight. Runtuhan bangunan yang menggambarkan nilai-nilai kemanusiaan yang semakin merosot, disertakan dengan nilai-nilai vandalisme Batman menerusi simbol api yang membara yang tertera di tingkap-tingkap bangunan. Watak Batman yang memandang ke atas, barangkali ke langit menggenapkan lagi poster filem ini. Sebuah karya yang jelas.

Khamis, September 24, 2009

Sewa Iklan Di Blog Atau Laman Web

VERSI BAHASA MELAYU | ENGLISH VERSION


Jenis-jenis Kotak Iklan Di Blog Ini
Iklan yang disewa akan dipaparkan di bahagian sisi blog ini. Saiz kotak ikalan dikira mengikut lebar x tinggi dalam unit pixel.

160x90 pixel

160x160 pixel

160x200 pixel

Berminat untuk beriklan dengan kami? Sila hubungi e-mel di atas.

Blog Advertisements Price Rates

VERSI BAHASA MELAYU | ENGLISH VERSION

Type of Advertisement Boxes:
There are currently 3 type of ads box available for this blog. The ads will be put on the side of this blog. The size is in width x height in pixel.

160x90 pixel

160x160 pixel

160x200 pixel

If you feel interested, you may contact me via e-mail.

Poster Filem The Dark Knight 2008 - Paling Berkesan

Poster filem berjenama Batman ini, yang merupakan salah satu versi poster untuk filem The Dark Knight ini kelihatan ringkas, tetapi mesejnya amat tajam. Watak Joker yang mulutnya dikelar sehingga ke pipi melorekkan tulisan berbunyi "Why So Serious?" di kaca dinding yang berkabus, meninggalkan kesan ngilu kepada penghayat seni. Sebuah poster yang berjaya memaparkan mesej dengan cukup berkesan!

Star Trek - INT. USS KELVIN – THE FUTURE

SKRIP SEBABAK: Star Trek
SKRIP FILEM OLEH AMIENE REV

FADE IN:

INT. USS KELVIN – THE FUTURE

CAPTAIN FARAN TAHIR lihat SEBUAH KAPAL ANGKASA YANG BENTUKNYA MACAM TONGKANG PECAH tiba-tiba memunculkan diri dari LOHONG HITAM.
CHRIS HEMSWORTH
Kapten, apakah kapten nampak apa yang saya nampak?

FARAN TAHIR
Apa yang saya nampak telah awak nampak?

CHRIS HEMSWORTH
Tuan, saya rasa, apa yang saya nampak itu adalah kapal musuh kerana hati saya berdebar-debar kencang tatkala melihat kehadirannya. Kini, hati saya semakin kencang dan uh, oh! Saya nyaris-nyaris terkena serangan jantung!
Entah bagaimana, tiba-tiba, ERIC BANA muncul di skrin komunikasi. Suara ERIC BANA kedengaran tersangkut-sangkut kerana adanya gangguan perisai medan magnetik yang kadangkala membolehkan skrin komunikasi memaparkan siaran televisyen dari planet-planet berdekatan secara tidak sengaja.
ERIC BANA
Aku ada satu permintaan. Sila serahkan kapten kalian kepadaku. Aku mahu dia dibawa sama ada secara sukarela atau pun dipaksa, naik kapal angkasa aku yang bernama TONGKANG PECAH ini. Kalau tidak, teruk kapal kalian semua aku kerjakan. Kau tahu apa itu tongkang pecah?

FARAN TAHIR
Nampaknya ini sudah lebih. Berani kamu mencabar saya! Saya pantang dicabar! Tunggulah ERIC, bila saya tiba di kapal angkasamu yang rupanya seperti tongkang pecah itu, saya pasti akan belasah kamu cukup-cukup.
FARAN TAHIR betul-betul MASUK KE KAPAL ANGKASA TONGKANG PECAH, dan sebaik-sebaik sahaja DIA muncul di kapal angkasa tersebut, ERIC membunuhnya.
CHRIS HEMSWORTH
Alamak, kapten kapal sudah terkorban. Mengikut undang-undang, setiap kapal mesti ada seorang nahkoda. Tidak boleh dua, tidak boleh tidak ada langsung. Oleh itu, sayalah kapten anda yang baru. Tepuk tangan! Tepuk tangan! Baiklah, sekarang, tolong selamatkan isteri saya yang sedang hendak bersalin itu. Tolong dia melarikan diri dari kapal ini kerana saya percaya Eric akan menembak dan menghancurkan kapal angkasa kita sekejap lagi seperti dalam skrip yang saya sedang baca ini. Jangan lupa, saya memiliki skrip Star Trek, oleh itu percayalah cakap saya!

ISTERI CHRIS HEMSWORTH
Chris, suamiku! Jangan! Jangan! Kita mesti selamatkan diri bersama-sama. Jika tidak saya takut anak kita tak kenal siapa ayahnya. Nanti anak kita kurang kasih sayang! Marilah Chris, marilah lari bersama-sama dengannku.

CHRIS HEMSWORTH
Tidak boleh isteriku. Sebab di dalam skrip ini mengatakan saya harus mati. Mati terkorban kerana merempuhkan kapal angkasa ini ke arah musuh. Apabila pelanggaran berlaku, pastinya kapal ini meletup dan kapal angkasa yang macam tongkang pecah itu pasti akan rosak teruk. Lagi pun, pasukan orkestra dan pemain lagu-lagu sedih sudah bersiap-sedia di luar sana untuk menghidupkan babak paling tragis dalam filem ini. Mereka sudah dibayar!

ISTERI CHRIS HEMSWORTH
Dinda sayang kanda!

CHRIS HEMSWORTH
Kanda sayang dinda, dan kalau boleh jangan kahwin lain. Sebab lepas tamat babak ni, kita kahwin betul-betul.
Semua kakitangan kapal angkasa telah melarikan diri menggunakan pod keselamatan. Kini, cuma tinggal Chris yang berani di dalam kapal angkasa itu. Chris lantas memandu laju secara berbahaya ke arah KAPAL ANGKASA TONGKANG PECAH milik ERIC dan satu LETUPAN BESAR berlaku. Chris TERKORBAN.

Rabu, September 23, 2009

Poster Filem Religulous (2008) - Poster Paling Kelakar?

Secara konkrit, saya tidak pasti apa yang menyebabkan tiga ekor chimpanzi ini terpilih untuk menjadi model bagi filem Religulous ini. Namun berdasarkan kepada trak penerbit filem ini, yang juga pernah menerbitkan filem Borat, maka secara tidak langsung saya percaya, filem ini mempunyai unsur teguran secara tersirat. Ini pasti sebuah filem sinikal.

Terminator Salvation - EXT. KEM PERUBATAN

SKRIP SEBABAK: Terminator Salvation
SKRIP FILEM OLEH AMIENE REV

EXT. DI BELAKANG PUSAT PERUBATAN

CHRISTIAN BALE cedera teruk dan sedang dirawat di atas sebuah katil, di dalam sebuah khemah yang tidak berpintu, tidak berdinding. BRYCE DALLAS HOWARD dan SAM WORTHINGTON menemaninya.
CHRISTIAN BALE
Jantungku telah dirosakkan oleh T-800. Aku gembira aku masih hidup sehingga kini, tetapi selepas ini, aku mungkin akan mati.

SAM WORTHINGTON
Tahukah kau, apa tajuk filem ini? Terminator Salvation. Salvation ini bermaksud memberi kehidupan infiniti kepada manusia seperti kau, supaya sifat kemanusiaan akan dapat diteruskan. Oleh sebab aku ini juga adalah Terminator, maka akulah watak utama dalam cerita ini yang ditakdirkan untuk melakukan 'salvation'. Bryce, belahlah dadaku, dan ambillah jantungku, demi nyawa Christian Bale ini.

BRYCE DALLAS HOWARD
Oh, tidak Sam. Tidak. Kau adalah robot, bukan manusia. Masakan kau memiliki jantung?

SAM WORTHINGTON
Sila baiki ayat dialog yang kau lontarkan kepadaku. Pertama-tama sekali, aku ialah robot organik yang pertama dalam cerita ini. Jika kau pernah lihat sekuel-sekuel sebelumnya, mana ada robot organik seperti aku ini? Jadi bedahlah aku cepat.
BRYCE berjaya menyelamatkan CHRISTIAN BALE tetapi kira-kira 10 tahun kemudian robot-robot telah menggunakan nuklear dan sinar radioaktif untuk menewaskan umat manusia. Tahun itu, kiamat menjadi kenyataan.

TAMAT

Isnin, September 21, 2009

Emosi Atau Perasaan Adalah Sampah

Falsafah Amiene Rev Mengenai Emosi

"Emosi atau perasaan adalah sampah. Apa yang menjadikan emosi atau perasaan itu bermakna adalah kerana wujudnya kasih sayang, rasa bertanggungjawab dan rasa bersyukur." - Amiene Rev

"Cinta itu adalah tanggungjawab." - Amiene Rev aka Dragonizer (C) 2006

Emosi Itu Sampah
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

emosi atau perasaan itu adalah sampah,
hasad dengki itu sampah
cemburu itu sampah
takut itu sampah
berani itu sampah

nafsu itu pendokong emosi
kuat cemburu tandanya kuat nafsu
kuat dengki tandanya tamak
tamak itu nafsu
kuat dengki tandanya kuat nafsu

dendam itu mudarat
putus asa itu mudarat
sedih itu mudarat
emosi itu mudarat
emosi itu toksik
emosi itu sampah

jika bukan kerana adanya perasaaan kasih
jika bukan kerana sayang
jika bukan kerana adanya rasa menghargai
jika bukan kerana adanya rasa bersyukur
jika bukan kerana rasa tanggungjawab
emosi itu sampah

Ahad, September 20, 2009

Jadual Gaji Kakitangan Awam - Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2009
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009

Bulan --- Tarikh --- Hari Catatan

Januari --- 19.01.2009 --- Isnin (Tahun Baru Cina 26 & 27.01.2009) - Simpan RM3500
Februari --- 25.02.2009 --- Rabu - Simpan RM3500
Mac --- 25.03.2009 --- Rabu - Simpan RM3500
April --- 23.04.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Mei --- 25.05.2009 --- Isnin - Simpan RM3500
Jun --- 25.06.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Julai --- 23.07.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Ogos --- 25.08.2009 --- Selasa - Simpan RM3500

September --- 10.09.2009 --- Khamis (Hari Raya 20 & 21 .09.2009)
Oktober --- 08.10.2009 --- Khamis (Deepavali 17.10.2009)
Tutup buku kewangan peribadi - Buka Buku Kewangan Baru -- Simpan RM2000

RM1500 untuk bayaran kereta sporty perak bulanan secara ansuran

November
--- 25.11.2009 --- Rabu
Disember --- 17.12.2009 --- Khamis (Hari Krismas 25.12.2009)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jadual Gaji Kakitangan Awam 2009
, sila muat turun Surat Pekeliling Berikut:
http://www.anm.gov.my/public_html/pek/bil72008.pdf

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pihak pengurusan Duke Amiene Rev di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya - Maaf Zahir dan Batin. Semoga Hari Raya disambut dengan bahagia dan penuh keberkatan. Ikhlas daripada Duke Amiene Rev Team:

Penulis Utama:
Amiene Rev

Pembantu Penyelenggara I:
Harrier

Pembantu Penyelenggara II:
Walinong Sari


Travian - Natar - Gaul - Rom - Teuton - Maklumat Lengkap

Format Maklumat Lengkap Mengenai Kemenangan Travian
Ini adalah Masa Keamanan, kerana tidak ada sesiapa akan menyerang anda.

KEMENANGAN: Anda ingin cuba bermain Travian?

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "nama persekutuan", "nama pemain yang menjaga WoW" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "nama pemain yang menjaga WoW" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"nama pemain A" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "nama pemain B" dan "nama pemain C".
"nama pemain D" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"nama pemain E" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda

CABAR DIRI ANDA BERMAIN TRAVIAN? KLIK DI SINI

Travian myx Server kelima Travian Malaysia iaitu s5.travian.com.my akan bermula pada hari Rabu bersamaan 29 Julai 2009 jam 00.01. Travian Cheats | Travian Scripts | Travian Strategy Travian Cheats - Travian Hack Codes Cheats - Travian for the Online Games You've come to the right place for Travian cheats! Cheat Freak has all the cheats, cheat codes, tips, tricks, hints, and unlockables you'll ever need WikiAnswers - How do you cheat in travian Cheat Codes question: How do you cheat in travian? there are several cheats on travian but none of them are excellent,the two i know are Travian Cheat Free | TravianCheatFree.com TravianCheatFree.com - Tons of FREE Travian game cheats and tips to help take your gameplay to next level. Travian Cheat Tools - Free Download Travian Cheat Tools Software Travian Cheat Tools · Travian Cheat · Travian Cheat Hack · Travian Cheat Helper · Travian Resources And Gold Cheat · Travian Tools travian 3.5 | cheat | bot manager | script This site contains information travian 3.5 ,cheat, manager bot, script.has been tested by my own. work 100% traviansoftware.com

LARANGAN KETAWA

LARANGAN KETAWA

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Sufyan bin Uyainah berkata: "Nabi Isa a.s. berkata kepada sahabat hawariyyin (yang setia): "Hai garam bumi kamu jangan merosak sebab segala sesuatu jika dirosak dapat diubati dengan garam dan bila garamnya yang rosak tidak dapat diubati dengan apapun, hai para hawariyyin, kamu jangan memungut upah dari orang yang kamu ajar kecuali sebagaimana kamu memberi kepadaku dan ketahuilah bahawa kamu mempunyai dua ciri kebolehan iaitu tertawa tanpa sebab yang mentertawakan dan tiudr pagi tanpa bangun malam."

Garam bumi para ulama yang selalu memberi petunjuk kepada manusia dan memperbaiki akhlak kelakuan manusia dan menunjukkan jalan yang diridhoi Allah s.w.t., maka apabila ulama telah meninggalkan tugasnya maka siapakah yang dapat ditiru oleh orang-orang yang bodoh. Kerana ulama sebagai waris Nabi seharusnya mereka mengikuti jejak Nabi, yakni tidak minta upah atas ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Qul la as'alukum alaihi ajra illal mawaddata filqurba." (Yang bermaksud): "Katakanlah saya tidak minta daripadamu upah, hanya supaya kamu suka pada kaum kerabatku." Sedang upah hanya dari Allah s.w.t. Yang dimaksudkan dengan tertawa ialah bergelak-gelak dan ini makruh kurang baik dan tidur pagi padahal tidak bangun malam tanda kurang sihat akal.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidur waktu pagi itu tanda-tanda ahmaq (degil) dan tengah hari itu baik dan petang hari tanda kebodohan."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, maka Nabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Mati." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNya andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: "Ketika Khidzir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa a.s.: "Berilah nasihat kepadaku." Khidzir berkata: "Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan jangan tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran."

Ja'far bin Auf dari Mas'ud dari Auf bin Abdullah berkata: "Biasa Nabi Muhammad s.a.w. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya." (Yakni tidak suka melerek) Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunnat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak didunia bererti akan banyak menangis diakhirat. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Fal yadh haku qalila wakyabku katsira." (Yang bermaksud): "Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalsan dari amal perbuatan mereka."

Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Alhasan Albashri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa, lalu ditanya: "Hai anak, apakah engkau sedah menyeberang shirath?" Jawabnya: "Belum." "Apakah engkau pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?" Jawabnya: "Belum." "Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?" Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Alhasan meresap benar dalam hatiya sehingga ia bertaubat daripada tertawaan. Demikianlah nasihat dari ulama yang mengamalkan benar ilmunya, sangat berguna ilmunya dan berkesan nasihat-nasihatnya, adapun ulama-ulama sekarang kerana mereka sendiri tidak menjalankan ilmunya maka ajarannya kurang berkesan.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.

Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata: "Empat macam yang menghilangkan tertawanya orang mukmin dan kesenangannya iaitu:

*

Memikirkan akhirat
*

Kesibukan pencarian keperluan hidup
*

Kerisauan memikirkan dosa
*

Tibanya musibah bala

Maka seharusnya seorang mukmin sibuk memikirkan semua itu supaya tidak banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu bukan sifat orang mukmin, bahkan Allah s.w.t. telah mencela orang-orang yang tertawaan didalam ayat (Yang berbunyi): "Afa min hadzal haditsi ta'jabun, watadh hukuna wala takbun, wa antum saamiduun." (Yang bermaksud): "Apakah kerana keterangan ajaran ini kamu ajaib, dan tertawa dan tidak menangis, padahal kamu sedang lalai."

Dan Allah s.w.t. memuji orang-orang yang menangis didalam ayat (Yang berbunyi): "Wa yakhirruna lil adzqaani yabkuun." (Yang bermaksud): "Dan mereka menundukkan dagunya sambil menangis."

Maka selayaknya tiap orang memikirkan lima macam iaitu:

*

Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa-dosa itu tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan atau tidak.
*

Dia telah berbuat amal kebaikan tetapi belum mengetahui apakah diterima atau tidak
*

Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengtahui bagaimana kesudahannya
*

Dia telah mengetahui bahawa Allah s.w.t. membuat tempat maka ditempat yang mana ia akan masuk
*

Dia tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. ridho kepadanya atau murka


Maka siapa yang tidak memperhatikan lima macam ini dimasa hidup, ia akan menerima lima macam sesudah mati iaitu:
*

Menyesal terhadap apa yang ia tinggalkan kepada ahli waris yang akan menjadi musuhnya
*

Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya
*

Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga minta izin kembali untuk taubat dan tidak diizinkan
*

Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal
*

Allah s.w.t. murka kepadanya dan tidak ada jalan untuk minta ridhoNya

Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar kedataran tinggi menjerit-jerit kepada Tuhan menangis dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang ditempat tidurmu. Dan saya ingin andaikan ketika Allah s.w.t. menjadikan aku dijadikan pohon yang ditebang orang."

Yunus meriwayatkan dari Alhasan Albashri berkata: "Seorang mukmin tiap pagi dan petang ia sedih memikirkan hari kemudian." Dan Alhasan sendiri selalu tampak bagaikan orang baru menguburkan ibunya. Al-auza'i ketika menafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Maa lihaadzal kitabi la yughaadiru soghirotan walaa kabiratan illa ahshaha." (Yang bermaksud): "Mengapakah suratan amal ini tidak meninggalkan yang kecil maupun yang besar melainkan dicatatnya?." Tafsiran yang kecil itu senyum dan yang besar itu gelak ketawa.

Abdullah bin Amar bin Al-ash r.a. berkata: "Andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui tentu kamu sedikit tertawa dan banyak menangis, dan nadaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya akan sujud salah satu kamu hingga putus punggungnya dan akan menjerit sehabis suaranya, menangislah kamu kepada Allah s.w.t. jika tidak dapat menangis maka tangis-tangiskanlah sehingga menyerupai orang-orang yang menangis."

Sufyan bin Muhammad bin Ajlan menerangkan hadis yang menerangkan: "Tiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga iaitu:

*

Mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
*

Mata yang dipejamkan dari apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
*

Mata yang jaga malam dalam jihad fisabilillah

Abu Hanifah berkata: "Saya pernah tertawa satu kali dan saya sangat menyesal atas kejadian itu, iaitu ketika saya berdebat dengan Amr bin Ubaid Alqadari (Orang bermadzhab qodariyah yang tidak percaya pada takdir Allah s.w.t. yang sudah selesai), ketika saya merasa menang lalu tertawa, maka ia berkata: "Engkau bicara tentang ilmu dan tertawa, maka saya tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selamanya" maka saya sangat menyesal, sebab andaikan saya tidak tertawa nescaya akan dapat menundukkannya kefahamanku sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Muhammad bin Abdullah Al-abid berkata: "Siapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, ia mendapat taufiq untuk khusyu' dan siapa meninggalkan sombong diberi taufiq untuk bertawadhuk dan siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting maka ia mendapat hikmat dan siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan maka diberi taufiq untuk merasakan lazatnya ibadat, dan siapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka dicinta, dan siapa yang tidak menyelidiki hal orang, maka ia diberi taufiq untuk menyelidiki kesalahan diri sendiri, dan siapa yang meninggalkan ragu terhadap sifat-sifat Allah s.w.t. maka selamat dari nifaq."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda mengenai firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa kaana tahtahu kanzullalhumma." Dibawahnya ada lembaran mas yang tertulis lima garis iaitu:

*

Saya hairan pada orang yang yakin akan mati, bagaimana ia dapat bergembira
*

Saya hairan terhadap orang yang yakin adanya neraka, bagaimana ia dapat tertawa
*

Saya hairan pada orang yang yakin pada takdir, bagaimana ia susah (berdukacita)
*

Saya hairan pada orang yang yakin pada perubahan dunia, bagaimana ia merasa senang
*

Laa ilaha illallah, Muhammad rasulullah

Tsabit Albunani berkata: "Diceritakan bahawa tertawanya seorang mukmin itu kerana lupa kepada urusan akhirat, andaikan ia tidak lupa maka tidak akan ketawa."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Carilah kesenangan yang tidak ada susahnya, dengan bersusah yang tidak ada senangnya." Yakni kesenangan akhirat yang abadi tidak dapat dicapai tanpa mengendalikan hawa nafsu syahwat, sehingga terasa selalu susah kerana harus menelan liur, kerana menahan keinginan hawa nafsu syahwat."

Tiga macam hal yang dapat mengeraskan hati iaitu:

*

Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan (ajaib)
*

Makan tanpa rasa lapar
*

Bicara yang tidak penting (perlu)

Bahz bin Hakiem dari ayahnya dari neneknya berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ancaman celaka bagi orang yang dusta untuk mentertawakan orang, ancaman bahaya baginya ancaman celaka baginya."

Ibrahim Annakha'i berkata: "Adakalanya seorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang disekitarnya, maka Allah s.w.t. murka padanya lalu murka Allah s.w.t. itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya. Dan adakalanya seorang berkata kalimat yang diridhoi Allah s.w.t., maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah s.w.t. itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya."

Watsilah bin Al-asqa' dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Abuhurairah, jadilah engkau seorang warak (menghindari semua yang haram dan syubhat) nescaya engkau menjadi sebaik-baik manusia ibadatnya, dan jadilah engkau orang yang qana'ah (teriman), nescaya menjadi manusia yang sangat bersyukur, dan sukailah untuk lain orang apa yang kau suka untuk dirimu sendiri nescaya engkau menjadi orang mukmin, dan perbaikilah ketetanggaan kepada tetanggamu nescaya engkau menjadi orang muslim dan kurangilah tertawa sebab banyak tertawa itu mematikan hati."

Malik bin Dinar dari Al-ahnaf bin Qays berkata: "Umar berkata kepadaku: "Siapa yang banyak tertawa kurang wabawanya dan siapa yang suka bergurau diremehkan orang dan siapa yang membiasakan sesuatu terkenal dengan kebiasaannya itu dan siapa yang banyak bicara banyak salahnya dan siapa yang kurang waraknya (hati-hatinya) dan siapa yang kurang wara'nya mati hatinya dan siapa yang mati hatinya maka neraka lebih layak baginya."

Abul Laits berkata: "Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:

*

Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal
*

Memberanikan orang bodoh kepadanya
*

Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
*

Melupakan dosa-dosa yang lampau
*

Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu
*

Melupakan mati dan akhirat
*

Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu
*

Tertwa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat

Abu Dzar menafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Fal yadh haku qalila, walyabku katsira, jazaaan bima kaanu yaksibun." (Yang bermaksud): "Hendaklah mereka ketawa sedikit, sebab didunia ini sedikit dan mereka akan menangis banyak, kerana akhirat itu abadi sebagai pembalasan terhadap apa yang mereka perbuat."

GHIBAH (MENYEBUT KEBURUKAN ORANG)

GHIBAH (MENYEBUT KEBURUKAN ORANG)

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)." jawab Rasulullah s.a.w.

Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: "Ya Jibril, siapakah mereka itu?" Jawabnya: "Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.

Abul Laits berkata: "Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti berikut:

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: "Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami." Ketika Zaid telah berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: "Zaid itu telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?" Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: "katakan kepada mereka: "Kamu kini telah makan daging." Maka segera Zaid bin Tsabit kembali menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: "Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging." Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap berkata: "Mereka kini telah makan daging." Maka kembali Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: "Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu." Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit."

Jabir bin Abdillah r.a. berkata: "Terasa angin yang membawa bau busuk dimasa Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ada orang-orang munafiq yang ghibah orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk." Allah s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan patuh kenyataan kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya."

Ketika ditanya kepada seorang hakim: "Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah itu?" Jawabnya: "Dimasa Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan membuktikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang demikian, maka tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana seorang yang pertama kali tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada hidungnya tetapi ahli tempat itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan bau apa-apa kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu."

Asbaath dari Assuddi berkata: "Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak, lalu ada beberapa orang berkata: "Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?" Kemudian mereka berkata kepada Salman: "Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami." Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: "Beritahulah kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk." Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: "Kami belum makan apa-apa." Salman berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya." lalu dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:"Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan (ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur." Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanuuj tanibu katsira minadhdhanni inna ba'dhadhdhaani its mun wala tajassanu, wala yagh tabba'dhukum ba'dha, a yuhibbu ahadukum an ya'kula lahma akhihi maita fakarih tumuuhu." (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)."

Ibn Abbas r.a. berkata: " Ayat(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu. Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada suatu ketika semasa berpergian Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang kaya dititipi sahabat yang tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya dan ikut makan bersama keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang dan pada hari itu Salman tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya itu, lalu disuruh oleh keduanya: "Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta untuk kami sisa-sisa lauk pauk." Maka pergilah Salman akan tetapi ketika Salman baru saja berangkat tiba-tiba kedua orang itu berkata: "Orang itu andaikan dia pergi kesumur nescaya akan berkurang airnya." Maka ketika telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. apa yang diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Beritahu kepada keduanya bahawa kamu berdua telah makan lauk pauk." Dan ketika disampaikan oleh Salman apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Kami tidak makan lauk pauk." jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Saya telah melihat merahnya daging dalam mulut kedua kamu." Berkata kedua mereka itu: "Kami tidak punya lauk pauk (daging) dan tidak makan daging pada hari ini." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Kamu telah membicarakan saudaramu, apakah kamu suka makan daging orang mati?" Jawab keduanya: "Tidak." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebagaimana kamu tidak suka makan daging orang mati maka jangan membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa yang ghibah pada kawannya bererti makan dagingnya."

Alhasan Albashri diberitahu: "Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu." maka langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil berkata kepadanya: "Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu."

Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama, tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: "Orang biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti."

Abu Umamah Albahili r.a. berkata: "Seorang hamba telah diberi suratan amalnya pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya: "Ya Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?" Jawab Allah s.w.t.: "Itu dari apa yang orang ghibah kau dan engkau tidak merasa."

Ibrahim bin Adham berkata: "Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir (bakhil) dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan akhiratmu kepada musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana kelomananmu."

Seorang hakim berkata: "Ghibah itu sebagai lalap untuk para qurra dan jamuan orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk anjing-anjing manusia dan tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang bertaqwa."

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat macam yang dapat membatalkan puasa dan wuduk dan menghapuskan amal (merosakkan) ialah:
  • Ghibah
  • Dusta
  • Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya
  • memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya

Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai semua dosa-dosa.

Ka'bul Ahbaar berkata: "Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang dahulu: "Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka ia terakhir orang yang masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah maka ia pertama yang masuk neraka."

Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: "Bagaimana jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu menutupinya?" Jawab mereka: "Ya." Berkata Nabi Isa a.s. "Bahkan bertambah kamu buka yang belum terbuka." Mereka berkata: "Subhanallah, bagaimana akan kami buka yang belum terbuka?" Nabi Isa a.s. berkata: "Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa auratnya."

Khalid Arrib'i berkata: "Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada orang membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka berhenti. Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang yang pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya saya mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi lalu berkata kepadaku: "Makanlah." Saya jawab: "Saya disuruh makan daging babi!, Demi Allah saya tidak akan makan." Lalu ia membentak keras kepadaku sambil berkata: "Engkau telah makan yang lebih keji dari ini." Lalu dipaksakan daging babi itu didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah, saya telah tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih terasa rasa dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku."

Sufyan bin Alhushain berkata: "Saya duduk bersama Iyaas bin Mu'awiyah, tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka berkata Iyaas kepadaku: "Diam." Kemudian ia bertanya: "Hai Sufyan, apakah kau pernah memerangi Rom?" Jawabku: "Tidak." "Apakah kau telah berperang dengan Turki?" tanya Iyaas lagi. Jawabku: "Tidak." Lalu ia berkata: "Rom dan turki selamat daripadamu tetapi saudaramu sesama muslim tidak selamat dari gangguanmu." Maka sejak itu saya tidak lagi berani ghibah."

Hatim Azzahid berkata: "Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat Allah s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:
  • Membicarakan soal keduniaan semata-mata
  • Ketawa keseronokkan
Ghibah

Yahya bin Mu'aadz berkata: "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:
  • Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)
  • Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya
  • Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya
Mujahid berkata: "Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: "Untuknya dan untukmu mendapat seperti itu." sebaliknya jika menyebut kejelekkan saudaranya, maka Malaikat itu berkata: "Engkau buka auratnya, engkau baiki dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi kejelekkan auratmu."

Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang berkata: "(Fulan) tidak datang." Lalu disambut oleh yang lain: "Itu memang berat (tidak biasa bergaul)." Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata: "Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah pada seorang muslim." Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.

Seorang hakiem berkata: "Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka kerjakanlah yang tiga iait
  • Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan
  • Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka
  • Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia
Wahb Almakki berkata: "Bila saya dapat meninggalkan ghibah maka itu lebih baik bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan sehingga rosak, lalu saya gunakan untuk kepentingan fisabilillah dan bila saya dapat menahan mataku dari yang haram lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk bersedekah fisabilillah." Kemudian ia membaca: "(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu. Qul lilmu'minnina ya ghughghu min abshaarihim. (Yang bermaksud): "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya."

Abul Laits berkata: "Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan. Sebahagian menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya."

Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: "Saya telah ghibah membicarakan kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku." Jawab Ibn Sirin: "Bagaimanakah saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t." Seolah-olah Ibn Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah s.w.t. disamping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping mendoakan baik bagi yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.

Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau menjelekkan kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:
  • Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu adalah bohong
  • Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu untuk meminta maaf dan menghalalkannya
  • Minta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya sebab itu termasuk dosa besar
Bahkan Allah s.w.t. telah menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan didalam ayat yang berbunyi: "Faj tani'bur rijsa minal autsaan, waj tanibu qoulazzur. (Yang bermaksud): "Tinggalkan semua yang najis dari berhala-berhala itu dan tinggalkan juga kata-kata yang palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak dianggap ghibah kecuali jika disebut nama perseorangan tetapi menghindari itu lebih baik."

Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya berkata: "Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu." Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: "Mengapakah kau menceraikan isterimu?" Jawabnya: "Saya ini seorang yang sangat cemburu dan saya khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari kiamat, lalu disebut-sebut isteri Fulan bin Fulan itu dituntut oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu segera saya ceraikannya."

Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:
  • Menyebut kekejaman raja yang zalim
  • Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang
  • Menyebut kesalahan ahli bida'ah jika disebut faham madzhabnya
Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang dosa. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kejahatan orang lacur supaya orang lain berhati-hati daripadanya."

Ghibah itu ada empat macam iaitu:
  • Menyebabkan kufur (kafir)
  • atau Munafiq
  • atau Dosa
  • atau Mubah berpahala
Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah terhadap seorang muslim dan ketika diperingatkan, ia berkata: "Ini bukan ghibah, sebab saya berkata sebenarnya.", maka ini telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. maka hukumnya Kafir.

Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada orang tetapi tidak disebut namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia menujukan kepada seseorang dan ia merasa bahawa ia berlagak wara' (menjauhi yang haram) maka ini nifaq.

Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa bahawa itu memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah pada seorang fasiq yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida'ah, maka ia akan mendapat pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan diri daripadanya. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kehajatan orang yang lacur supaya orang-orang berhati0hati daripadanya."

Abul Laits berkata: "Ayahku menceritakan: "Bahawa di antara para Nabi yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan: "Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah daripadanya." Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: "Aku diperintahkan makan apa yang aku hadapi ini." lalu ia sedar dan berkata: "Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan." Maka ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah. Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam algi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata: "Saya telah melaksanakan perintah." maka ia terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar helang dan burung itu berkata: "Ya Nabiyallah, tolong aku." Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka datang helang itu dan berkata: "Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan rezekiku." Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang. Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: "Ya Tuhan, aku telah melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu." Maka ia bermimpi: "
  • Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu.
  • Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak
  • Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya
  • Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantupadanya meskipun kepadamu sendiri berhajat
  • Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang).

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)