Ghosts of Girlfriends Past - Movie Review
Pada suatu petang, saya berjalan-jalan di sebuah hypermarket, dan tiba-tiba berhajat untuk menonton filem. Saya memilih cerita secara rawak (yang paling awal) untuk ditonton. Cerita yang bertuah, yang paling awal akan ditayangkan pada ketika itu ialah Ghosts of Girlfriend Past. Saya menunggu selama 15 minit sambil menghirup air minuman campuran aiskrim keluaran Baskin-Robbin.
Melihat pada trailer filem Ghosts of Girlfriends Past atau judulnya sahaja, mungkin boleh memberi gambaran kepada kita bahawa filem ini sebuah filem separa lucah yang biasa seperti kebanyakan filem-filem komedi dewasa Barat lain yang dilabelkan dengan 18PL, 18SX dan sebagainya. Ternyata anggapan ini meleset. Filem Ghost of Girlfriends Past mempunyai nilai-nilai pengajaran yang menyentuh hati. Hal ini menyebabkan saya rasa tertarik untuk membuat sedikit ulasan berkaitan dengan filem ini.
Connor Mead (Matthew McConaughey), seorang jurufoto, asalnya adalah seorang lelaki yang baik. Didorong oleh perasaan takut untuk ditinggalkan oleh orang yang dicintainya, Connor Mead telah menjadi seorang kaki perempuan. Connor Mead akan menggoda wanita-wanita, dan meninggalkan mereka selepas berjaya mencuri hati mereka sama ada menerusi perasaan cinta atau pun seks.
Pada suatu hari, selepas mengecewakan hati tiga orang teman wanitanya, Connor Mead telah menghadiri majlis perkahwinan adik kandungnya. Selepas mengeluarkan pendapat bahawa cinta itu satu mitos, dan perkahwinan itu adalah satu budaya yang kolot dan ketinggalan zaman di meja makan malam bersama keluarga bakal isteri adiknya, Connor Mead pergi ke bilik air, dan di situ dia pertama kali dikunjungi oleh hantu bapa saudaranya. Dari situlah bermulanya pertemuan Connor Mead dengan tiga hantu wanita yang lain.
Setiap hantu mempunyai peranan yang hampir sama, iaitu membawa Connor Mead meneliti semula kehidupannya yang lepas, masa kini dan masa akan datang. Menerusi pengembaraan luar biasa inilah, Connor Mead mula mendapat kesedaran mengenai kesilapannya terhadap erti cinta dan perkahwinan.
Connor Mead berasa kesal kerana telah mengecewakan adik kandungnya dengan memusnahkan hari perkahwinan adiknya. Untuk menebus kesilapannya dan menghalang adiknya daripada menjadi bujang tua, Connor Mead berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan adiknya.
Perasaan takut untuk ditinggalkan semakin jelas menjadi punca kenapa Connor Mead menjadi kaki perempuan. Connor Mead selama ini beranggapan, sebelum wanita meninggalkan dirinya, dia perlu bertindak lebih pantas untuk meninggalkan wanita tersebut. Perasaan takut ini juga telah menyebabkan Connor Mead tidak percaya kepada cinta dan perkahwinan, dan menganggap seks bebas itu sebagai satu perkara yang benar.
Cerita ini ada memaparkan beberapa babak yang menyentuh hati, antaranya babak semasa Connor Mead pergi ke masa silamnya, dan bertemu dengan arwah kedua ibu bapa kandungnya. Selain itu, terdapat juga babak di mana Jenny, kekasih pertama Connor Mead yang berasa sedih kerana Connor meninggalkannya secara senyap-senyap pada waktu malam selepas tidur bersama. Juga babak di mana pada hari pengkebumian Connor, cuma ada adik kandungnya sahaja yang hadir untuk mengiringi jenazahnya ke alam kubur. Dan antara babak yang paling menyentuh hati sudah tentunya babak ketika adik kandung Connor Mead membela dan menceritakan kebaikan abangnya kepada keluarga bakal isterinya, dan babak di mana Connor Mead membuat pengakuan mengenai ketakutannya terhad cinta yang ditinggalkan kepada bakal isteri adik kandungnya semasa memujuk bakal isteri adik kandungnya itu untuk kembali ke sisi adik kandungnya.
Kesimpulannya, Ghost of Girlfriends Past merupakan sebuah kisah komedi romantik yang mempunyai pengajaran dan elemen menyentuh hati. Cerita ini berakhir dengan kegembiraan dan menyokong bahawa perkahwinan itu merupakan sesuatu yang sangat penting, dan cinta itu bukan satu mitos, tetapi diwujudkan atas dasar saling mempercayai antara pasangan kekasih.

|