Lahirnya Yang Paling Corot
Dalam hidup ini, ada di kalangan kita yang sentiasa membuka pintu peluang kepada orang lain untuk belajar. Namun pintu itu dibuka pada masa-masa tertentu sahaja. Ini kerana sebagai manusia, sudah pasti, ramai antara kita yang memiliki komitmen yang tersendiri. Bercerita tentang komitmen, saya ingin menulis dalam cerita ini, mengenai sesuatu yang agak menarik tentang komitmen.
Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, saya dilanda satu peristiwa aneh. Sekitar malam gerhana. Saya terdengar satu bunyi berdesing yang amat aneh. Saya melihat tingkap-tingkap bilik saya diterangi lampu aneh. Seolah-olah ada satu objek terbang yang mengintai ke dalam bilik saya. Objek yang berupa mesin terbang. Saya menganggapnya sebagai satu mimpi, hinggalah saya menemui satu tanda misteri di bahagian badan saya. Terbukti, kehadiran objek itu bukan lagi suatu mimpi. Kata mereka, saya akan pergi. Saya akan mengikut mereka pergi.
Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, saya dilanda satu peristiwa aneh. Sekitar malam gerhana. Saya terdengar satu bunyi berdesing yang amat aneh. Saya melihat tingkap-tingkap bilik saya diterangi lampu aneh. Seolah-olah ada satu objek terbang yang mengintai ke dalam bilik saya. Objek yang berupa mesin terbang. Saya menganggapnya sebagai satu mimpi, hinggalah saya menemui satu tanda misteri di bahagian badan saya. Terbukti, kehadiran objek itu bukan lagi suatu mimpi. Kata mereka, saya akan pergi. Saya akan mengikut mereka pergi.
Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT - Lahirnya Yang Paling Corot
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Hari ini, beberapa orang pelajar tingkatan 5 dari kelas corot datang bertemu dengan saya. Mereka mahu mencadangkan satu kelas tutor untuk mereka. Salah seorang daripada pelajar tersebut pernah mencadangkan kelas tutor tersebut. Nampaknya kali ini ada kesinambungan untuk pelajar dari kelas corot. Sudah ada a returning customer dari kelas corot.
Sedikit sebanyak, motivasi saya sebagai guru yang telah terjejas sebelum ini dapat dipulihkan. Sesiapa yang pernah mengikuti kisah saya sebelum ini pasti mengetahui bagaimana motivasi atau keyakinan saya untuk mengajar Matematik sedikit terjejas kerana faktor kekecewaan.
Hakikatnya saya menyediakan pengajaran dan tunjuk ajar secara percuma, namun dari sudut peribadi, saya tetap menganggap perkhidmatan mengajar Matematik secara percuma itu sebagai satu cara untuk menguji prestasi pengajaran saya. Jika ada pelajar yang mengelakkan diri dengan alasan penat, atau tidak lagi tertunggu-tunggu kelas tutor saya yang berikutnya, maka pada pandangan peribadi saya terhadap diri saya sendiri, saya tidak bagus atau tidak berbuat yang terbaik untuk pelajar tersebut. Selamanya saya berasa berdosa dan bersalah, kerana tidak dapat menebus dan memperbaiki cara pengajaran atau kaedah tutor saya terhadap pelajar tersebut.
Dan, selagi saya diselubungi rasa bersalah, maka selagi itulah saya akan berusaha untuk memperbaiki cara pengajaran saya, mengkaji teknik-teknik baru untuk membantu pelajar tersebut. Namun, bagaimana jika pelajar itu tidak kembali? Itulah perkara yang paling melukakan hati. Saya kecewa. Saya pasrah. Saya berserah.
Kini, pelajar-pelajar dari kelas corot ada yang berminat untuk memperbaiki kemahiran Matematik saya. Mereka mencadangkan terlalu banyak subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kimia, Fizik dan sebagainya. Oh, Tuhanku, guru apakah aku ini?
Namun, saya terima. Saya cuba. Mungkin saya patut meminta penulis novel ini iaitu Amiene Rev supaya menukar judul cerita ini kepada Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT serta Subjek-subjek Lain yang Pelajar Dia Minta Dia Ajar. Barangkali, begitu lebih baik.
|