BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, April 21, 2005

Soal Jawab Agama - Hukum Oral Seks dan Air Mazi

Soalan 1:

Jika hukum perbuatan seks tersebut adalah harus/makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis?

Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem badan. Air mazi hanyalah bahan cecair pada anggota badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukan bahan perkumuhan dari badan.

Soalan 2:

Jadi mengapakah air mazi dikategorikan sebagai najis? Apakah hukumnya berdasarkan ijma’ atau sememangnya hukum yang telah tetapkan Allah? Bolehkah ustaz nyatakan dalilnya?

Bukan bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya keliru kerana terdapat dua hukum dalam satu keadaan yang sama.

1. Harus/makruh pada perbuatan seks itu.

2. Haram dan najis pada air mazi.

Sekian.

Wassalam


Jawapan:

Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan harus suami melakukan seks oral kepada faraj isteri adalah dua hukum yg berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yang langsung menyentuh isu seks yang luar biasa memandangkan kejadian budaya Islam yang tinggi dan luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun keseksaan Hukum Sivil Malaysia sebagai seks luar tabii, ini menunjukkan penggubal perundangan sivil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabii (tabiat seks luar biasa).

Kitab-kitab klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya internet dan industri filem biru yg mempopularkan jenis-jenis seks luar biasa seperti oral, anal, lesbian, gay, beastiality (seks dengan binatang), dan macam-macam lagi.

Kita berpendapat oral seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isteri tapi ia masih tertakluk pada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab-adab makan, namun Barat mengajar cara makan yang melampaui batas, mereka makan burger dan piza sambil menari, dan meneguk air bikarbonat mereka, sambil berjalan dan berlari.

Maka seks pun begitu, kita umat Islam menikmati seks dengan beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampaui batas. Gempa seks atau sexual revolution yang melanda Barat amat menakutkan sekali, bahkan jika industri VCD lucah yg berleluasa sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah kepada umat Islam juga, bila evolusi seks biru ini menular dalam masyarakat.

Maka kami tidak berani hendak mentahkik hukum oral seks ini sehingga fuqaha’ dan mujtahid pada kemudian hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yang muktamad sebagaimana hukum dadah dan rokok.

2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib RA. Maka jika mazi ini najis dan sabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar untuk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair mazi semasa ghairah dan mazi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syarak memandang serius masalah najis yang diambil secara sengaja.

Sumber: www.al-ahkam.net



Soalan 3: Apa hukum oral seks?

Jawapan:

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi Hafizhohullah menjawab sebagai berikut:

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi dan sebagainya). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya. Dan Syaikh Ibnu Baz Rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut – sebagaimana yang saya dengarkan langsung daripada beliau -."

Dan dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany Rahimahullah ditanya sebagai berikut:

"Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?"


Beliau menjawab:

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadis, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa nabi Sallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan - sebagai penguat yang telah lalu -, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan."

Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-`Allamah `Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,

"Apa hukum oral seks?"

Beliau menjawab:

"Ini adalah haram, kerana is termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian film-film porno melalui video atau televisyen yang rosak. Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam."


Dikutip dari majalah An-Nashihah Volume 10 1427H/2006M

Sumber: http://www.darussalaf.org/stories.php?id=276