BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Oktober 07, 2012

Cara Membezakan Daging Babi VS Daging Lembu

Cara Membezakan Daging Babi Dengan Daging Lembu

1) PERBEZAAN LEMAK DAGING BABI DENGAN DAGING LEMBU
Perbezaan dapat dilihat dari segi keanjalan lemak tersebut. Lemak daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik. Manakala, lemak daging lembu, lebih pejal, kaku dan mempunyai bentuk. Selain itu, lemak daging babi lebih lembap dan sukar untuk di asingkan dari dagingnya semantara lemak daging lembu, lebih kering dan berserat.

2)  PERBEZAAN SERAT DAGING BABI DENGAN DAGING LEMBU
Perbezaan kelihatan jelas di antara kedua dua daging. Pada daging lembu, serat serat daging kelihatan padat dan garis garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi , serat seratnya tidak jelas kelihatan dan serat serat itu berada dalam kedudukan rengang. Perbezaan ini makin jelas, apabila kedua dua daging di renggangkan seperti di dalam gambar.

3) PERBEZAAN TEKSTUR DAGING BABI DENGAN DAGING LEMBU
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih padat dan pejal berbanding daging babi yang lembik dan mudah untuk di regangkan. Melalui perbezaan ini, sebenarnya waktu memegangnya pun kita dah boleh terasa perbezaan yang ketara kerana daging babi lebih kenyal dan mudah untuk kita regangkan. Manakala, daging lembu terasa cukup solid dan keras dan sukar untuk kita regangkan.

4)  PERBEZAAN WARNA DAGING BABI DENGAN DAGING LEMBU
Jika di lihat (gambar), warna daging babi lebih pucat berbanding daging lembu. Warna daging babi seolah seolah warna daging ayam. Namun, ini tidak boleh di jadikan panduan semata mata dalam membezakan daging babi, kerana daging babi sering belumuran dengan darah dan ianya mirip dengan daging lembu.

5) PERBEZAAN AROMA DAGING BABI DENGAN DAGING LEMBU
Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.