BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Jun 06, 2009

Ke Arah Penghasilan Manusia Berkeupayaan Super - Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh

Teknologi Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh Mata Bionik
Ulasan: Amiene Rev (C) 2009

Teknologi otot tiruan yang memiliki kekuatan luar biasa telah dihasilkan dengan memanfaatkan molekul alkohol dan hidrogen. Keupayaan otot-otot tiruan ini adalah 100 kali ganda lebih berkuasa berbanding otot sebenar. Para pengkaji percaya, pada suatu hari nanti, otot-otot tiruan ini akan dapat dimanfaatkan dalam teknologi eksoskeleton, untuk memberi kekuatan super kepada para tentera, angkasawan dan ahli bomba.

Dua jenis otot yang sedang dikaji oleh para pengkaji dari US di Nanotech Institut, Universiti Tekas, Dallas, dengan kerjasama para saintis dari Korea Selatan. Walaupun dinamakan sebagai otot, namun hakikatnya, kedua-dua jenis otot ini sebenarnya dibuat daripada wayar,
cantilever dan botol-botol kaca.

Sekumpulan saintis dari Sandia National Laboratories, Livermore, Calif, telah mencipta sejenis kanta sesentuh yang mempunyai peranan yang sama seperti mata bionik. Kanta sesentuh yang memiliki litar-litar elektrik ini telah selamat diuji ke atas arnab. Satu cabaran dalam penghasilan kanta sesentuh seperti ini ialah mencari atau menghasilkan jenis logam yang sesuai digunakan untuk membuat litar supaya tidak berlaku kenaikan suhu pada litar yang boleh memudaratkan sel-sel mata.

Para saintis berharap teknologi kanta sesentuh ini mampu memberi penglihatan luar biasa kepada manusia pada suatu hari nanti. Terdapat banyak ruang di dalam kanta sesentuh ini yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan fungsi kanta sesentuh tersebut. Antara peralatan yang bakal dimuatkan termasuklah sistem radio berfrekuasi dan sel solar untuk mengaktifkan sistem elektronik di dalam kanta tersebut.

Dengan adanya teknologi kanta sesentuh seperti ini, teknologi mata bionik dan penglihatan luar biasa mungkin bukan lagi merupakan suatu perkara yang mustahil.

Rujukan: http://uwnews.org/uweek/uweekarticle.asp?articleID=39094