Filem The Secret, Si j'étais toi & Himitsu
The Secret - Si j'étais toi - Himitsu
Ulasan Filem Oleh Amiene Rev (C) 2008
Ulasan Filem Oleh Amiene Rev (C) 2008
The Secret, 2007, lakonan David David Duchovny (sebagai bapa) dan Olivia Thirlby (sebagai anak dan ibu) adalah sebuah filem remake yang dibuat berdasarkan sebuah filem Jepun berjudul Himitsu yang diarahkan oleh Hiroshi Saito pada tahun 1999.
Sebelum itu, Himitsu adalah sebuah novel tulisan Keigo Higashino yang diterbitkan pada tahun 1998. Himitsu memenangi dua anugerah di Catalonian International Film Festival, iaitu Arahan Terbaik menerusi Hiroshi Saito dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Ryoko Hirosue. Saya belum dapat menonton Himitsu. Oleh itu ulasan saya cuma berkaitan dengan filem remake Himitsu - The Secret, sahaja. Apa yang menarik perhatian saya dalam filem ini adalah lakonan untuk dua watak oleh Olivia Thirlby, sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang anak gadis. Bagaimana seorang anak gadis berusia 16 tahun, tiba-tiba boleh membawakan watak seorang ibu berusia 36 tahun dengan berkesan? Itu adalah rahsia, rahsia dalam filem ini.
Kisah ini bermula dengan sebuah keluarga, di mana ibu bapanya tidak memahami kehendak si anak gadis. Si anak gadis yang bernama Hanna yang suka memberontak, dan si ibu, Samantha yang menjadi jurugambar amateur. Pada suatu hari, Samantha dan Hanna terlibat dalam satu kemalangan melibatkan lori dan kereta pacuan empat roda yang mereka naiki, lalu dikejarkan ke hospital.
Semasa di hospital, kedua-duanya dirawat di unit kecemasan kerana cedera parah. Dr. Benjamin (David Duchovny) menemani mereka. Kemudian Samantha tersedar dan mendapati anak perempuannya, Hanna berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika itulah, mesin pengimbas denyutan jantung si anak terhenti dan suasana menjadi sangat cemas. Si ibu memegang tangan si anak sambil menjerit-jerit supaya si anak tidak mati.
Dalam keadaan yang genting itulah, si ibu putus nafas. Tidak berapa lama kemudian, denyutan jantung si anak kembali pulih, manakala si ibu kekal putus nafas dan disahkan meninggal dunia.
Beberapa hari kemudian, si anak sedarkan diri, tetapi berasa terkejut apabila melihat tangannya mengecut. Si anak terjerit-jerit ketakutan dan pengsan kembali. Beberapa ketika selepas itu si anak sudah sedarkan diri dan memberitahu si ayah bahawa dia ialah Samantha, dan bukannya Hanna.
Pihak doktor mengesahkan apa yang berlaku ke atas Hanna itu adalah kesan sampingan daripada kemalangan tempoh hari. Hanna dikatakan mengalami kecelaruan identiti. Namun, keadaan menjadi semakin pelik apabila Hanna mengetahui banyak rahsia antara Samantha dan Dr. Benjamin. Malah Hanna juga secara tiba-tiba pandai mengambil gambar dan cemerlang dalam pelajaran.
Dr. Benjamin, seorang doktor pakar mata, mula melakukan penyelidikan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku terhadap anaknya. Selepas merujuk kepada seorang pakar paranormal, Dr. Benjamin kini mengetahui bahawa Samantha kini berada di dalam badan Hanna, menjaga anaknya yang belum sedarkan diri.
Samantha yang kini berada dalam Hanna sudah tidak boleh pulang ke dalam badan asalnya kerana badan asalnya sudah ditanam dan mereput. Samantha tahu dia tidak akan berada lama di dalam badan Hanna, oleh itu, Samantha ingin memperbaiki kesilapan yang dilakukannya terhadap Hanna.
Pada masa yang sama juga, hubungan cinta antara Dr. Benjamin dan Samantha terjejas. Ini kerana Samantha kini berada di dalam tubuh anak mereka, iaitu Hanna. Dr. Benjamin terpaksa melayan Samantha sebagai Hanna, sebagai seorang anak. Ini menimbulkan rasa kecewa di hati Samantha. Hubungan keluarga mereka menjadi semakin rumit.
Samantha, menerusi badan Hanna, cuba memahami sikap dan kehidupan remaja yang dilalui oleh Hanna. Semua yang berlaku ke atas Hanna memang memang mengejutkan. Samantha juga menemui diari Hanna di dalam locker Hanna di sekolah. Kehidupan Samantha memang merumitkan kerana dia terpaksa kembali ke kehidupan remaja yang penuh dengan pemberontakan dan masalah sosial.
Pada suatu hari ketika menghidu sejenis bahan mengkhayalkan, Samantha berjaya menyedarkan semula Hanna secara tidak sengaja. Hanna telah kembali, dan Samantha perlu melakukan tanggungjawab terakhirnya, mengucapkan kata-kata terakhir seorang ibu kepada anaknya. Hanna pengsan dan dibawa pulang ke rumah selepas peristiwa ini.
Apabila sedar daripada pengsan. Hanna mendapati biliknya tersusun kemas, tidak berselerak seperti selalu. Ayahnya, Dr. Benjamin ada di dalam bilik itu menjaganya. Hanna tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang beberapa minggu lepas. Dia bertanya siapa yang mengemas biliknya. Ayahnya, Dr. Benjamin mula mendapati kehadiran Hanna di rumah itu. Hanna merasa panik, takut dan terkejut apabila mengetahui kematian ibunya. Hanna berlari-lari sehingga ke halaman rumah, menjerit-jerit nama ibunya tetapi ibunya sudah tidak ada lagi. Hanna pengsan. Samantha kembali.
Bersediakah Samantha untuk meninggalkan Hanna? Samantha merakamkan satu video untuk mengucapkan kata-kata terakhirnya kepada Hanna. Apabila Hanna sedar kembali, ayahnya menyerahkan pita video kata-kata terakhir Samantha itu kepada Hanna. Selepas itu, Samantha tidak muncul-muncul lagi. Samantha sudah pergi dengan aman.
Hanna dan Dr. Benjamin memulakan hidup baru, tanpa Samantha.
Jika anda menonton video ini, pastinya anda akan terhibur dengan lakonan Olivia Thirlby. Ini adalah filem remake dari Jepun yang menyentuh hati. Filem ini bermain dengan soal spiritual dan paranormal.
Manusia yang mati hidup semula dalam jasad orang lain. Berdasarkan teori pakar paranormal, hal ini terjadi kerana semasa mati, cas-cas elektrik daripada si ibu mengalir ke jasad anaknya.
Hal ini ditunjukkan menerusi si ibu (Samantha) memegang erat tangan si anak yang sudah terhenti denyutan jantungnya sambil menjerit-jerit. Sehingga mati pun, Samantha tidak mahu melepaskan tangan anaknya.
Ini adalah filem yang menarik untuk ditonton. Ia memaparkan kasih sayang seorang ibu dan terhadap anak, dan keteguhan hati seorang ayah terhadap isteri dan anaknya. Kadangkala kita sangka kita sudah betul-betul menyayangi seseorang, tetapi, kita terlupa kebajikan kita terhadap orang yang kita sayang. Cerita ini adalah berkisarkan kepada bahagian yang dilupai oleh kebanyakan orang yang menyayangi seseorang. Kasih sayang bukan sekadar bertolak ansur atau menyediakan kelengkapan material, tetapi juga hubungan jiwa antara satu individu kepada satu individu yang lain.

|