BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Jun 14, 2007

Terlupa Seketika

Keseronokan mendidik di sekolah ini membuatkan aku dengan tidak sengaja terlupa kehendak aku sebagai seorang penulis novel. Lantaran itu, hari ini aku kembali menjejak peluang untuk menulis sebarang dua kata untuk mengisi ruang di blog ini.

Aku sangat-sangat gembira kerana sekali lagi berpeluang bertemu dengan keluarga angkat aku. Ada khabar mengatakan keluarga angkat aku sudah berpindah ke negara lain tetapi khabar itu ternyata angin yang halus tiupannya.

Sebaik-baik sahaja mendengar suara ayah angkatku, kebetulan seorang rakan pendidik di sini ingin berubat, lalu aku berpeluang membawa diri ke rumah keluarga angkatku.

Aku akan membawa pulang seekor kucing untuk ayah dan ibu angkat aku di sini. Kucing dari sekolah ini. Kucing di sekolah ini banyak.

Ya, tiba-tiba aku rasa terlalu banyak perkara untuk diceritakan, tetapi tunggulah. Segala pengalaman menarik yang aku lalui di sekolah ini akan diceritakan dalam suatu bentuk yang lain. Aku akan berada di sekolah ini sehingga penghujung tahun ini.

Hari ini aku berpeluang mencungkil masa untuk bermain tenpin bowling di dewan bowling di sekolah ini. Kolam renang pula sudah lama tidak aku jejak. Aku tidak suka dengan cuaca panas ketika ini. Sekali sekala ternampak kelibat warga Rusia pada petang hari.

Kata orang, pemanasan global sekarang merupakan salah satu isu penting dalam dunia. Ada orang menggunakan istilah perubahan cuaca. Namun pemanasan global merupakan fokus utama yang menjadi salah satu bahagian dalam perubahan cuaca.

Mengajar memang seronok. Seronok apabila melihat hasilnya. Ya, begitulah!