BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Julai 02, 2013

Dunia Internet Yang Ramai Orang Tidak Tahu - Deep Web,Deepnet,Invisible Web,Darknet,Undernet,Hidden Web

Dunia Internet Yang Sebenar
 Penulis: Amiene Rev (C) 2013
Deep Web, Deepnet, Invisible Web, Darknet, Undernet, Hidden Web

Ramai orang ingat, enjin pencari maklumat internet seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain sudah cukup hebat untuk mencari segala-gala maklumat yang mereka inginkan. Mereka silap. Sepanjang saya berada di dunia internet, saya sudah beberapa kali berjaya menemui bahagian tersembunyi dunia internet. Di dunia ini, segala maklumat tentang perkhidmatan pembunuh upahan, pergerakan kumpulan bawah tanah, penjualan senjata haram, video-video luar biasa, resepi-resepi yang luar biasa, formula mencipta bahan-bahan yang luar biasa, panduan membina senjata, maklumat perubatan melawan kuasa Tuhan seperti percubaan menghidupkan manusia yang telah mati dan mencipta zombi dan lain-lain kegiatan gelap yang tidak dapat dicapai oleh pengguna internet yang biasa.

Ingat kembali bagaimana kapal Titanic tenggelam akibat melanggar bongkah ais gergasi? Bahagian maklumat yang boleh dicapai oleh pengguna biasa ini merupakan bahagian ais yang dapat dilihat. Ini dipanggil SurfaceNet. Manakala maklumat-maklumat yang tersembunyi di dunia internet yang sukar dicapai oleh pengguna internet biasa pula adalah umpama bahagian ais yang terbenam. Bahagian yang terbenam ini jauh lebih besar. Ini bermaksud terdapat berbilion-bilion maklumat rahsia dan luar biasa yang tidak dapat dicapai oleh pengguna biasa.

Kenapa manusia biasa tidak dapat mencapai maklumat-maklumat yang tersembunyi ini? Maklumat dan pengetahuan yang tersembunyi ini amat berbahaya jika didedahkan kepada umum. Cuma mereka yang sudah tahu sahaja dapat mencarinya. Laman-laman ini tidak didaftarkan pada mana-mana enjin pencari internet, oleh itu sebarang kata kunci tidak akan dapat mengesannya. Walaupun setiap enjin pencari memiliki Spiderbot atau lelabah yang akan meneroka alam internet untuk mencari laman-laman web berdasarkan kata kunci yang tertentu, tetapi laman-laman web ini langsung tidak membenarkan Spider atau lelabah internet untuk mengesan mereka.