BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Julai 14, 2013

Amiene Rev di Alam Misteri 01 - Melihat Jin Pendamping

Godaan Jin Pendamping
Cerita oleh Amiene Rev (C) 2013

Pada malam itu, aku didatangi oleh seekor makhluk hitam. Katanya, dialah makhluk pendamping sekalian umat manusia. Dia mengatakan, dia sentiasa wujud di kalangan kita, manusia. Dia juga mengatakan, dia ada bersama-sama dengan kita.

Aku bertanya, "Apakah benar kata-katamu itu? Buktikan kebenaran kata-katamu atau aku akan anggap kau penipu buat selama-lamanya."

Makhluk hitam itu pun berkata, "Andai benar kewujudanku ini, mahukah kau mengikutiku?"

Aku berkata, "Tidak akan, walau sesekali aku mengikutimu, tetapi jika kau gagal membuktikan kewujudanmu maka kau langsung takkan kupandang lagi."

Makhluk hitam itu berasa tercabar, lalu dia pun mengatakan sesuatu kepadaku, "Jika aku ajarkan kamu sesuatu, inginkah kamu mempelajarinya?"

Aku berkata, "Tidak, wahai penipu. Namun jika ia berguna maka aku pun ingin mengetahuinya."

Makhluk hitam itu langsung menceritakan kepadaku,  "Ambil 7 urat rambut dari kepalamu. Kemudian ambil lagi 7 keratan kuku dari mana-mana bahagian jarimu dan gulunglah ke di dalam sehelai kain kafan. Perahkan sebiji limau hijau sekuat-kuat hatimu ke atas kain kafan itu tadi. Letakkan di sekitar halaman kediamanmu. Selepas tujuh hari maka akan muncullah diriku. Kau akan sentiasa terasa kewujudanku."

Makhluk hitam itu ketawa tanpa sebab yang kelakar.

Aku kemudiannya berkata, "Kalau begitu, jika sudah habis percakapanmu, maka pergilah kamu dari sini."

Makhluk hitam itu pun menghilangkan diri. Begitulah berakhirnya mimpiku pada malam itu