BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Januari 31, 2012

Negara Yang Paling Kuat Menyanjungi Bahasa Kebangsaannya

Negara yang paling kuat menyanjungi bahasa kebangsaannya. Negara yang memiliki rakyat yang berani memperduakan bahasa kebangsaannya adalah negara yang lemah. Lemah, lantaran bangsanya tidak kuat, tidak memiliki jati diri yang utuh, dalam memastikan kekuatan semangat kebangsaan dipadukan.

Malaysia masih dianggap sebagai sebuah negara yang aneh, apabila masih membenarkan bahasa asing memperlekehkan bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris didapati mendapat kedudukan yang lebih istimewa di hati segelintir rakyat Malaysia. Bukti kegagalan mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa sangat malu, melihat bahasa kebangsaan diperduakan dalam sektor pendidikan. Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa sangat kecewa apabila melihat kegagalan Malaysia menjadikan bahasa kebangsaan itu begitu berpengaruh sehingga semua rakyat Malaysia mempunyai perasaan wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan harian mereka.

Saya masih belum melihat perkara ini di Malaysia. Masih ada rakyat Malaysia yang menidakkan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa penyampai ilmu kepada rakyat Malaysia.

Bahasa Inggeris diagungkan, dijadikan bahasa asing yang masih menjajah pemikiran rakyat Malaysia. Saya amat kecewa dengan keadaan ini. Alangkah memalukan apabila melihat adanya ibu bapa yang sanggup menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyampai ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas Matematik dan Sains.

Mengecewakan! Sepatutnya semua rakyat Malaysia diwajibkan menerima tanpa banyak soal mengenai penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Jelas sekali, ada di kalangan rakyat Malaysia yang kini khianat dan belot terhadap bahasa kebangsaan. Di manakah jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa kebangsaannya? Di manakah jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang sanggup berkorban untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama dalam sektor pendidikan Malaysia.

Di manakah usaha untuk menjadikan sektor pendidikan sebagai sektor melahirkan warganegara Malaysia yang sangat bangga dan menyanjungi bahasa kebangsaannya. Ini sama sekali tidak jelas berlaku dalam sektor pendidikan Malaysia, di mana masih berleluasa sikap menidakkan kemampuan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pengantar ilmu di semua institusi pendidikan di Malaysia.

Saya masih amat kecewa. Di manakah sekalian Harimau Bahasa bersembunyi? Bahasa Kebangsaan Malaysia seharusnya menjadi bahasa pengantar ilmu dan semua rakyat Malaysia wajib yakin, bangga, puas hati dan rela berkorban dalam memastikan bahasa kebangsaan ini mekar dan tersebar sebagai bahasa kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Apabila memikirkan betapa ibu bapa dibenarkan untuk memperduakan bahasa kebangsaan, dibenarkan memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah, ini sebenarnya sudah menidakkan usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan. Jika benar bahasa kebangsaan kita bahasa berdaulat, maka tidak akan ada pendua atau alternatif yang boleh menyaingi atau duduk dalam fungsi yang sama dengan bahasa kebangsaan kita.

Sedih. Kecewa. Hampa. Kerana sehingga kini, usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan masih samar-samar, jauh dari mencapai matlamatnya. Selagi rakyat Malaysia diberi peluang menggunakan bahasa Inggeris, maka selagi itu belum wujud pengorbanan. Apakah mereka ini berbangga sebagai rakyat Malaysia atau cuma tinggal di Malaysia semata-mata untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Di mana jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang bangga akan bahasa kebangsaannya?

Betapa kecewanya saya, memikirkan hal ini. Kenapa tidak ada seorang pun yang sedar? Benarkah tidak ada seorang pun yang sedar akan hal ini? Pasti ada yang sedar. Mudah-mudahan masih ada yang sedar. Kasihan negaraku yang paling saya sayang dan tempat saya mencurahkan taat setia.

Isnin, Januari 30, 2012

Tujuh Keajaiban Baru Dunia 2011

Tujuh Keajaiban Baru Dunia

Hutan Hujan Amazon, Brazil
Meliputi kawasan seluas 5,500,000 kilometer persegi dengan 7 juta kilometer persegi kawasan hutan mazon. Kawasan itu adalah separuh daripada hutan tropika yang masih kekal di dunia, dengan koleksi terbesar tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kawasan berkenaan juga meliputi Lembangan Amazon dan suhu yang tinggi di kawasan berkenaan sesuai untuk pertumbuhan biodiversiti. Lembangan itu juga adalah yang terbesar di dunia dan paling bernilai di muka bumi.

Teluk Hualong, Vietnam
Juga dikenali sebagai Ha Long Bay turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menajdi destinasi pelancongan terkenal di Vietnam. Teluk ini dikeliling gunung batu kapur berusia beribu-ribu tahun yang boleh ditemui dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ha Long Bay adalah pusat zon yang meliputi Teluk Bai long ke timur laut, dan Pulau Cat Ba di barat dayanya.

Teluk ini meliputi kawasan seluas 1.553 kilometer persegi termasuk 1,960 hingga 2,000 pulau kecil, yang kebanyakannya adalah batu kapur. Daratan teluk adalah 334 kilometer persegi dengan kepadatan 775 pulau kecil. Di percayai usia batu kapur di teluk ini menjangkaui 500 juta tahun. Evolusi batu kapur di teluk ini mengambil masa 20 juta tahun kesan perubahan iklim tropika. Terdapat
14 spesies bunga dan 60 spesies fauna.

Air Terjun Iguaz, sempadan Argentina-Brazil
Terletak di kawasan seluas 2.7 kilometer di sempadan dua negara ini. Pelancong boleh melihat 257 air terjun di sepanjang kawasan berkenaan yang mana dua pertiga daripadanya berada di Argentina. Air terjun ini menjadi destinasi wajib pengunjung ke negara Amerika Selatan itu. Air terjun utama yang menjadi tumpuan ramai dikenali sebagai ‘Devils Throat’ berbentuk U terletak di Brazil setinggi 82 meter, 150 meter lebar dan panjangnya 700 meter. Iguazu (Sungai Bing di Guarani) pula paling banyak dikunjungi dengan sejumlah kira-kira 2,000 spesies tumbuhan, 400 burung dan 70 mamalia didaftarkan di kawasan berkenaan.

Pulau Jeju, Korea Selatan

Pulau terbesar dan terletak di timur laut negara itu, kaya dengan tarikan pelancongan kawasan gunung berapi dan tinggalan lava membeku. Pulau ini juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Pulau Jeju turut dikenali Jejudo. Menurut sejarah, Pulau Jeju terletak di Selat Korea di daerah Jeollanamdo sebelum berpisah menjadi daerah lain pada 1946. Ia pernah juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya Doi, Dongyeongju, Juho, Tammora, Takra, Tamra. Antara tarikan utama pulau pelancongan ini adalah gua bawah tanah dan Taman Hallim serta Taman Bonsai yang berusia lebih 150 tahun. Pulau Jeju berkeluasan 73 kilometer x 41 km ini turut memiliki kawasan unik dikenali Mysterious Road yang mana barangan termasuk kereta boleh bergerak sendiri tanpa sebarang ‘kuasa,’ menaiki kawasan berbukit.

Taman Negara Komodo, Indonesia

Taman ini terletak di Pulau Komodo iaitu salah satu daripada 17,508 pulau di Indonesia. Pulau ini terkenal bukan hanya warisan budaya tetapi spesies biawak dikenali komodo. Haiwan itu hanya boleh ditemui di Pulau Komodo dan binatang seperti cicak gergasi ini hidup berkeliaran di pulau itu selama lebih daripada empat juta tahun. Pulau ini ditemui kira-kira 100 tahun lalu. Terkini, dilaporkan kira-kira 4,000 biawak komodo hidup di tiga pulau selain Pulau Komodo iaitu Pulau Rinca dan Padar. Selain itu, Taman Negara Komodo kaya dengan terumbu karang dan kira-kira 50 tapak menyelam yang hebat dan menarik. Pada 1986, ia menjadi tapak Warisan Dunia UNESCO dan Rizab Manusia dan Biosfera. Selain komodo, di taman negara ini pelancong boleh melihat haiwan unik dan eksotik seperti ayam hutan berkaki jingga, tikus endemik dan rusa Timor. Lebih daripada 1000 spesies ikan, kira-kira 260 spesies batu karang, 70 spesies span laut dan dugong, ikan jerung, dan sekurang-kurangnya 14 spesies ikan paus, ikan lumba-lumba dan penyu laut ditemui di perairan taman negara ini.

Sungai Bawah Tanah, Puerto Princesa
Sungai ini terletak di Taman Negara Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa terletak kira-kira 50 kilometer (30 batu) di utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan, Filipina. Taman negara terletak di Banjaran Gunung Saint Paul di pantai utara pulau itu. Ia bersempadan dengan St. Paul Bay ke utara dan di Timur Sungai Babuyan. Ia juga dikenali sebagai Taman bawah tanah Kebangsaan St. Paul River, atau Sungai Bawah Tanah St Paul dan tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1999. Taman Negara ini dikelilingi gunung batu kapur dengan sungai sejauh 8.2 dilayari kilometer bawah tanah. Satu yang menarik sungai bawah tanah ini ia mengalir di dalam gua sebelum terus ke Laut China Selatan. Sebelum Sungai Yucatan di Semenanjung Mexico, ditemui pada 2007, Sungai Bawah tanah Puerto Princesa dikatakan menjadi sungai bawah tanah terpanjang di dunia.

Table Mountain, Afrika Selatan
Gunung berbentuk meja besar yang rata boleh dilihat di mana saja di Cape Town. Terletak di dalam Taman Negara Table Mountain, kawasan gunung itu saja dikelilingi lebih 1,500 spesies tumbuhan, manakala 2,285 spesies tumbuhan boleh ditemui di taman negara itu.

INFO: Yayasan New 7 Wonders of Natur
Diasaskan pada 2001 oleh penerbit filem Bernard Weber di Zurich, Switzerland. Mengamalkan prinsip yang sama dalam penetapan tujuh keajaiban dunia pernah diumumkan sebelum ini termasuk Taj Mahal di India serta Piramid dan Giza di Mesir.

Sumber Petikan: Berita Harian

Ahad, Januari 29, 2012

Cara Bertemu Jin - Orang Bunian

Jika kamu mahu bertemu dengan orang bunian. Kamu perlu tahu, bahawasanya:

Orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan. Orang bunian juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah. Orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.
 
Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu. Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris. Pakaian orang bunian juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan.

Cara-cara Bertemu Dengan Orang Bunian
Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya. Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam.

Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.

Sumber diubahsuai dari: Kosmo.com.my

Selasa, Januari 24, 2012

Surat Pembaca - Menghilangkan Rasa Penat Belajar

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: Masalah Tentang Pelajaran
Hai. Saya ingin menceritakan masalah saya tentang pelajaran. Saya pelajar yang akan mengambil PMR pada tahun ini, jadi saya selalu sampai di rumah pada pukul 4-5 petang sehingga tidak dapat mengikuti jadual yang disediakan untuk belajar kerana terlalu letih. Saya balik dari sekolah pada pukul 5.00 petang kerana ada kelas tambahan. Apakah cara untuk saya belajar pada masa kini? Adakah saya masih mengikuti jadual yang disediakan?

Winnie Girl

Jawapan Amiene Rev: Susun Semula Jadual Ikut Kemampuan Diri
Pertama, tahniah saya ucapkan kepada Winnie kerana memiliki semangat untuk belajar dan membuat jadual waktu belajar sendiri biarpun penat dengan tugas. Ini menunjukkan bahawa Winnie seorang anak yang tahu menghargai pengorbanan ibu bapa dan guru, serta mempunyai kesungguhan untuk masa depan yang cerah.

Waktu selepas pukul 5.00 petang adalah waktu beriadah, bersukan atau waktu untuk menenangkan fikiran. Belajar dalam keadaan penat tidak akan memberi kesan yang baik. Gunakan waktu sekitar pukul 5.00-6.30 petang ini untuk merehatkan minda. Teh hijau dapat membantu melegakan tekanan belajar dan kepenatan. Pastikan Winnie tidur lebih awal iaitu sebelum pukul 11.00 malam. Jadual waktu Winnie masih boleh diubah. Pastikan ada waktu rehat yang cukup. Pengambilan Vitamin B Kompleks juga membantu, namun ini memerlukan preskripsi dan panduan daripada pakar perubatan. Kurma, madu dan kismis adalah pilihan terbaik.

Sekiranya Winnie masih kepenatan. Mungkin ada baiknya Winnie tidur sekejap sekitar pukul 8.00 dan bangun semula pada pukul 8.30 untuk mengulangkaji pelajaran. Masa belajar boleh dilanjutkan selama dua setengah. Pastikan pada waktu tidur, Winnie tidur secukupnya. Minumlah air untuk melancarkan perjalanan darah bagi membawa masuk lebih banyak oksigen ke dalam darah. Dengan ini badan akan terasa lebih segar.

Yang benar,
AMIENE REV

Ahad, Januari 22, 2012

Town of Amiens - France Tour REVIEW

Amiens is a town and municipality of 136 000 people (2008) in the department of Somme in northeast France. It is strategically situated at the crossroads of European communication routes, two hours from London and Amsterdam- and less than one hour and a half from Paris. Amiens can benefit from its position at the heart of a key European region. The local economy suffered from the massive closure of manufacturing industries in the late 70’s but industry and agriculture are still important sectors of the city economy. However, these sectors lack the dynamism to ensure the necessary level of job creation. As a consequence, the employment rate (38%) is quite low as well as the number of people without qualifications, which is 11,5% in Amiens against 6,5% in France. Women, especially young women, are more likely to be affected by this situation because of the weakness of the services sector which usually employs the majority of the female workforce.  However, the services sector accounts for 66% of jobs in Amiens, which is lower than the national average. The diverse nature of the habitat is an obstacle as well. Nevertheless, since 2002 the progressive expansion of the services sector has allowed the start up of a higher number of women lead businesses.

The Battle of Amiens
The Battle of Amiens (also known as the Third Battle of Picardy (French: 3ème Bataille de Picardie)), which began on 8 August 1918, was the opening phase of the Allied offensive later known as the Hundred Days Offensive that ultimately led to the end of the First World War. Allied forces advanced over seven miles on the first day, one of the greatest advances of the war, with Henry Rawlinson's British Fourth Army playing the decisive role. The battle is also notable for its effects on both sides' morale and the large number of surrendering German forces. This led Erich Ludendorff to describe the first day of the battle as "the black day of the German Army." Amiens was one of the first major battles involving armoured warfare and marked the end of trench warfare on the Western Front, fighting becoming mobile once again until the armistice was signed on 11 November 1918.

The Treaty of Amiens
The Treaty of Amiens temporarily ended hostilities between the French Republic and the United Kingdom during the French Revolutionary Wars. It was signed in the city of Amiens on 25 March 1802 (Germinal 4, year X in the French Revolutionary Calendar), by Joseph Bonaparte and the Marquess Cornwallis as a "Definitive Treaty of Peace". The consequent Peace of Amiens lasted only one year (18 May 1803) and was the only period of peace during the so-called 'Great French War' between 1793 and 1815.[1] Under the treaty, the United Kingdom (UK) recognised the French Republic; George III had only two years previously dropped the English crown's historical claim, dating back to 1340 and Edward III, to the now-defunct French Kingdom. Together with the Treaty of Lunéville (1801), the Treaty of Amiens marked the end of the Second Coalition, which had waged war against Revolutionary France since 1798.

Amiens Cathedral
The Cathedral of Our Lady of Amiens (French: Cathédrale Notre-Dame d'Amiens), or simply Amiens Cathedral, is a Roman Catholic cathedral and seat of the Bishop of Amiens (currently Jean-Luc Bouilleret). It is situated on a slight ridge overlooking the River Somme in the administrative capital of the Picardy region of France, some 120 km north of Paris.

The cathedral is the tallest complete cathedral in France, its stone-vaulted nave reaching a height of 42.30 metres (138.8 ft) (surpassed only by the incomplete Beauvais Cathedral). It also has the greatest interior volume of any French cathedral, estimated at 200,000 cubic metres (260,000 cu yd). The cathedral was built between 1220 and c.1270 and has been listed as a UNESCO World Heritage Site since 1981.[5] Although it has lost most of its original stained glass, Amiens Cathedral is renowned for the quality and quantity of early 13th century Gothic sculpture in the main west facade and the south transept portal, and a large quantity of polychrome sculpture from later periods inside the building.

Top-rated hotels
1 Mercure Amiens Cathedrale 4.5 of 5 stars 125 reviews
2 All Seasons Amiens Cathedrale 4.0 of 5 stars 142 reviews
3 Ibis Amiens Centre Cathedrale 3.5 of 5 stars 160 reviews
4 Hotel Victor Hugo 4.0 of 5 stars 28 reviews
5 Hotel Restaurant Le Prieure 3.5 of 5 stars 40 reviews

Top-rated Beds and Breakfasts
1 La Maison d'Euphrasie 4.5 of 5 stars 36 reviews
2 Maison d'hotes Le Quatorze 4.5 of 5 stars 14 reviews
3 Chambre d'hotes "Les Trois Plumes" 4.5 of 5 stars 7 reviews


Top-rated things to do

1 Terres de Memoire Somme Battlefiel... 5.0 of 5 stars 15 reviews
2 Cathedrale Notre-Dame d'Amiens 4.5 of 5 stars 23 reviews
3 Musee de Picardie 5.0 of 5 stars 5 reviews

Top-rated restaurants

1 Le Tassigny 4.5 of 5 stars 8 reviews
2 Ad'hoc Cafe 5.0 of 5 stars 3 reviews

Traveler Advice on Things to Do in Amiens

Trip Lists
Traveler recommended attractions

Terres de Memoire Somme Battlefield Tours
Ollie #1 of 7 attractions in Amiens
5 of 5 stars 15 reviews
Owner description: We are a French compny organising Battlefield Tours of the Western Front. Our groups are kept to a maximum of eight people. One day, two day, three...
Attraction type  Battlefields

        "Loved every minute!!" Dec 2, 2011
        "Informative & affecting...." Oct 6, 2011
        "Trip of a lifetime" Aug 13, 2011



Cathedrale Notre-Dame d'Amiens
Ollie #2 of 7 attractions in Amiens
4.5 of 5 stars 23 reviews

The cathedral in Amiens, Notre Dame d'Amiens, is a beautiful classical gothic cathedral.  "Amiens, the cathedral in color" from the medieval and beautiful stained glass windows...
Attraction type  Architectural Buildings; Religious Sites
Distance  0.3 miles from city center

        "Worth It" Dec 10, 2011
        "the biggest cathedral in france" Dec 8, 2011
        "Can go back everyday" Nov 10, 2011


Musee de Picardie
Ollie #3 of 7 attractions in Amiens
5 of 5 stars 5 reviews
Attraction type  History Museums; Art Galleries
Distance  0.3 miles from city center

        "Great" Aug 18, 2011
        "Il faut aller à AMIENS" Dec 25, 2011
        "Musée étonnant par ses collections de statues et..." Dec 14, 2011




Maison de Jules Verne
Ollie #4 of 7 attractions in Amiens
4.5 of 5 stars 8 reviews
Owner description: Welcome in Jules Verne's Home... Come and visit the house where the famous writer lived for 18 years in Amiens and where he wrote most part of his...... more »
Attraction type  Historic Sites; Museums
Distance  0.5 miles from city center

        "Interesting for Jules Verne fans" Nov 29, 2011
        "A little gem- well worth a visit" Aug 26, 2011
        "Wonderful" Aug 18, 2011



St-Leu
Ollie #5 of 7 attractions in Amiens
4.5 of 5 stars 6 reviews
Attraction type  Neighborhoods
Distance  0.4 miles from city center

        "A must while visiting Amiens" Nov 29, 2011
        "Nice looking but seems a tourist trap" Oct 19, 2011
        "Vibrant quarter with plenty of colour" Jul 12, 2011



Parc Samara
Ollie #6 of 7 attractions in Amiens
4 of 5 stars 4 reviews
Attraction type  Historic Sites
Distance  6.7 miles from city center

        "Fascinating day out" Aug 21, 2006
        "Journée très ludique" Aug 3, 2011
        "dommage" Sep 6, 2010


Jean Trogneux
Ollie #7 of 7 attractions in Amiens
3 of 5 stars 2 reviews
Attraction type  Specialty Shops
Distance  0.1 miles from city center

        "Best Picardy Macarons" Jan 4, 2011
        "France" Jul 25, 2011

The Battlefields Experience
Owner description: We are Jackie and Rod Bedford, both British ex military, we have for the past eleven years provided fully guided Battlefield Tours throughout Europe
Attraction type  Battlefields

Towers of Notre-Dame d'Amiens Cathedral
Owner description: Amiens Cathedral is one of the finest examples of late Gothic art in Europe. It is also the Cathedral of records since it is the largest in France.
Attraction type  Churches/ Cathedrals; Historic Sites; Architectural Buildings


Sens Naturel
Attraction type  Tours
Distance  1.6 miles from city center


Selasa, Januari 10, 2012

Surat Pembaca - Menghilangkan Rasa Cemburu

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: Cemburu Kuasai Hidupku

Aku punyai teman lelaki yang baik. Beza umurnya denganku 5 tahun. Aku 19 tahun dan dia 24 tahun. Kami bercinta sudah hampir 4 tahun. Banyak ranjau duri kami redahi ditambah pula aku menetap di KL dan dia di Perak. Alhamdulilah syukur aku dapat melanjutkan pelajaran di Perak dan kami kerap berjumpa. Tetapi sejak motornya rosak menyebabkan kami sudah jarang berjumpa. Malah masanya banyak dihabiskan bersama rakan-rakannya. Aku sedih dan terkilan kenapa tak ada inisatif lainkah nak datang jumpa aku walau sekejap. Hari tu aku ada terjumpa mesej teman wanita rakannya yang sedang bermasalah dengan teman lelakinya. Bermain message pula dengan adik perempuan tu. Aku naik angin akibat cemburu banyak kali dia terangkan yang dia memang tak ada apa dengan mana-mana perempuan tetapi aku cukup sakit hati. Hari tu aku jumpa myspace dia. Dia tidak beritahu aku langsung mengenai itu. Aku naik angin sebab dia punyai kawan-kawan perempuan yang ramai di situ. Katanya bukan dia yang online. Aku sedih. Aku memang kuat cemburu. Aku bukannya apa. Myspace tu banyak buruknya dari baik. Aku marah sebab ada comment dari girlfriend kawannya di situ. Aku tetap teringat dan kurang kepercayaan kepadanya. Aku tahu dia bukanlah jenis lelaki yang layan perempuan. Tapi aku tak boleh terima kalau ada perempuan yang cuba dekati dia. Aku dah cukup banyak berkorban untuk dia. Aku takut kehilangan dia dan aku paling tak suka hatiku dilukai. Tolonglah macam mana aku nak tepis perasaan ini.  Kadangkala ia menganggu kehidupan aku seharian.

Camelia


Jawapan Amiene Rev: Bercinta Kerana Takutkan Allah

Daripada gaya penulisan Camelia, memang ternyata Camelia telah dikuasai perasaan geram dan cemburu. Tahniah buat Camelia kerana mempunyai keazaman untuk menghilangkan perasaan cemburu. Kekuasaan Allah dalam menentukan jodoh memang sukar, bagi kita sebagai hambanya untuk membuat jangkaan.

Camelia, siapakah diri kita di dunia ini? Kita adalah hamba Allah. Adakalanya bukan kita yang mampu membuat keputusan. Soal mati, soal jodoh, semua ini penuh dengan misteri dan hikmah. Cemburu yang keterlaluan boleh berlaku apabila kita gagal menghalang bisikan syaitan. Syaitan yang menghasut kita supaya cemburu, supaya kita lalai dan leka kerana setiap hari rungsing dan memikirkan sesuatu yang kadangkala bukan di bawah kekuasaan kita - jodoh.

Dalam memilih jodoh, pilihlah pasangan hidup yang dapat memberi kita kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jika Camelia rasa tidak bahagia bersama dia, cari saja lelaki lain yang lebih beriman, menjaga batas pergaulan dan mempunyai matlamat hidup serta bertanggungjawab.

Cinta harus hadir kerana takutkan Allah, kerana mencari keredhaan Allah. Perasaan itu sesuatu yang istimewa bagi manusia, tetapi jika kita dikuasai oleh perasaan, hidup kita boleh musnah. Adakah cemburu Camelia ini kerana hendakkan keredhaan Allah, atau kerana manusia?

Camelia mungkin sukakan lelaki yang tidak memandang kepada wanita lain, dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Lelaki muslim sejati seperti ini boleh ditemui di masjid-masjid, surau-surau atau di majlis-majlis keagamaan. Mungkin lelaki jenis ini yang lebih sesuai untuk Camelia.

Perasaan cemburu boleh ditepis. Tetapkan niat apa sahaja tindakan kita kerana mencari keredhaan Allah. Suatu ketika nanti, Allah akan membantu kita, mungkin menunjukkan jalan hidup yang lebih baik daripada apa yang kita sedang lalui sekarang ini. Niatkan perhubungan ini kerana Allah, maka Allah pasti akan tunjukkan jalan yang lebih membahagiakan.

Semoga Camalia akan berbahagia hendaknya, selepas ini.

Yang benar,
AMIENE REV

Isnin, Januari 09, 2012

Surat Pembaca - Ingin Melupakan Orang Yang Tidak Mahu Dicintai

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: Selalu Mengingati Kawan Abang
Masalah saya ialah saya selalu saja teringat kepada salah seorang kawan baik abang saya. Dia tu jiran saya dan setahu sayalah dia rapat dengan kawan baik saya. Saya dah tak tahu hennak buat apa. Lepas saja berdoa saya mesti ingat lagi dia dan ternampak nama dia di mana-mana. Saya tak mahu dia walaupun kami dah kenal sejak dari kecil lagi. Tolonglah bagi tips bagaimana hendak lupakan dia. Sudah Buat istikharah tetapi masih nama dia diingati. Saya tak nak jadi penghalang antara dia dengan kawan baik saya sendiri. Tolonglah, bantu saya.

Atie

Jawapan Amiene Rev: Bacalah Al-Quran
Melupakan orang bukan perkara yang susah sebenarnya. Ia bergantung kepada diri kita sendiri. Pertama, saudari harus berfikiran rasional. Si dia sudah berpunya, dan saudari tidak mahu menjadi penghalang. Jadi biarkan sahaja. Usah difikir lagi. Masalah utama saudari ialah fokus. Saudari tidak dapat fokus pada matlamat saudari. Dalam Islam, kita diajar supaya mengawal emosi, dan jangan mengikut perasaan. Bisikan syaitan begitu kuat, sehingga mengaburi hati saudari.

Jalan terbaik ialah dekatkan diri kepada Allah. Bacaan Al-Quran mampu melunturkan bisikan syaitan. Jika saudari amalkan setiap hari, saudari pasti akan kembali tenang. Cinta bukan kerana nafsu, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Cinta kerana nafsu mengundang kemurkaan Allah, hati saudari tidak akan tenang, kerana hidup tidak diberkati. Bercintalah kerana Allah, dan tinggalkanlah si dia kerana Allah. Itulah panduan yang dapat saya berikan untuk saudari. Semoga berjaya dan semoga berbahagia.

Yang benar,
AMIENE REV

Ahad, Januari 08, 2012

Surat Pembaca - Terlanjur Cinta Kepada Si Dia

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: Sudah Berpunya Tetapi Terjatuh Cinta Kepada Teman Baik
Di sini saya ingin meluahkan isi hati saya yang sekian lama telah saya pendam. Saya ada seorang teman. Dia sangat baik kepada saya. Dia selalu hiburkan saya ketika saya sedang berduka. Tiba-tiba suatu hari, hati saya lain semacam kepada dia dan saya pun rasa dia merasakan apa yang saya rasakan. Lalu pada malam itu, dia telah menelefon saya dan dia berkata, dia ingin memberitahu saya sesuatu. Dia telah meluahkan perasaannya terhadap saya bahawa dia "mencintai" saya. Saya tersentak. Saya tidak tahu mahu berkata apa kepadanya. Perasaan saya sama juga sepertinya tetapi apakan daya, saya telah berpunya. Apakah saya perlu buat?

Haira


Jawapan Amiene Rev: Di manakah Allah?
Kebanyakan orang mengalami perasaan yang bergolak apabila dilamun cinta kerana kegagalan memahami tujuan cinta. Emosi boleh dikawal, manusia yang lemah kawalan emosinya mudah terjerumus ke dalam pergolakan cinta. Mereka mudah dipermainkan perasaan cinta dan juga nafsu cinta. Dalam Islam, kita telah pun diajar agar menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Jika sudah terjebak ke dalam permainan cinta tiga segi seperti ini, eloklah Haira memohon kepada Allah agar memberi panduan yang terbaik untuk Haira. Untuk soalan atau kes seperti Haira ini, selalu saya jawab, buatlah solat istikharah.

Yang benar,
AMIENE REV

Sabtu, Januari 07, 2012

Novelis Azizi Haji Abdullah Meninggal Dunia

Entah kenapa, hati saya terasa bergolak dan gementar, apabila saya membaca berita di bawah ini. Betapa naifnya diri saya kerana masih tidak peka dengan kematian penulis novel kegemaran saya, Tukya atau Azizi Haji Abdullah. Sudah agak lama saya memisahkan diri saya dari dunia penulisan, namun saya akui, saya masih tetap tidak putus-putus membeli novel Tukya atau Pak Azizi Haji Abdullah.

Di tangan saya masih ada novel Anak Belantara dan Badai Cinta yang saya beli tahun lepas di pasaran. Sememangnya saya sangat meminati karya-karya Pak Azizi Haji Abdullah. Selain karya Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani, karya Tukya adalah antara pilihan utama saya apabila singgah ke kedai buku. Buku terbaru Ramlee Awang Murshid Fiksyen 302 pun telah saya sambar baru-baru ini.

Entah kenapa hari ini, disebabkan ada kelapangan sedikit, saya membuka blog Azizi Haji Abdullah, hati saya bergentar apabila mendapati ayat pos terakhir di blog Pak Azizi Haji Abdullah yang menyatakan tentang novel terakhirnya. Bagaikan ada suara yang meraung dari lubuk hati saya, mengenangkan betapa kesalnya saya kerana tidak peka dengan berita terkini penulis yang amat saya hormati ini. Hati ini terasa amat hiba. Teramat pilu.

AL-FATIHAH.

NOVELIS AZIZI ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

20 OGOS 2011 - Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.
   
Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.
   
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.
   
Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.
   
Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.
   
Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.
   
Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas.

- Bernama

Surat Pembaca - Pelajar PMR Mahu Semangat Belajar

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: MASALAH TENTANG PELAJARAN
Umur baru 15 tahun. Tahun ni saya ambil peperiksaan PMR. Macam mana saya hendak tumpukan perhatian dalam kelas. Saya menjadi seperti tidak boleh belajar. Keluarga saya tidak pernah memberi sokongan kepada saya.

DILA


Jawapan Amiene Rev: KAUNSELOR SEKOLAH, SAHABAT BAIK ANDA
E-mel Dila ternyata sangat pendek, dan sukar untuk ditafsir masalah sokongan keluarga yang bagaimana sedang Dila hadapi. Apa pun saya berharap saudara Dila dapat berjumpa dengan kaunselor di sekolah Dila. Kaunselor sekolah Dila adalah sahabat baik di sekolah yang dapat membantu Dila untuk mencari hala tuju dan tujuan belajar.

Yang benar,
AMIENE REV

Surat Pembaca - Pelajar STPM Mahu Berhenti Sekolah

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat

Surat Pembaca: Pelajar Pra-U Mahu Berhenti Sekolah Kerana Kehilangan Kawan
Saya seorang pelajar pra-u. Tahun ni saya akan mengambil peperiksaan STPM tetapi saya rasa sangat bimbang dan takut untuk hadir. Lebih-lebih lagi saya sangat tertekan dengan keluarga saya. Selain itu, saya juga kehilangn seorang rakan seperjuangan. Dia sudah berhenti dari sekolah. Saya merasakan saya hendak berhenti sahaja dari belajar. Saya tidak ada kawan di sekolah untuk meluahakan perasan saya ini.

Nurul Yahya

Jawapan Amiene Rev: Betulkan Niat Belajar, Belajar Kerana Allah, Bukan Kerana Manusia
Terima kasih kepada saudari Nurul kerana sudi berkongsi kisah sedih saudari di sini. Pertama, saya bersimpati dengan saudari kerana hidup dalam kesunyian, tanpa kawan dan sokongan keluarga dalam masa saudari perlu belajar di Tingkatan 6. Jika saudari tidak ada kawan untuk berkongsi masalah atau meluahkan perasaan saudari, saudari boleh pergi bertemu dengan kaunselor di sekolah saudari. Kaunselor sedia membantu saudari untuk membina kembali semangat yang hilang.

Kedua, betulkan niat belajar saudari. Alangkah bagusnya jika kita dapat belajar untuk berjaya dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran, mempelajari ilmu yang lebih tinggi, menguasai kemahiran yang dapat membantu menyenangkan diri dan keluarga? Jika kita belajar dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, sebagai satu ibadat, maka semangat belajar itu akan sentiasa ada. Saudari cubalah sendiri.

Saya doakan agar saudari berjaya dalam hidup, dan diiringi kebahagiaan sentiasa.

Yang benar,
AMIENE REV

Jumaat, Januari 06, 2012

Pak Ku Shadat - Lirik Zaman Jepun Kedah

ZAMAN JEPUN - (KEDAH)
Penyanyi : Pak Ku Shadat


Hai Jepun Perintah pulak 3 tahun 8 bulan
susah nak makan minum dan juga pakaian
sama orang lelaki dan juga perempuan
dimakan ubi kayu cicah dengan nisan

Hai Jepun langgaq tahun patpuluh satu
banyak orang putih lari tak tentu kalu
masuk segenap lubang kubu
karna dia takut senapang dan jugak peluru

Hai Jepun masuk ke dalam negara Siam
jambatan titi orang putih dia bom
segala gudang-gudang Jepun dia hentam
permintaan Jepun sangatlah kejam

Hai Jepun masuk jalan Padang Besaq dan Changlon
Puak Jepun datang ramai berduyun-duyun
padi beras hak kita dia rampas dia samun
banyak rakyat makan beras dengan timun

Hai pergaduhan Jepun dengan barang perniagaan
Jepun jual sangat murah mangkuk dan pinggan
bertengkaq berbalah sampai pulak pergaduhan
akhir-akhir rakyat jugak mendapat kesusahan

Hai Jalan Padang Besaq datang mari Jepun
naik kretapi asap berkelon-kelon
hukuman Jepun pulak macam penyamun
salah tak salah disepak dibalun

Hai Jepun masuk nak perintah Tanah Malaya
Cina, Siam , Melayu pakat takut belaka
kerana dia sangat keras kepala
padi hak kita dia ambik saja

Hai tahun ulaq kecil diapun masuk
bila berjumpa Jepun kepala kena hangguk
dia tak kira berperan tak kira datuk
perangai Jepun semacam dengan beruk

Hai hari Isnin Jepun mulai masuk Malaya
datang berduyun-duyun masuk dengan segera
Jepun marah dekat  orang putih krana berniaga
orang putih hentam kepala tauke shiba

Hai mula-mula tauke shiba menjual kuih sepit
harganya satu keping satu duit
dalam kuih sepit ada cincin kuning mengelit
dengan budak-budak habis dia kutip duit

Hai Jepun dah sampai pulak di Kepala Batas
peluru dan senapang semua dia galas
orang putih larui yang sangat deras
jikalau dapat ke tangan dia nyawa pulak rentas

Hai Jepun dah sampai pulak di Pekan Alor Setaq
Pakat takut lari terketaq-ketaq
tak kira tua muda kecik dan besaq
kita tak hangguk kepala dah kena penampaq

Hai Melayu dan Siam pakat banyak makan ubi kayu
padi dan beras habis dia sapu
siapa buat salah dia hentam dengan peluru selalu
ditanam selubang Hindu, Cina dan Melayu

Hai Jepun suruh pakat usung kayu
jika tak larat usung dia buang satu-satu
dia suruh bawak pulak dipukul dipalu
ada setengah orang mati pulak di situ

Hai selama Jepun perintah 3 tahun 8 bulan
banyaklah rakyat mendapat lagi kesusahan
susah mendapat minum dan makan
kena pakai sarung guni buat tudung kemaluan

Hai hukuman Jepun rakyat semua takut
kalu buat salah dibagi minum dipijak perut
nyawa pulak jadi naik pasang surut
terkadang-kadang nyawa terus tercabut

Hai rakyat yang salah disepak cancin
terkena sekali terberak terkencin
mata terkeluaq api hijau dan kunin
perut senak kepala naik penin

Hai Jepun dia kerah rakyat membuat jalan
kena masuk segenap ke dalam hutan
mau tak mau dia hukum paksakan
ada yang mati dengan krana kelaparan

Hai zaman Jepun takdak ada banyak sekolah
saya mengaji Quran di rumah Lebai Lah
di situ pulak tak dikira darjah
boleh baca Quran dia kata sudahlah

Hai zaman Jepun ada banyak penyakit
nyamuk tuma semua dia gigit
kudis buta cabuk di kulit
takdak kelambu secarik rabik

Hai zaman Jepun takdak pulak gores api
diplaga batu bersama dengan besi
bagi masuk habuk duduq yang kering sekali
ditepuk dipercik keluaqlah api

Hai perintahan Jepun sangatlah keras
kalu buat salah ditangkap berkas
dia suruh pulak menyangkoi batas
dia bagi minum ayaq dia jemuq panas

Hai Jepun masuk dengan serentak
barang pakaian kesemuanya takdak
perangai Jepun macam kelaku budak-budak
kita silap sikit dia pasang pulak penyepak

Hai cakapan Jepun banyaklah susah
apa dia kata kita tak paham sepatah
dia bunyi sora kruh kreh wah kruh krah
kita jawab tak jawab jadi serba salah

hai loghat bahasa Jepun bunyi macam kera
kruh kreh wah kruh krah kita kena angguk kepala
jika tak angguk dia kata korang bahasa
kena penyepak dia dah sakit tak sangka

Hai kita tak boleh pergi pulak ke sana sini
takdak kain kena pakai sarung guni
habis kesemua anak dan bini
duduk pulak di tempat yang sunyi

Hai tahun kera Jepun sudah pulang
krana dia kalah masuk menentang berperang
orang putih hantaq balik dengan kapai dan tongkang
tenggelam ayaq laut mampus terkangkang

Hai Amerika bom pulak di bandaq Toshima
banyak yang mati lagi jantan dan betina
termasuk Jepun, Hindu dan Cina
yang mana mampuih mulut ternganga

Hai habislah kisah Jepun ampunya cerita


Pak Ku Shadat meninggal dunia
1 Disember 2008

Tokoh penglipur lara yang terkenal di Perlis dan Kedah, Ku Nafiah Ku Aman, 79, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ku Shadat' meninggal dunia di rumah keluarganya di Padang Sera, Kedah hari ini kerana sakit tua.

Seorang rakan rapatnya, Ahmad Md Noh, 57, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya kira-kira jam 11 pagi dan mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melele, Kedah jam 4.30 petang tadi.

Beliau menyifatkan kematian Pak Ku Shadat sebagai kehilangan seorang pejuang seni penglipur lara yang tidak pernah jemu berkarya.

Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipur lara sejak lebih 20 tahun lalu menerusi nyanyian selokanya. - Bernama


Pak Ku Shadat Derita Di Rumah Usang
Oleh Adnan Jahaya


KANGAR, 18 Dis (Bernama) -- Sejak dua dekad lalu, Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.

Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, hanya suara Pak Ku Shadat dari albumnya yang kendengaran menceriakan suasana majlis tertentu sedangkan beliau terlantar sepi di rumah sewanya di Kampung Kebun, Arau, dekat sini.

Rumah usang tanpa sebarang perabot itu menjadi tempat tinggalnya sejak enam bulan lalu dan sesekali ada jiran yang menghantar makanan untuknya.

Pak Ku Shadat, yang berasal dari Pering, Kedah, akur dengan hari-hari terakhir kehidupannya dan menerima hakikat bahawa insan seni sepertinya tidak berupaya untuk hidup mewah di penghujung usia.

Walaupun pergerakannya perlu dibantu, namun selokanya tetap menceriakan rumah kecil yang didiami bersama isterinya, Mek Ahmad, 55, yang berasal dari Pendang, Kedah.

Dari raut wajah warga emas ini jelas kelihatan kemuraman hidupnya yang terselindung di sebalik keramahannya.

Pak Ku Shadat pernah menerima upah antara RM50 dan RM100 untuk setiap kali persembahannya di majlis kenduri dan acara rasmi tertentu tetapi kini tidak lagi diundang menyebabkan beliau terpaksa bergantung hidup kepada simpati jiran.

Air mata yang sesekali mengalir ketika menceritakan tentang kesengsaraan hidupnya sekarang, disembunyikan di sebalik wajahnya yang ceria.

Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.

Selain hanya hiburan, lirik lagu-lagunya yang mengandungi kritikan sosial selain nasihat kepada orang ramai.

Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail, berjanji akan berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban kehidupan Pak Ku

"Dia seorang penglipurlara yang patut dihargai. Dia perlu dibantu," katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper kepada Pak Ku Shadat.

-- BERNAMA

Surat Pembaca - Pelajar Lemah Dalam Semua Subjek

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat

Surat Pembaca: Lemah Dalam Semua Subjek
Saya Effa di sini. Apa khabar? Ini tahun saya akan menduduki SPM, tetapi semua mata pelajaran saya amat lemah. Apa yang patut saya buat sekarang. Help me! Terima kasih.

Effa

Jawapan Amiene Rev
Khabar baik, Effa. Pertama, biasakan diri untuk menulis menggunakan struktur ejaan Bahasa Melayu dengan betul. Jangan guna bahasa rojak atau bahasa SMS dalam penulisan. Contohnya, ayat "semua mata pelajaran saya amat lemah". Ini struktur ayat yang salah. Mata pelajaran tidak pernah lemah, sebaliknya Effa sendiri yang lemah dalam semua mata pelajaran. Saya dapati banyak ejaan SMS yang telah Effa gunakan dalam surat Effa dan perkara ini harus diperbetulkan. Saya telah mengubah beberapa ejaan SMS kepada ejaan yang sepatutnya.

Kedua, menghormati guru. Di dalam kelas, pastikan Effa fokus terhadap apa yang guru ajar. Jangan berbual, atau buat kerja yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Jangan terlalu banyak berfikir. Penerangan guru di dalam kelas biasanya bersifat mengajar, dan arahan yang diberikan guru di dalam kelas biasanya tersusun. Pastikan Effa siapkan kerja rumah yang diberikan.

Ketiga, mengulangkaji pelajaran di rumah. Pelajar lemah kurang mengulangkaji pelajaran. Ada pembaca yang pernah mendakwa mereka selalu membuat banyak latihan di rumah untuk satu-satu subjek tetapi masih gagal menguasai subjek tersebut. Apabila ditanya berapa bilangan soalan yang dibuat satu hari, dia jawab 10 soalan sehari. Cara yang baik ialah fokus kepada satu-satu topik di dalam subjek, dan bukan subjek. Ini kerana setiap bab mempunyai beberapa konsep atau topik yang perlu difahami secara khusus. Jadual pembelajaran itu penting.

Keempat, rajin mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan. Biasanya, kita akan lebih ingat apa yang kita cari berbanding apa yang disuapkan (tanpa berdikari).

Kelima, jagalah pemakanan. Pastikan saudari memakan makanan yang boleh membantu perkembangan otak seperti kismis dan madu. Elakkan memakan makanan yang mengandungi banyak pengawet, terlalu masam, organ dalaman haiwan dan sebagainya.

Keenam, jika saudari rasa perlukan kelas tambahan atau tuisyen. Maka itu lebih baik. Masa yang ada di dalam kelas untuk satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran biasanya tidak mencukupi untuk guru memberi tumpuan dan bimbingan penuh kepada semua pelajar, khususnya untuk kelas yang ramai pelajar. Oleh itu, pelajar boleh mendapatkan khidmat tuisyen untuk meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan dalam satu-satu subjek.

Selamat berusaha!


Yang benar,
AMIENE REV

Selasa, Januari 03, 2012

Surat Pembaca - Aliran Tingkatan 4 Apa Yang Sesuai?

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: Cara Ingin Tahu Aliran Tingkatan 4 Yang Sesuai Dengan Keputusan PMR

Saya menduduki PMR pada tahun ini.

Keputusan saya
B.Melayu = B
B.Inggeris = B
Mathematics = C
Sains = D
Sejarah = D
Geografi = D
KHB = A
Agama Islam = B

Apa aliran yang patut saya ambil?

Hajar

Jawapan Amiene Rev: Rujuk Kaunselor Sekolah
Pada kebiasaannya, setiap tahun, selepas PMR, apabila pelajar-pelajar lepasan PMR berangkat ke Tingkatan 4, mereka akan melalui proses streaming atau penetapan aliran pakej mata pelajaran. Hajar tidak perlu bimbang kerana semua ini akan diuruskan oleh pihak kaunselor sekolah. Kanselor sekolah akan meletakkan Hajar ke aliran yang sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan Hajar. Sekiranya Hajar ingin mengambil satu-satu subjek yang tidak ditawarkan, Hajar boleh berbincang dengan kaunselor sekolah. Proses pertukaran kelas boleh berlaku. Namun ada juga sesetengah pelajar yang tidak mahu bertukar kelas, jadi mereka belajar subjek tersebut menerusi kelas tuisyen, dan masih dapat mendaftarkan subjek itu untuk diambil semasa peperiksaan SPM.

Yang benar,
AMIENE REV

Ahad, Januari 01, 2012

Surat Pembaca - Terjatuh Cinta Kepada Kekasih Orang

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca - TIMBUL RASA CINTA TERHADAP SESEORANG YANG SUDAH BERPUNYA
Setelah saya mengenalinya timbul rasa sayang terhadapnya walaupun saya tahu dia sudah berpunya. Tapi saya tak sampai hati menyuruh dia memutuskan hubungan dengan kekasih dia sebab saya akan meruntuhkan hubungan yang mereka bina selama beberapa bulan ini. Masalahnya sekarang pada masa yang sama dia juga amat menyayangi saya. Dia tak mahu melepaskan atau berjauhan dengan saya. Perasaan saya terhadap dia kuat sangat sampai selalu terbayang-bayang wajahnya. Dia pernah menceritakan hal peribadi dia yang dia tidak selalu tidak sefahaman dengan kekasih dia. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan? Adakah saya menerimanya atau ada jalan lain lagi?

Iwan

Jawapan Amiene Rev - Buat Solat Istikharah

Saudara Iwan. Saya bersangka baik dengan saudara, dengan beranggapapan bahawa saudara dan si dia sudah lama berkenalan, mungkin sejak dari usia kecil lagi sebelum si dia bertemu dengan kekasihnya. Kisah cinta tiga segi saudara ini memang banyak dikisahkan di dalam novel dan filem. Saya mohon maaf kerana saya tidak dapat melibatkan diri dan memberi apa-apa komen terhadap kisah saudara dan si dia. Lain ceritanya sekiranya ketiga-tiga pihak datang bertemu saya untuk meminta pendapat. Di sini saya cuma dapat mencadangkan cara terbaik. Saya harap saudara Iwan akan melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk. Inilah cara terbaik dan tidak ada lagi cara yang lebih baik selain ini. Jika ada jodoh, maka jadilah.

Yang benar,
AMIENE REV

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj
Soalan: Sepasang suami isteri merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?

Jawapan:

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:

كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ“

Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran. Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.

Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-saya`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah.

Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam dalam negara ini.

Allah Lebih Mengetahui

Sumber : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin