BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Ogos 27, 2010

Surat Pembaca - Tidak Faham Dengan Diri Sendiri

Surat daripada Mataku:
Saya mempunyai seorang teman lelaki. Kami telah banyak kali berpisah tetapi sambung kembali. Saya masih mencintainya walaupun saya rasa dia sudah tidak menyintai saya. Sekarang saya di Institut Pendidikan Tinggi, kami sekelas. Saya telah cuba untuk melupakan dia tetapi tidak boleh. Setiap hari saya perlu menghadap mukanya. Kadang-kadang saya cuba untuk membencinya. Egonya terlalu tinggi dan suka marah saya walaupun kami dah berpisah. Saya sedih sangat. Tolong saya. Saya tidak tahu untuk mengambil apa-apa tindakan.


Jawapan daripada Amiene Rev:
Saudari Mataku perlu sedar bahawa di dunia ini, ketentuan jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Sekiranya saudari sukar untuk melupakannya, saudari pergilah menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan diredhai Allah. Rapatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, semoga mendapat kebahagiaan dalam hidup.

Saudari tidak selamanya akan berada di IPT. Satu hari nanti saudari pasti akan menamatkan pengajian juga (Insya-Allah). Buat masa ini, tumpukan perhatian terhadap akademik saudari, dan carilah rakan-rakan yang beriman. Dekatilah ceramah-ceramah keagamaan dan sertailah mana-mana program motivasi. Semoga dengan ini, saudari akan mendapat kekuatan diri untuk memotivasikan diri sendiri.