BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, September 09, 2005

PS2C

“Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.

“Kamu memang mahu mencari pasal! Memang berani! Apa kata kami belasah kau dulu?” Kedua-dua orang pelajar samseng itu pun mendekati Adam.

Salah seorang daripada mereka cuba menumbuk Adam. Adam mengelak. Mereka menyerang lagi. Adam mengelak berkali-kali. Adam tidak menyerang kerana dia tidak mahu mencederakan sesiapa pun.

Agak lama juga mereka bertarung. Sudah hampir tamat waktu rehat. Kedua-dua orang pelajar samseng itu menumpukan perhatian terhadap Adam.

Makin lama, makin ramai pelajar datang ke tempat itu. Mereka bersorak-sorak melihat kehebatan Adam mengelak serangan kedua-dua pelajar bajingan itu.

“Berhenti!” Suara seorang lelaki berpakaian kemas dan bertali leher mengejutkan mereka semua. Adam patuh. Kedua-dua orang pelajar samseng itu juga berhenti menyerang.

Mereka bertiga berpaling. Rupa-rupanya Cikgu Kamal, guru disiplin sekolah sudah tiba. Budak berbadan kecil yang bernama Imran itu juga ada di samping guru itu.

“Adam tidak bersalah, ayah. Mereka berdua itu yang mahu memukul saya!” Rupa-rupanya Imran adalah anak Cikgu Kamal. Imran bin Kamal.

“Kamu bertiga ikut saya ke bilik disiplin!”

-0-

Di bilik guru, Adam dan kedua-dua pelajar samseng itu disoal siasat. Ternyata kebenaran memihak kepada Adam. Kedua-dua orang pelajar itu dihukum.

Cikgu Kamal bertanya kepada Adam, “Kamukah yang menaiki teksi semasa datang ke sekolah tadi?”