Peti Sejuk Terbaik - Jenama Apa Paling Bagus?
Usaha untuk mencari peti sejuk terbaik memerlukan sedikit pengorbanan. Menentukan jenama peti sejuk paling bagus bukan sesuatu yang mudah. Terdapat banyak jenama peti sejuk yang menjadi pilihan ramai seperti Toshiba dan Panasonic.
Sesetengah orang kata, peti sejuk jenama Toshiba paling bagus. Peti sejuk Hitachi pula dikatakan tahan lama dan setanding dengan Toshiba.
Ada juga yang kata Panasonic paling bagus. Ada seorang pengguna telah menggunakan peti sejuk berjenama Panasonic selama 16 tahun, 24 jam sehari dan tidak pernah rosak.
Sementara itu, ada juga yang mempertahankan jenama Samsung dari aspek cepat sejuk dan cepat beku.
Sementara itu ada seorang nenek telah menggunakan peti sejuk Sharp selama 20 tahun Seorang lagi individu mengatakan peti sejuk Sharp yang dibeli keluarganya sejak 23 tahun lepas masih tahan dan sejuk. Rata-rata peti sejuk mampu bertahan sekitar 10 tahun. Ada orang kata kalau mahu beli peti sejuk berjenama Sharp, pilih yang ada Plasmacluster. Plasmacutter mampu menghalang pembiakan bakteria dalam makanan.
Ada peti sejuk satu pintu dan ada pula yang dua pintu. Peti sejuk satu pintu selalunya perlu dicairkan aisnya setiap minggu. Peti sejuk dua pintu pula dikatakan lebih mudah penjagaannya.
Antara peti sejuk yang mempunyai tempat sejuk beku di atas dengan yang di bawah, ada yang mengatakan peti sejuk dengan tempat sejuk beku di atas lebih baik dan tahan.
Bagi yang ingin peti sejuk yang jimat elektronik, Panasonic dikatakan pilihan terbaik dengan teknologi Inverter.
|