Kesialan Sosial - Apabila Akhlak Disama-ratakan Dengan Kejayaan Akademik, Ko-Kurikulum dan Sukan
"Walau dalam apa cara sekali pun Akhlak lebih penting berbanding Akademik, Ko-Kurikulum dan Sukan. Akhlak tidak boleh diletakkan sebaris dengan ketiga-tiga bidang tersebut, kerana Akhlak seharusnya menjadi tunjang atau tulang belakang untuk ketiga-tiga bidang tersebut. Jika Akhlak disamakan dengan ketiga-tiga bidang tersebut, maka selagi itulah punca permasalahan kesialan sosial masyarakat hari ni tidak dapat diselesaikan kerana salah formulanya." - Amiene Rev, 2010.
Tambahan:
CONTOH-CONTOH Petikan Di Atas:
- Ada ibu bapa, guru atau orang tua melihat anak-anak atau pelajar berkata-kata dengan biadab (biarpun niat asal pelajar itu untuk bergurau). Ibu bapa, guru atau orang tua cuma bersikap "alah budak-budak, malas aku nak layan". Akibatnya anak-anak atau pelajar semakin berani untuk bertindak sedemikian rupa (biadab) kerana tidak ada sesiapa pun bersungguh-sungguh menghalang mereka.
- Ada ibu bapa, guru atau orang tua melihat anak-anak atau pelajar berlaku biadab, tetapi mereka pula menyertainya dengan melakukan perkara yang sama, dan menganggap itu sekadar satu cara untuk berkomunikasi atau bergaul dengan anak-anak atau pelajar. Akibatnya pelajar atau anak-anak merasakan mereka tidak bersalah jika berlaku biadab dan meneruskannya.
- Ada pelajar atau anak-anak yang berlaku biadab di luar sana, tetapi tidak ada sesiapa pun mahu menegurnya. Maka kerana tidak ada orang yang menegur atau menghalang, maka pelajar atau anak-anak merasakan berlaku biadab itu merupakan perkara biasa, tak ada sesiapa nak menghalang pun.
- Golongan tua dan ibu bapa pada hari ini lebih suka mengambil sikap tidak suka menjaga tepi kain orang, (padahal sesetengah orang, bab mengumpat dan bergosip tentang orang yang tak ada kena-mengena dengan diri mereka, rajin pula), dan mengamalkan budaya "kau-kau" dan "aku-aku" sehinggakan apa pun yang dilakukan oleh budak-budak pada hari ini, langsung tidak ada yang peduli.
KESAN-KESAN YANG KITA LIHAT:
- Budak-budak sudah berani bersentuhan, bergambar, bergaul sesama bukan muhrim (pergaulan bebas lelaki dan perempuan) tetapi tidak ada orang tua, ibu bapa atau guru-guru (sesetengah daripada mereka) yang merasakan itu salah, dan langsung tidak berminat untuk memberi teguran.
- Kebanyakan ibu bapa dan orang tua tidak mahu masuk campur hal-hal tegur-menegur kesalahan pelajar dan anak-anak, mereka ambil mudah dengan menganggap "alah, kalau dah besar nanti budak-budak tu tahu fikir sendiri", akibatnya kerana jarang yang hendak menegur, maka anak-anak itu membesar dengan konsep bahawa apa yang melakukan itu tidak salah padahal ianya bertentangan dengan agama. Kerana itulah, ramai pelajar dan anak-anak kini berani melakukan kesialan sosial secara terbuka di depan mata orang ramai, malah ada yang tidak kisah dan berani memaparkan gambar-gambar kesialan sosial mereka di dalam dunia siber.
- Kebanyakan ibu bapa, sesetengah guru dan orang tua tidak mahu menanggung risiko dibenci, dihentam, dikutuk, dimaki oleh anak-anak muda atau pelajar-pelajar. Oleh itu mereka lebih suka 'play safe" dalam bab-bab seperti ini. Ini kerana undang-undang dunia hari ini tidak adil dan berat sebelah di mana, pembelaan yang tidak sewajarnya telah diberikan kepada golongan pelajar. Hukuman yang dibenarkan pula masih ringan, termasuk hukuman rotan, kerana itu ada pelajar yang telah dirotan, bukan sahaja tidak insaf, malah berasa bangga dan besar diri kerana menganggap hukuman rotan itu perkara biasa dan mereka tidak takut dirotan berulang-ulangkali.
- Sesetengah guru pula menganggap hubungan guru dengan pelajar perlulah 'profesional', mereka langsung tidak peduli apa yang anak murid mereka lakukan di luar sana. Mereka tidak mahu memberi masalah kepada diri sendiri, lalu berpendapat lebih baik menjaga hal diri sendiri daripada menjaga hal-hal anak murid di luar sana. Akibatnya, para pelajar bebas melakukan apa sahaja gejala sosial di luar sana tanpa rasa segan silu atau takut. Ini kerana para pelajar beranggapan guru tidak akan berani mengambil tahu hal-hal mereka di luar sekolah, kerana 'batas profesional'. Tambahan pula kini, kebanyakan orang tua dan golongan dewasa berpendapat, jika mereka masuk campur dalam hal anak-anak orang lain tidak kena pada tempatnya, maka berkemungkinan besar mereka akan 'diserang' atau dikritik atau 'dihentam' kerana dianggap mengganggu atau masuk campur dalam kehidupan orang lain biarpun teguran yang diberikan mereka adalah kepada pelajar mereka sendiri.
ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN UNTUK GENERASI KITA? ANAK-ANAK KITA DALAM BAHAYA! KITA MESTI BERANI BERTINDAK MENGHALANG GEJALA SOSIAL DAN SIKAP BIADAB ANAK-ANAK MUDA PADA HARI INI!
|