BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Jun 29, 2009

Mencari Kerja Dengan Senang

Saya membaca banyak berita mengenai ramai orang yang belum mendapat pekerjaan. Realitinya, terdapat banyak cara untuk mendapatkan pekerjaan. Asas utama untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kita ialah, keazaman dan kesungguhan dalam berusaha.

Sekembalinya saya ke Malaysia, apabila melihat betapa ramainya penganggur di negara ini, saya mula tertanya-tanya apakah punca ramai di kalangan mereka yang sudah bergelar graduan masih belum mendapat pekerjaan.

Adakah benar-benar susah mencari kerja? Ini, bergantung kepada kekuatan mental seseorang untuk menerima hakikat mencari pekerjaan. Jika dalam kepala mereka sudah ditetapkan bahawa graduan di Malaysia adalah sama seperti kisah di negara China, di mana orang masuk ke universiti dan keluar sebagai penganggur, maka jadilah mereka seperti itu.

Di Malaysia terdapat banyak lubuk pekerjaan. Akal memain peranan penting. Jika minda seseorang itu sudah terbiasa dengan aktiviti makan suap, minta diberi pandangan, minta diberi nasihat, minta dicarikan iklan-iklan atau peluang-peluang pekerjaan, maka menganggurlah dia selama beberapa hari, bulan atau tahun lagi.

Peluang pekerjaan di Malaysia boleh dicipta, asalkan ada keazaman dan usaha yang gigih. Saya tidak faham dan ingin bertanya kenapa orang-orang di Malaysia masih ada yang menganggur? Mungkin soalan ini agak sensitif bagi sesetengah orang, tetapi saya berharap semua pembaca dapat berfikir secara terbuka. Peluang pekerjaan boleh dicipta. Apabila seseorang itu hendak bekerja, maka buatlah sesuatu pekerjaan berdasarkan kebolehan, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, bukan menurut pendapat atau tingkah laku orang lain.

Asas untuk bekerja atau melakukan sesuatu pekerjaan yang memberi manfaat kepada kehidupan seseorang itu, ialah ilmu. Pelbagaikan ilmu dan kemahiran, nescaya tidaklah anda bergelar penganggur.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara asas yang perlu disoal dan dijawab sendiri oleh para penganggur iaitu:
  • Apakah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelebihan yang anda miliki?
  • Apakah anda sudah memiliki perancangan atau kertas kerja mengenai pekerjaan yang ingin anda lakukan untuk membantu kehidupan anda?
  • Sejauh mana ilmu yang anda miliki membantu anda membuat perancangan untuk bidang pekerjaan yang ingin anda sertai?
  • Adakah anda seorang yang pemalas dan sering berfikiran negatif atau tidak menggalakkan diri anda untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti atau bidang?
  • Adakah anda seorang yang pandai berdikari dan mencari sendiri maklumat bagi perkara-perkara yang ingin anda selesaikan?
  • Pernahkah anda menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang boleh anda lakukan dan kemudian anda sendiri berusaha mencari dan melakukan pekerjaan tersebut?
  • Adakah anda sentiasa berusaha meningkatkan ilmu yang serasi atau boleh membantu anda melakukan satu-satu bidang pekerjaan?
Jawablah soalan-soalan di atas. Nescaya, pengangguran sifar boleh berlaku. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi di negara Malaysia. Orang yang fikirannya cenderung ke arah tidak menggalakkan atau kurang usaha untuk berdikari selalunya akan bergelar penganggur. Ini kerana mereka tidak pandai mencipta peluang. Mencipta peluang adalah lebih baik daripada merebut atau mencari-cari peluang. Ciptalah peluang pekerjaan anda sendiri, dan yakinlah pada diri anda.

Jumaat, Jun 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia - Kematian Mikaeel Abdullah

Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel Abdullah meninggal dunia pada 25 Jun 2009. Menurut abangnya Jermaine, Michael Jackson telah menunjukkan kecenderungan untuk masuk Islam sejak awal tahun 1990-an.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang pop tersebut.

Sejarah Hidup Michael Jackson - Mikaeel Abdullah
Michael Jackson dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Beliau merupakan anak ketujuh daripada sembilan orang adik-beradik

Lima adik-beradik Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael - telah membuat persembahan berkumpulan yang pertama dalam satu pertandingan nyanyian ketika Michael berusia enam tahun.

Kumpulan adik-beradik Jakson muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling popular - The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael Jackson merakam album sulungnya pada tahun 1972, dan album Thriller pada tahun 1982, yang terus menjadi lagu top 10.

Album Michael Jackson dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.

Jackson memiliki tiga orang anak yang diberi nama Prince Michael I, Paris Michael, dan Prince Michael II.

Jumaat, Jun 12, 2009

Amazing Voices of Andrew Johnston


It appears on the television about three children, Charice (talented young singer), 16, Tyler Weaver (karate boy), 12 and Andrew Johnston (choir boy), 13 years old. Andrew Johnston deals with the school bullies by keep singing.

Actually, I download this YouTube video for my beloved students, so it can inspire them. Because, I believe that this video showing something, that I think, I can feel, and understand. It is about talent we had. If we believe we have a talent, and even there are many flames on the road, and icebergs on the sea, blocked our way, we must prove that we do have the talent, and continue to keep fighting using that talent for goods.

This boy, Andrew Johnston keep fighting by continue to sing. He keeps singing since he believes that this is his talent. And that was perhaps, the most beautiful voice I ever heard. Even he got third in the Britain Got Talent 2008, but I believe that is only the first step. If he got talent, then he should be able to create chances.

To my beloved students, from the start, I believe in your talent. If you got talent, don't hide it. Don't waste it. Use it with every gut you have. You should bring it up with the strength you have. Even you're suck in English; don't stop talking about your talent. Don't stop thinking about your talent. There should be at least a way, that you can show your talent to prove your existence.

The most important thing is how you can use your talent to submit something good to everybody. And here, I would tell you, that our bowling session in this week will be canceled. I cannot take my flight tomorrow, since my car is located in a place that will be unavailable for me to open the gate. And I need to drive the car to drive to our home, so we can reunited again.

So, my students, make sure you did good thing in your computer classes, in your graphic classes, in your multimedia classes and in your mathematics classes and in every class that you should attend.

Until we meet again.

As the coordinator, I think I should do something to our computer labs. I love Vegas.

More about Andrew Johnston at: www.andrewjohnstonmusic.com

Khamis, Jun 11, 2009

Cara Mengelak Rasa Bosan Semasa Cuti Sekolah Dengan Merancang Percutian Anda

Panduan Merancang Percutian Yang Menyeronokkan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Cuti sekolah atau cuti semester akan menjadi sesuatu yang bermakna bagi pelajar sekolah atau pelajar universiti yang pandai menguruskan masa. Jika pelajar kaya, mereka tentu tidak ada masalah untuk bercuti. Namun begitu bagaimana pula dengan pelajar yang tidak berduit?

Setiap tahun, pastikan anda mendapatkan kalendar tahunan persekolahan atau pengkuliahan anda. Kalendar tahunan ini merupakan kunci untuk anda merancang percutian anda.

Teliti jumlah hari atau tempoh cuti bagi setiap cuti sekolah atau cuti semester yang terdapat di dalam kalendar tersebut. Teliti tarikh cuti, dan apa-apa peristiwa penting yang akan anda lalui. Bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 anda mungkin ada kelas tambahan. Anda juga mungkin hendak bekerja sambilan semasa cuti. Oleh itu, susun jadual cuti anda supaya anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda rancang dengan lancar dan bermakna.

Biasanya semasa cuti akan terdapat diskaun atau promosi percutian yang tertentu. Sekiranya anda berminat dengan promosi atau diskaun tersebut, rebutlah lebih awal.

Perlu diingatkan anda memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk bercuti di pusat-pusat peranginan atau sekiranya anda berminat mengikuti pakej-pakej percutian tertentu. Anda boleh menjimatkan kos perbelanjaan untuk percutian apabila anda mengikut pakej percutian berkumpulan. Oleh itu adalah baik sekiranya anda dapat merancang percutian anda bersama sekumpulan pelajar yang lain. Seelok-eloknya anda membuat kaji selidik terlebih dahulu untuk memastikan komitmen setiap peserta percutian dapat diberikan sepenuhnya.

Jika anda inginkan percutian individu, maka apa yang anda perlu lakukan adalah memastikan anda telah menetapkan tarikh percutian anda, dan tempoh masa percutian tersebut. Bermula dari awal tahun lagi, anda hendaklah menabung atau menyimpan duit supaya anda memiliki sumber kewangan yang mencukupi, melainkan anda anak manja emak ayah yang dengan mudahnya mendapat tajaan ibu bapa, atau jika anda bercadang untuk bercuti dengan ibu bapa anda.

Sebaliknya, jika anda ialah bapa atau ibu kepada budak-budak dan anda ingin membawa anak-anak anda bercuti, maka, andalah ketua perancang percutian. Jangan sampai anda menjadi dalang yang merancang percutian yang sungguh tragis, menyakitkan hati dan berterabur, bertindan-tindan isi kandungan tentatifnya.

Perlu diingatkan jadual percutian tidak seharusnya padat. Ini kerana bercuti adalah untuk merehatkan minda, anda tidak perlu memadatkan jadual aktiviti percutian anda. Ambil kira jarak dari satu lokasi ke satu destinasi yang ingin anda kunjungi dalam masa satu hari.

Sekiranya anda tidak mahu memeningkan kepala anda, anda boleh meminta khidmat perunding percutian yang pejabat-pejabatnya boleh ditemui di sekitar stesen-stesen pengangkutan awam seperti di stesen bas atau di stesen kapal terbang, atau di pusat-pusat bandar. Jika anda hendak bercuti ke taman tema seperti Genting Highland, anda digalakkan untuk menghindari hari-hari cuti umum seperti Hari Sabtu dan Ahad. Ini bagi membolehkan anda menikmati kemudahan permainan di taman tema dengan lebih kerap dan juga dapat mengelakkan kesesakan. Contohnya, saya pernah pergi ke Genting Highland pada waktu persekolahan. Dengan bertemankan rakan-rakan dari pelbagai negara seperti Hindustan, Iraq, Jepun, Korea, Finland, Kanada, Brazil dan lain-lain, kami dapat bermain pelbagai permainan di taman tema tersebut tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran.

Pada kebiasaannya, perunding percutian akan menawarkan pakej individu, pakej berdua atau pakej berkumpulan dengan tawaran harga tertentu. Sesetengah perunding percutian menggalakkan anda menempah lebih awal untuk memudahkan mereka merancang dan menempah penginapan, pengangkutan dan pemandu pelancong sekiranya diperlukan. Pastikan juga anda memiliki passport yang aktif sekiranya anda bercadang melancong ke luar negara.

Percutian yang baik menurut Amiene Rev, memiliki ciri-ciri berikut:
  1. Keselamatan yang terjamin.
  2. Penginapan untuk berlindung daripada hujan dan panas.
  3. Pemakanan yang halal dan dengan gizi yang seimbang.
  4. Aktiviti harian dapat memberi nilai-nilai positif dalam kehidupan.
  5. Sumber maklumat yang tepat dan banyak bagi setiap lokasi percutian.
  6. Kemudahan pengangkutan yang fleksibel sekiranya anda tidak memiliki pengangkutan.
  7. Percutian yang memiliki tujuan dan matlamat yang berjaya dicapai.
Selamat merancang percutian dan semoga anda dapat menikmati keseronokan dan beroleh sesuatu yang bermakna dalam percutian anda.

Isnin, Jun 08, 2009

Amiene Rev's Genetic Engineered Fish - Titanium Armoured Pla-Kad

Di sebuah akuarium, kedengaran bunyi seakan-akan besi berlaga, dan seringkali terdengar seolah-olah bunyi pedang dan baju zirah bergeseran. Rupa-rupanya itu adalah bunyi ikan laga yang diubahsuai secara genetik oleh Dr. Amiene Rev. Ikan-ikan ini dilengkapi dengan sisik yang mempunyai komposisi logam.

Logam-logam ini akan melindungi ikan-ikan pelaga ini daripada tercedera. Berdasarkan kepantasan pergerakan dan daya pecutan ikan pelaga, adalah mustahil untuk mereka mencederakan sesama sendiri apabila berlaga sesama sendiri, setelah dilengkapi dengan sisik berkomposisi logam. Dengan ini, kadar kematian ikan pelaga yang dipelihara secara komuniti dapat dikurangkan kepada sifar.

Apabila ikan-ikan ini mati, atom-atom logam yang terdapat pada sisik mereka, yang dihasilkan secara semula jadi ini akan diekstrak untuk dijadikan ketulan logam. Logam-logam ini boleh digunakan untuk pelbagai industri berasaskan logam.


Contoh Carta Proses Kacukan Ikan

Sabtu, Jun 06, 2009

Ke Arah Penghasilan Manusia Berkeupayaan Super - Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh

Teknologi Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh Mata Bionik
Ulasan: Amiene Rev (C) 2009

Teknologi otot tiruan yang memiliki kekuatan luar biasa telah dihasilkan dengan memanfaatkan molekul alkohol dan hidrogen. Keupayaan otot-otot tiruan ini adalah 100 kali ganda lebih berkuasa berbanding otot sebenar. Para pengkaji percaya, pada suatu hari nanti, otot-otot tiruan ini akan dapat dimanfaatkan dalam teknologi eksoskeleton, untuk memberi kekuatan super kepada para tentera, angkasawan dan ahli bomba.

Dua jenis otot yang sedang dikaji oleh para pengkaji dari US di Nanotech Institut, Universiti Tekas, Dallas, dengan kerjasama para saintis dari Korea Selatan. Walaupun dinamakan sebagai otot, namun hakikatnya, kedua-dua jenis otot ini sebenarnya dibuat daripada wayar,
cantilever dan botol-botol kaca.

Sekumpulan saintis dari Sandia National Laboratories, Livermore, Calif, telah mencipta sejenis kanta sesentuh yang mempunyai peranan yang sama seperti mata bionik. Kanta sesentuh yang memiliki litar-litar elektrik ini telah selamat diuji ke atas arnab. Satu cabaran dalam penghasilan kanta sesentuh seperti ini ialah mencari atau menghasilkan jenis logam yang sesuai digunakan untuk membuat litar supaya tidak berlaku kenaikan suhu pada litar yang boleh memudaratkan sel-sel mata.

Para saintis berharap teknologi kanta sesentuh ini mampu memberi penglihatan luar biasa kepada manusia pada suatu hari nanti. Terdapat banyak ruang di dalam kanta sesentuh ini yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan fungsi kanta sesentuh tersebut. Antara peralatan yang bakal dimuatkan termasuklah sistem radio berfrekuasi dan sel solar untuk mengaktifkan sistem elektronik di dalam kanta tersebut.

Dengan adanya teknologi kanta sesentuh seperti ini, teknologi mata bionik dan penglihatan luar biasa mungkin bukan lagi merupakan suatu perkara yang mustahil.

Rujukan: http://uwnews.org/uweek/uweekarticle.asp?articleID=39094

Khamis, Jun 04, 2009

Eksperimen Klon dan Kacuk - Kembali Ke Makmal Genetik Bioteknologi

Kira-kira dua bulan yang lalu, saya menjalankan eksperimen menghasilkan baka-baka baru sejenis organisma bumi daripada pelbagai genetik. Eksperimen tersebut membuahkan hasil, di mana setelah dua bulan berlalu, saya berjaya menghasilkan berpuluh-puluh baka baru.

Namun, selepas itu saya terpaksa meninggalkan makmal kajian saya kerana saya harus berpindah ke sebuah tempat yang baru. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya, satu kebocoran telah berlaku.
The Gremlins - meloloskan diri menerusi saluran paip dan menjadi mangsa haiwan-haiwan berkaki dua yang mengawasi di luar kawasan makmal kajian tersebut. Dalam tempoh tersebut cuma baka versi A dan B sahaja yang berjaya dikutip semula, dan diselamatkan. Kejadian ini berlaku beberapa minggu selepas pemergian saya.

Memandangkan hal ini boleh dianggap serius, saya perlu melabel semula organisma-organisma baru ini sebaik-baik sahaja saya kembali ke makmal tersebut. Kali ini saya perlu mencari induk baru yang dikenali sebagai Sparkling Red dan Tremendous Volcano untuk mencipta susunan genetik baru berdasarkan sumber sedia ada.

Nasib baik, The Silky Yellow masih hidup dan kini saiznya dua kali ganda saiz terdahulu. The Silky Yellow adalah induk jantan yang lasak dan paling bersifat tenang berbanding induk-induk lain yang lebih agresif dan bersikap dominan terhadap baka-baka lain.

Anak-anak The Silky Yellow sebanyak dua puluh ekor kini berkeliaran di dalam kawasan kajian dengan warna baru yang saya panggil Frozen Gold. Berkemungkinan besar saya perlu masuk semula ke Lembah Amazon pada masa akan datang untuk menjejak spesies yang jarang-jarang ditemui ini.

Pagi tadi saya menyiapkan tiga sangkar baru untuk menyimpan The Silky Yellow dan dua baka induk baru yang akan cuba saya dapatkan tidak lama lagi. Masa yang saya ada di sini adalah terhad, disebabkan saya perlu kembali ke "The Relocation" menjelang penghujung minggu ini. Mengikut hasrat saya, menempah tiket kapal terbang adalah lebih baik dan pantas. Kemungkinan saya akan membawa tiga ekor yang terbaik termasuk The Silky Yellow untuk proses penghasilan baka baru di "The Relocation".
Satu-satu caranya untuk mendapatkan pancaran satelit dari "The Relocation" adalah dengan memerhatikan peredaran satelit-satelit di angkasa. Jika tidak, saya terpaksa meninggalkan dunia internet untuk tempoh yang agak lama biarpun hakikatnya tempat tersebut merupakan sebuah kota metropolitan di tepi pantai.

"The Risk" yang bakal menghantui kehidupan setiap "The Messenger" dan "The Pusher" di kawasan itu menyebabkan semua Indigo di sekitar kawasan terbabit perlu bijak menyembunyikan gelombang ke tahap Alpha. Privasi merupakan satu kemestian, tetapi soal karier, di mana mengawasi tingkah laku manusia di kawasan tersebut merupakan perkara yang paling asas.

Saya percaya, saya tidak bersendirian. Saya percaya saya sudah mempunyai beberapa orang baru yang saya anggap penting dalam hidup saya. Di sini, saya sudah bersosial. Saya akan kembali semula ke kota metropolitan pinggiran pantai itu selepas tamat kerja-kerja penghasilan genetik baru di sini. Kerosakan minor tetapi kesan sampingan major. Ini satu bencana.

Mungkin saya patut cuba ke Las Vegas. Tanpa motif yang wajar. Kuarantin. H1N1.