BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 24, 2010

Bonus Raya Kakitangan Awam 2010 dan Peneroka


Bonus Raya di Pulau Pinang

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang. Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

2012: Penang Global City Center (PGCC)

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa. Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

2004: Penang Peaks (status: dibatalkan?)

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

Bonus Raya untuk Peneroka FELDA
Lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menerima duit raya sebanyak RM37.14 juta yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Kesemua 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima pemberian sempena hari raya yang dibahagikan kepada dua kategori. Menurut beliau, dua kategori itu ialah peneroka yang masih bersama Felda akan menerima RM350 seorang dan peneroka yang menanam semula secara persendirian akan menerima hanya RM150 seorang.

Pusara Adinda - Reclaim 2010

Ucapan Syawal II:
Hakcipta: Amiene Rev (C) 2006-2010

Menjelang hari lebaran
Tidak mampu kulebarkan senyumku
Mengingati pusara adinda
Kian hari ditumbuhi mawar dan herba

Terkenangkan hari itu mendung langitnya
hujan membasahimu adinda
lumpur mencalit wajahmu adinda
kesejukan mendinginkan sumsummu adinda
rintik-rintik hujan berbunyi menghilangkan sunyi, mengusik jiwa kanda.

Terkenangkan hari itu panas terik mentarinya
tanah kontang terma mengewapkan pusaramu adinda
semut dan serangga singgah merayap ditubuhmu adinda
kain putih bertukar kuning diliputi debu, mengharukan hati kanda.

Sudah terkilan silam kita
Berlalu sudah manis-manis madu hidup kita
Namun hubungan dinda dan kanda
terus bertaut tidak mudah dicarik-carik
dan pada hari lebaran ini nanti
tunggu hadirnya jasad yang bernyawa ini
merinduimu...
mendoakanmu...
mengubati hati yang hiba
memohon rahmat akhirat
Syawal tanpa hadirmu...
tanpamu di sisi...

Ahad, Ogos 22, 2010

Kekosongan

jika sawah dibanjiri hujan
lalu air lumpur melimpah
ikan darat berkeliaran
rezeki kini bersepah

menunggu masa menuai hasil
tercatat oleh musim demi musim
di sebuah negeri jauh terpencil
nasi jadi makanan lazim

Amiene Rev
22 Ogos 2010
6.21pm

Jumaat, Ogos 20, 2010

Bendang Menunggu Disirami

bendang kekal di situ
hujan sesekali datang mengunjung
mengubat rindu
awan enggan datang
jika angin tidak mahu menjemput

biar panas terik
bendang kontang
menunggu
hujan

Amiene Rev
20.8.2010
11.55pm

Khamis, Ogos 19, 2010

Bendang Kering Tanpa Padi

Bendang padi
kering tanpa setitik air
dibajaki
disemai benih-benih
dialirkan air ke petak-petaknya
lalu tumbuh segar
rumpun-rumpun padi
menghijau
indah
bakal mengisi perut
petani dan bukan petani


Amiene Rev
19 Ogos 2010
11:54pm

Rabu, Ogos 18, 2010

Luar Biasa!

Perasaan luar biasa mula beredar di sekelilingku. Angin dwi-kutub melintasi perjalanan hati. Panji-panji kegemilangan mula mengibar kepercayaan. Pendirian semakin utuh. Jati diri, sahsiah diri semakin mantap. Tidak disangka-sangka "Empire" telah mula menunjukkan taring. Menguasai Lautan Merah, hingga ke penghujung Sastis.

Kestabilan Chakra

Kedudukan chakra kini semakin stabil. Ruang privasi telah mengembalikan semula kekuatan yang sekian lama tidak digunakan. Kini kebolehan untuk melaksanakan "Pemburuan Serigala" dan "Pengejaran Bintang" semakin hari semakin dapat ditingkatkan. Kebolehan memiliki "Premonition" juga semakin jelas, menjadikan setiap yang terlintas dapat ditangkap kejap dan dirumuskan dalam beberapa firasat.

Seterusnya adalah untuk membangkitkan semula kebolehan penyembuhan luar biasa, yang sebelum ini sering digunakan untuk merawat kecederaan sel-sel badan diri sendiri atau individu yang diancam bahaya.

Pada tahap selesa, kini mata terus pandang untuk melihat jasad-jasad halus yang sering berkeliaran pada waktu senja juga sudah semakin jelas. Ini bermakna keupayaan "Indigo" telah berjaya dibangkitkan semula.

Kemampuan "absorb", "inject", "release" dan "inception" juga sedang dikuasai semula kini. Melalui keupayaan "absorb", dengan teknik "empathic", segala maklumat indera serta psikometer dapat dihayati.

Ini adalah kepulangan. Personaliti silam telah bangkit semula. Seterusnya, adalah telekinesis dan 4 kekuatan misteri yang dikenali sebagai Vijra, Marsha, Lunar dan Diadalus yang sebelum ini telah dipraktikkan menerusi ilham yang diperolehi seawal usia 4 tahun.

Apabila segala kebolehan telah dibangkit semula, Dragonizer akan menyertai semula "Brotherhood of The Dragon" dan membicarakan segala kes misteri jenayah di dunia untuk diselesaikan secara psikik.

"Don't Ask - We Just Know"
We know, our brothers and sisters are still out there
Reunite
And Save The World
And Grateful To God
For Letting Us To Understand This World

The Realm

Khamis, Ogos 12, 2010

Menanti Hari Ke-15 Bulan Ogos 2010

Putaran chakra semakin lama semakin ligat. Sejak aku memperolehi privasi di tempat kediaman baru ini, aku dapat merasai peningkatan kuasa chakra yang semakin meningkat.

Peredaran lima bintang di sekitar bumi, menguatkan lagi tarikan magnet bumi dan seterusnya memberi landasan kepada setiap lima pancaindera untuk berhubung dengan Sakra Devanam Indra.

Lalu, perutusan-perutusan ghaib dari lima bintang mula mengutuskan setiap satu unsur, yang mencetus peralihan sifat-sifat unsur berlima.

Ini menjadikan kuasa baru yang sudah lebih setahun tidak diaktifkan, berpeluang untuk dihidupkan semula, dan digunakan untuk mengharungi cabaran seterusnya.

Tingkat kuasa, elementaris telah kembali untuk mengubah dunia.

Rabu, Ogos 11, 2010

Berulangnya Kisah Romantis Selatan

Romantis Selatan adalah kawan baik saya semasa di universiti. Sejak beberapa minggu lepas, seorang pelajar saya yang kini berada di universiti menghadapi masalah dan kesusahan yang lebih kurang sama dengan Romantis Selatan.

Saya kurang pasti sama ada dorongan yang saya berikan terhadap Romantis Selatan sehingga Romantis Selatan akhirnya berjaya merangkul anugerah di universiti, boleh diguna pakai untuk pelajar tersebut.

Selasa, Ogos 10, 2010

Musim Panas Tanpa Awan

Sejak akhir-akhir ini, bahang musim panas semakin terasa. Wap-wap panas mengapungkan diri, menambah keunikan khatulistiwa. Bulan ini sahaja, banyak wang yang habis untuk proses pengubahsuaian rumah. Bulan ini juga, aku memikirkan beberapa alternatif yang murah dan mudah untuk menggantikan barang-barang yang mahal. Agak efektif juga.

Bulan Ramadhan bakal menjelma tiba. Syaitan dan iblis bakal dirantai lagi. Walau bagaimana pun, hembusan nafas mereka masih berupaya mengancam jiwa dan nafsu manusia. Inilah kisah tentang An-Nas.


Khamis, Ogos 05, 2010

Kehidupan Ini Umpama Pokok Kelapa

Bulan Ogos, adalah bulan perubahan. Pada bulan ini juga, banyak perubahan telah berlaku. Disebabkan bulan Ramadhan yang semakin hampir, aktiviti pada bulan 7 semakin padat. Pada masa yang sama, aku juga perlu menguruskan hal-hal perpindahan tempat tinggal. Namun semua itu tidak menjadi halangan terhadap bidang kerjayaku. Aku memanfaatkan aktiviti perpindahan tempat tinggalku sebagai satu cara mendidik anak bangsa. Melihat mereka berdikari, menggunakan akal fikiran mereka untuk menyelesaikan masalah atau mewujudkan impian mereka sendiri.

Seperti pokok kelapa, atau mungkin juga seekor kambing, hampir semua bahagiannya berguna. Setiap aspek kehidupan juga harus dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

Ahad, Julai 11, 2010

Bulan Julai 2010 Adalah Bulan Hijrah

Bulan ini aku akan berpindah, jadi sepanjang bulan ini, aku agak sibuk. Namun begitu, pekerjaanku mesti diteruskan. Sementara itu pelbagai masalah melibatkan bekalan air, kekemasan rumah dan lain-lain terjejas. Oleh itu, buat seketika, aku merenung hari esok. Dan, berdasarkan renungan itu, aku tidak menemui apa-apa alasan melainkan terus berusaha!

Ahad, Julai 04, 2010

Taman Rahsia Di Norwich - Dan Demikian Kisahnya

Kisah ini tidak menerima sebarang perbezaan darjat. Namun antara baik dan jahat, masih tetap ada sempadan ketidaksamaan yang melarang manusia daripada menyertainya. Berbaik dengan kejahatan bermaksud membiarkan diri terjerat.

"Amiene Rev, sepanjang malam itu, aku mengenangkan apa yang aku lakukan pada siang hari itu. Jimmy langsung tidak mengejarku. Orang-orangnya juga diam di situ. Tidak berganjak. Tergamam, mungkin."

Aku diam.

"Mulai hari itu aku hidup dalam ketakutan. Aku bimbang jika pada lain hari, Jimmy dan orang-orangnya muncul lagi. Mereka tidak pernah muncul."

"Suatu hari, sepucuk surat sampai ke laman rumahku. Aku buka sampul surat itu. Di dalamnya ada beberapa keping gambar. Gambar aku semasa kecil. Dan tertulis di dalamnya, satu perkara yang buatkan aku tersentuh hati."

-o-

Pada tahun itu, sepucuk surat misteri telah tiba. Gadis Ayu membuka surat tersebut. Sekeping gambar hitam putih terselit di dalamnya. Gadis Ayu membelek-belek gambar tersebut. Di belakangnya ada tulisan.

Tulisan itu berbunyi:

"Sehingga kini, aku masih sedang cuba mencari jawapan, kenapa Engkau menampar aku, sedangkan aku tahu engkau mahu berkawan denganku. Kenapa engkau menampar aku, ketika aku sudah menerimamu dan mahu menyelamatkanmu?"