BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, September 01, 2011

Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok

Shisha Rupanya Lebih Berbahaya Daripada Rokok

Shisha dilaporkan jauh lebih merbahaya daripada rokok. Rupa-rupanya menghisap shisha ini lagi bahaya daripada menghisap rokok. Berikut adalah beberapa laporan mengenai bahaya shisha.


Hisap Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok
Sumber: Beritah Harian



SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.


Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.


Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Shisha Amat Berbahaya!

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.


Aktiviti Sosial Shisha Mengundang Penyakit Batuk Kering
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB (batuk kering) . Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.


Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.


The Effects of Smoking Shisha
What is Shisha? Shisha refers to the flavoured tobacco used in the smoking process using a hookah, also commonly known as ‘hubble bubble’ and ‘narghile’. It is believed to have originated in Turkey over 500 years ago while others claim it came from Syria and India.


The tobacco is soaked in fruits shavings such as apples, grapes and strawberries. A hookah consists of a base, pipe, bowl and hose or a mouthpiece. Tobacco is placed in the bowl, which is at the top of the pipe structure. An aluminium foil covers the bowl and small charcoal pieces are then placed on the foil, which is punctured using a pin to gently heat the tobacco. When smoked using the hose, smooth, sweet-smelling vapour is filtered through the base containing water. It also comes in floral flavours such as coconut, vanilla and rose.


Is Shisha harmful? While many may argue that Shisha smoking is not harmful, medical experts say otherwise as tobacco product in any form contains nicotine and nicotine is addictive. Tobacco products are dangerous as it contains chemicals which are toxic and carcinogenic.


The common belief is that smoke is filtered by the water when in actual fact, nicotine is not water-soluble. The water filter is a gimmick hence the smoke is inhaled by a smoker.


Reuters reported last week that the World Health Organisation (WHO) announced that a single session of smoking Shisha yields a nicotine intake equivalent to more than one pack of cigarettes.


It is also reported that Shisha smoke retained all the carcinogens of cigarette smoke while adding more carbon monoxide and a separate set of carcinogens from the use of burning coals to keep the nicotine flowing, coupled with the risk of infection with tuberculosis or hepatitis from shared mouthpieces.