BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, September 09, 2005

PPB1A

Tanpa mempedulikan bas yang sedang menunggu. Adam terus membantu mak cik tersebut mengutip barang-barang. Dia turut mengutip barang-barang yang jatuh di dalam longkang. Pemandu bas tidak sedar Adam belum naik. Bas pun berlalu pergi. Adam menoleh ke arah bas, dia kecewa kerana pemandu bas tersebut tidak menunggunya.

“Anak ini sungguh baik hati, bagaimana Anak hendak ke sekolah nanti?”

“Oh, tidak tahulah bagaimana. Apa pun saya ada duit tambang untuk menaiki bas awam.”

Mak cik itu mencari sesuatu di dalam bakulnya. Dia mengeluarkan wang kertas sepuluh ringgit.

“Ambillah.”

PPB2A. Adam menolak pemberian mak cik.
PPB2B. Adam menerima pemberian mak cik.

PPB2B

Adam terpegun melihat duit kertas merah itu. Mak cik itu tersenyum. “Ambillah” Ujar mak cik itu lagi. Adam tidak boleh beralah lagi. Dia pasti kelaparan di sekolah sekiranya dia tidak menerima wang kertas itu. Duit sakunya cukup-cukup untuk tambang teksi. Adam mengambil wang tersebut.

Tiba-tiba, sebuah teksi berlalu. Adam pun menahan teksi tersebut. Rupa-rupanya mak cik itu pun mahu menaiki teksi juga.

Adam dan mak cik itu, sama-sama menaiki teksi. Mereka berangkat menuju ke sekolah.

Semasa dalam perjalanan menuju ke bas, Adam melihat sebuah bas sekolah tersadai di tepi jalan. Kelihatan budak-budak sedang berdiri di tepi jalan.

“Eh, lihat, itu Adam! Adam naik teksilah!” jerit beberapa orang murid.

“Buat baik di balas baik Adam,” ujar Mak Cik Senah. Mak Cik yang dibantu oleh Adam tadi.

Adam tersenyum. Teksi itu terus bergerak pergi ke sekolah. Adam gembira kerana dia dapat datang awal ke sekolah. Adam gembira kerana membantu Mak Cik Senah.

Bersambung ke Bab 2.

PPP1B

Adam terus bergegas, beratur bersama pelajar-pelajar lain, untuk menaiki bas. Sambil melangkah perlahan-lahan menaiki bas, Adam melihat mak cik itu mengutip barang-barangnya yang terjatuh itu seorang diri.

Tiba-tiba tiba rasa kesal di hatinya kerana tidak menolong orang tua itu tadi. Adam duduk berhampiran tingkap. Sambil dia memandang ke arah mak cik itu, bas pun bergerak perlahan-lahan menuju ke destinasi seterusnya.

Di tengah-tengah perjalanan, bas itu tiba-tiba terhenjut-henjut. Rupa-rupanya enjin bas itu sudah rosak”

“Turun! Turun semua. Bas rosak! Tunggu bas yang lain datang!” kata pemandu bas.

Adam dan pelajar-pelajar lain turun. Adam melihat sebuah teksi. Mahu sahaja dia menahannya. Adam tidak mahu terlambat ke sekolah.

Tiba-tiba Adam melihat ada seseorang di dalam bas. Oh, mak cik tadi. Mak cik tadi berada di dalam teksi tersebut.

Entah kenapa, tiba-tiba timbul rasa kesal di dalam hati Adam. Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah bas datang. Bas kali ini agak penuh. Adam terpaksa bersesak-sesak dengan murid-murid yang lain.

Bas itu terus bergerak menuju ke sekolah.

Bersambung ke Bab 2.

PPB2A

“Tidak mengapalah mak cik, pertolongan saya ini kecil sahaja. Adam menolak pemberian mak cik itu. “

Adam tidak mahu terhutang budi. Baginya pertolongannya itu tadi ikhlas.

“Tapi Anak akan lambat ini. Bak kata, tadi Anak menolong mak cik, sekarang giliran mak cik pula yang menolong Anak. Mak cik pun tidak suka terhutang budi.”

Tiba-tiba sebuah teksi berlalu, mak cik itu menahannya.
“Jom, naik sekali dengan mak cik! Kebetulan jalan yang mak cik hendak lalu pun menghala ke sekolah.”

Adam tidak dapat menolak lagi. Soal hutang budi ini kadangkala susah juga hendak dibiarkan. Mak cik itu memperkenalkan dirinya. Dia dipanggil Mak Cik Senah.

Semasa dalam perjalanan menuju ke bas, Adam melihat sebuah bas sekolah tersadai di tepi jalan. Kelihatan budak-budak sedang berdiri di tepi jalan.

“Adam! Adam! Lihat Adam menaiki teksi!” jerit beberapa orang murid.

“Buat baik di balas baik Adam,” ujar Mak Cik Senah. Mak Cik yang dibantu oleh Adam tadi.

Adam tersenyum. Teksi itu terus bergerak pergi ke sekolah. Adam gembira kerana dia dapat datang awal ke sekolah. Adam gembira kerana membantu Mak Cik Senah.

Bersambung ke Bab 2.

PS0

Bab 2: Hari Pertama Di Sekolah

Hari ini adalah hari pertama Adam bersekolah untuk tahun ini. Adam berazam untuk menjadi seorang pelajar yang rajin belajar. Dia mahu mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang saintis yang terbilang pada masa akan datang.

Semasa waktu rehat, Adam duduk di sebuah meja yang agak jauh dari kantin. Suasan di situ sepi dan tenang. Adam sukakan suasana sebegini. Tiba-tiba seorang pelajar berlari ke arah Adam. Badannya sangat kecil, dia masuk ke dalam tong sampah yang kosong.

“Kamu buat apa?” Tanya Adam.

“Tolong! Tolong jangan beritahu sesiapa pun saya menyorok di sini! Tolonglah!”

PS1A. Adam tidak mahu masuk campur dengan permainan budak-budak. Adam memarahi budak itu.

PS1B. Adam kehairanan. Timbul perasaan ingin tahu. Adam rasa dia patut bertanya kepada budak itu.

PS1A

“Pengotor! Saya tidak akan mencampuri hal kamu!” Marah Adam. Adam terus duduk termenung di situ.

“Baiklah, tetapi jangan beritahu saya ada di sini!” Jerit budak yang berada di dalam tong sampah itu.

“Saya anggap kamu tidak wujud!” Jerit Adam.

“Shhhh!” Budak itu terus mendiamkan diri.

Tiba-tiba muncul dua orang pelajar berbadan besar. Kedua-dua orang pelajar itu melihat Adam. Mereka datang mendekati Adam. Mereka berjalan dengan penuh lagak, seolah-olah samseng yang bertemu dengan musuh.

“Ada kamu nampak seorang budak lalu di sini?” Tanya salah seorang pelajar samseng itu.


PS2A. “Ada, dia berada di dalam tong sampah ini.”

PS2B. “Oh, budak itu. Ada, dia berlari ke arah tandas itu tadi.”

PS2C. “Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.

PS1B

Melihat budak itu berada di dalam ketakutan, Adam pun bertanya. “Kenapa kamu bersembunyi di dalam tong sampah ini?”

“Ada orang mahu pukul saya! Kalau kamu nampak dia datang, diam-diam sahaja! Tolonglah! Saya takut!” Jawab budak itu dengan suara separuh berbisik.

“Apa kesalahan kamu sehingga mereka mahu memukul kamu?” tanya Adam lagi.

“Mereka mahu memeras ugut saya! Tolonglah! Saya mahu bersembunyi sekarang.” Kasihan dengan suara menggeletar budak itu, Adam pun tidak berani menyoal lagi. Dia pun duduk-duduk di situ.

Tiba-tiba muncul dua orang pelajar berbadan besar. Kedua-dua orang pelajar itu melihat Adam. Mereka datang mendekati Adam. Mereka berjalan dengan penuh lagak, seolah-olah samseng yang bertemu dengan musuh.

“Ada kamu nampak seorang budak lalu di sini?” Tanya salah seorang pelajar samseng itu.

PS2A. “Ada, dia berada di dalam tong sampah ini.”

PS2B. “Oh, budak itu. Ada, dia berlari ke arah tandas itu tadi.”

PS2C. “Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.

PS2B

Adam rasa dia perlu berbohong kali ini. Dia lalu menunjukkan ke arah tandas yang berada agak jauh dari tempatnya.

“Budak yang kamu katakan itu ada di sana!”

“Hm!” Kedua-dua orang pelajar itu memandang ke arah tandas dengan muka yang bengis. Mereka pun berlari ke arah tandas.

Apabila keadaan dirasakan agak selamat, budak itu pun keluar dari tong sampah itu. Nasib baik tong sampah itu masih kosong dan baru. Kalau tidak, sudah tentu badan budak itu berbau busuk.

Budak itu mendekati Adam. “Terima kasih! Kamu telah menyelamatkan nyawa saya.”

“Saya Imran. Siapa nama kamu?”

“Saya Adam.” Adam tersenyum. Barangkali Imran inilah yang akan menjadi kawan pertamanya di sekolah ini.

“Hoi!” Kecut hati Adam dan Imran mendengar suara tengkingan itu. Kelihatan dua orang budak itu telah berpatah balik. Rupa-rupanya mereka tidak percaya dengan percakapan Adam.

“Heh! Sudah kami agak! Jangan ingat kami tidak tahu kamu bersembunyi di dalam tong sampah itu. Kau ingat kau boleh terlepas Imran? Sampai ke lubang cacing pun kami akan cari kau!”

Adam dan Imran tidak dapat lari lagi. Kedua-dua pelajar samseng itu sudah menjadi musuh bersama mereka sekarang.

PS2C. “Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.

PS2A

Adam berasa agak gentar dengan kehadiran kedua-dua orang pelajar samseng itu. Adam pun menjawab.

“Ada, dia berada di dalam tong sampah ini.”

“Pengkhianat!” Jerit budak yang berada di dalam tong sampah itu.

“Bagus! Senang kerja kami!” Kedua-dua pelajar samseng itu pergi ke tong sampah itu. Mereka pun menendang tong sampah itu. Tong sampah itu bergolek ke tanah.

“Aduh!” Budak itu mengaduh sakit. Dia merangkak keluar dari tong sampah itu.

“Habis kau kali ini, Imran!” Kedua-dua budak samseng itu merapati budak tersebut.

“Dapat jugak kami mencari kau! Ha! Ha! Ha!”

Tiba-tiba sahaja, Adam rasa bersalah. Dia kasihan melihat budak itu.


PS2C. “Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.

PS2C

“Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.

“Kamu memang mahu mencari pasal! Memang berani! Apa kata kami belasah kau dulu?” Kedua-dua orang pelajar samseng itu pun mendekati Adam.

Salah seorang daripada mereka cuba menumbuk Adam. Adam mengelak. Mereka menyerang lagi. Adam mengelak berkali-kali. Adam tidak menyerang kerana dia tidak mahu mencederakan sesiapa pun.

Agak lama juga mereka bertarung. Sudah hampir tamat waktu rehat. Kedua-dua orang pelajar samseng itu menumpukan perhatian terhadap Adam.

Makin lama, makin ramai pelajar datang ke tempat itu. Mereka bersorak-sorak melihat kehebatan Adam mengelak serangan kedua-dua pelajar bajingan itu.

“Berhenti!” Suara seorang lelaki berpakaian kemas dan bertali leher mengejutkan mereka semua. Adam patuh. Kedua-dua orang pelajar samseng itu juga berhenti menyerang.

Mereka bertiga berpaling. Rupa-rupanya Cikgu Kamal, guru disiplin sekolah sudah tiba. Budak berbadan kecil yang bernama Imran itu juga ada di samping guru itu.

“Adam tidak bersalah, ayah. Mereka berdua itu yang mahu memukul saya!” Rupa-rupanya Imran adalah anak Cikgu Kamal. Imran bin Kamal.

“Kamu bertiga ikut saya ke bilik disiplin!”

-0-

Di bilik guru, Adam dan kedua-dua pelajar samseng itu disoal siasat. Ternyata kebenaran memihak kepada Adam. Kedua-dua orang pelajar itu dihukum.

Cikgu Kamal bertanya kepada Adam, “Kamukah yang menaiki teksi semasa datang ke sekolah tadi?”

BG1A

BG1A “Tidak. Err...” Adam masih teragak-agak. Sebenarnya Adam tidak pernah berbohong kepada mana-mana guru. Dia rasa tindakannya kurang wajar.

“Tidak mengapa. Saya cuma ingin berterima kasih kepada budak yang telah membantu kakak saya tadi. Budak itu sanggup membiarkan dirinya di dalam kesusahan semata-mata untuk menolong orang lain. Saya kagum dengan budak itu. Budak itu bersekolah di sini. Saya pasti akan bertemu dengan budak itu pada suatu hari nanti. Dia akan dilantik sebagai pengawas sekolah kerana sikap jujur dan amanahnya.”

Adam tersenyum bangga. Melihat reaksi Adam itu, Cikgu Kamal pun tersenyum sambil berkata: “Dan budak itu adalah kamu, Adam.”

Adam terpinga-pinga.

BG1B

“Ya. Sayalah budak itu.” Adam tunduk malu.

“Tidak ada apa yang nak dimalukan. Menerusi peristiwa ini dan peristiwa yang kamu lalui pada pagi tadi, sudah cukup membuktikan bahawa kamu ini, Adam, merupakan seorang budak yang boleh dipercayai.”
Cikgu Kamal merenung Adam sambil tersenyum.

“Mak cik yang kamu tolong pagi tadi, adalah kakak saya. Saya mahu melantik awak menjadi pengawas di sekolah ini.”

Adam terpinga-pinga.