Potensi Diri Seorang Manusia
Ramai
orang, suka atau tidak, cenderung untuk memandang rendah kebolehan diri
sendiri. Mereka dengan zalimnya, membataskan potensi diri. Disebabkan
itu, mereka cuma menjadi orang biasa-biasa dengan penglibatan
biasa-biasa. Disebabkan mereka memandang rendah kebolehan diri, mereka
juga cenderung melepaskan peluang.
Apa
yang kamu ingin jadi? Setiap orang ada matlamat hidup. Cita-cita. Namun adakah apa yang ingin kita jadi itu sesuai dengan kehendak kita?
Apa yang kamu suka? Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza-beza. Mana mungkin kamu akan dapat terus hidup dengan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak kamu? Ini boleh mengundang konflik pada kemudian hari.
Apa matlamat hidup kamu? Sesetengah orang, sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk kehendak diri demi mencapai matlamat hidup. Manusia dengan matlamat hidup yang jelas dan kuat, akan mudah berjaya.
Apa
yang paling ingin kamu libatkan diri dalam dunia ini? Adakah kamu seorang yang suka bersosial, atau suka menyendiri. Pilihan yang salah akan menyebabkan kamu sentiasa merasai kehilangan dan mungkin juga kesunyian. Ini boleh menjurus kepada kemurungan.
Apa yang ingin
kamu bawa bersama ke akhirat nanti? Jika kita cuma berjuang semata-mata untuk dunia sahaja. Hidup ini penuh dengan kerugian dan penyesalan pada kemudian hari. Jangan lupa, setiap matlamat yang kita usahakan, pastikan ada bahagian akhiratnya.
Bagaimana pula jika kamu berpotensi
tetapi ada orang memandang rendah kamu? Dalam situasi ini, ingatlah,
kamu bukan hidup untuk dia. Kamu terus lakukan apa yang kamu mahu
lakukan. Kejayaan kamu di dunia ini adalah milik kamu, kebaikan yang
kamu lakukan di dunia ini juga adalah milik kamu di akhirat nanti.
|