BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, September 09, 2005

PS2B

Adam rasa dia perlu berbohong kali ini. Dia lalu menunjukkan ke arah tandas yang berada agak jauh dari tempatnya.

“Budak yang kamu katakan itu ada di sana!”

“Hm!” Kedua-dua orang pelajar itu memandang ke arah tandas dengan muka yang bengis. Mereka pun berlari ke arah tandas.

Apabila keadaan dirasakan agak selamat, budak itu pun keluar dari tong sampah itu. Nasib baik tong sampah itu masih kosong dan baru. Kalau tidak, sudah tentu badan budak itu berbau busuk.

Budak itu mendekati Adam. “Terima kasih! Kamu telah menyelamatkan nyawa saya.”

“Saya Imran. Siapa nama kamu?”

“Saya Adam.” Adam tersenyum. Barangkali Imran inilah yang akan menjadi kawan pertamanya di sekolah ini.

“Hoi!” Kecut hati Adam dan Imran mendengar suara tengkingan itu. Kelihatan dua orang budak itu telah berpatah balik. Rupa-rupanya mereka tidak percaya dengan percakapan Adam.

“Heh! Sudah kami agak! Jangan ingat kami tidak tahu kamu bersembunyi di dalam tong sampah itu. Kau ingat kau boleh terlepas Imran? Sampai ke lubang cacing pun kami akan cari kau!”

Adam dan Imran tidak dapat lari lagi. Kedua-dua pelajar samseng itu sudah menjadi musuh bersama mereka sekarang.

PS2C. “Kenapa kamu mahu mencari dia. Langkah mayat aku dulu kalau kau mahu mengapa-apakan dia!” Tegas Adam.