BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Disember 01, 2012

Kenapa Menggigil Bila Lapar? Adakah Tanda-Tanda Penyakit Tertentu?

Menggigil lapar? Sesetengah orang mengadu apabila lapar, badan mereka akan menggigil. Apakah punca-punca lapar sehingga menggigil ini? Berikut adalah antara punca-punca yang berkaitan dengan lapar sehingga menggigil

1. Terlalu banyak minum minuman yang manis.
Soda, teh ais, dan lain-lain minuman manis adalah sumber terbesar fruktosa. Fruktosa boleh memperdayakan otak kita supaya rasa teringin hendak makan lagi, walaupun kita sepatutnya sudah kenyang. Ia berfungsi dengan menghalang keupayaan badan untuk menggunakan leptin, "forgive hormon" yang memberitahu kita apabila kita sudah cukup untuk makan.

2. Makan makanan dalam tin.
Tabiat banyak memakan makanan di dalam tin yang tinggi bisphenol-A, atau BPA adalah tidak baik. Pendedahan kepada BPA boleh menyebabkan ketidaknormalan dan peningkatan dalam leptin menurut penyelidik Universiti Harvard.

3. Tidak makan sayur.
Sayur berdaun hijau kaya dengan folat, vitamin B yang membantu mengatasi masalah kemurungan, keletihan, dan pertambahan berat badan. Sayur-sayuran berdaun juga tinggi dengan vitamin K. Ia dapat membantu mengatasi ketagihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan sayur-sayuran hijau. Jika anda berasa sedih semacam, sayur-sayuran hijau adalah antara makanan terbaik untuk anda.

4. Berada dalam keadaan dehidrasi.
Dehidrasi adalah salah satu bentuk kekurangan air di dalam badan. Kalau selepas makan anda masih berasa lapar, minum segelas air sebelum makan dan lihat kesannya. Mesti keinginan untuk makan akan berkurang. Ini kerana apabila badan dalam keadaan dehidrasi dan kekurangan air, maka zat-zat makanan tidak dapat dihantar dengan pantas menyebabkan anda masih rasa lapar biarpun sudah makan.