BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 18, 2012

Panggilan bom di Plaza Angsana, Johor Bahru adalah palsu

Panggilan bom di Plaza Angsana, Johor Bahru adalah palsu
Disediakan oleh Berita Harian

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Komisioner Roslan Haasan mengesahkan panggilan bom di Plaza Angsana, di sini adalah palsu.

Katanya, pemeriksaan lebih dua jam tidak menjumpai sebarang objek yang didakwa bom di premis terbabit.

Terdahulu, ratusan peniaga dan pengunjung diarahkan mengosongkan Plaza Angsana di sini, selepas menerima panggilan bom di dalam kompleks perniagaan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, polis mengarahkan orang ramai supaya mengosongkan premis terbabit.

Sumber memberitahu, pada jam 10.45 pagi satu panggilan diterima memaklumkan ada bom dalam premis itu.

Kemudian penggera berbunyi hampir 15 minit sebelum polis mengarahkan orang ramai keluar daripada premis.