BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, November 24, 2012

MIMPI BASAH LELAKI - WET DREAM

MIMPI BASAH , WET DREAM, LELAKI
Artikel ini membicarakan secara ringkas mengenai mimpi basah. Ada pembaca yang berminat untuk tahu cara mendapat mimpi basah dan ini sungguh kelakar. Ada juga pembaca yang tidak suka bermimpi basah. Ada pula yang belum bermimpi basah tetapi ingin mengetahui apakah mimpi basah. Adakah mimpi basah suatu penyakit berbahaya atau perkara normal dalam kehidupan seorang lelaki?

KOLEKSI SURAT DAN E-MEL PEMBACA
NOTA: Setiap surat atau e-mel telah ditulis semula dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul.

BAGAIMANA CARA MENGHENTIKAN MIMPI BASAH?
"Semasa saya tidur, saya bermimpi dan keluar air mani. Kadang-kala air mani keluar juga walau pun tidak bermimpi. Saya tidak suka air mani saya keluar semasa tidur. Bagaimana cara hendak menghentikannya? Terima kasih." - Nazrin

KENAPA CUMA LELAKI MIMPI BASAH?
"Saya rasa pelik kenapa cuma lelaki yang ada mimpi basah. Perempuan tak ada pun bermimpi basah? Bagaimana cara bermimpi basah?" - Budak Comot
MIMPI BASAH: MIMPI YANG MENAKUTKAN!
"Tuan, saya telah mengalami satu keadaan yang sangat menakutkan dan saya tidak berani memberitahu sesiapa. Saya rasa, Tuanlah orang yang paling sesuai untuk saya tanya. Malam tiga hari lepas saya telah mengalami mimpi yang pelik. Saya berbuat sesuatu dengan seorang perempuan dan saya rasa sesuatu yang pelik seperti kencing telah keluar. Kawan saya kata itu ialah air mani. Saya berasa sangat bimbang jika ibu bapa saya tahu. Tolong saya!" - Ijat

JAWAPAN AMIENE REV:
"Mimpi basah adalah sesuatu yang normal bagi seseorang lelaki tetapi tidak normal bagi seseorang perempuan. Mimpi basah bukanlah suatu penyakit. Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan terimalah mimpi basah sebagai salah satu peristiwa yang pasti akan berlaku lagi pada masa akan datang. Mimpi basah adalah petanda akil baligh (puberty)."

MIMPI BASAH (Wet Dream)
Menurut wikipedia, mimpi basah terjadi apabila seseorang budak itu sudah mencapai tahap akil baligh. Mimpi basah biasanya dijadikan sebagai penanda aras bahawa seseorang itu telah akil baligh.

CERITA-CERITA BENAR MENGENAI MIMPI BASAH
Mimpi basah biasanya bermula semasa budak-budak berada di sekolah menengah. Waktu normal bagi seseorang budak lelaki mencapai tahap akil baligh ialah sekitar usia 12-14 tahun. Budak-budak yang sudah akil baligh biasanya akan bermimpi sesuatu yang erotik, yang biasanya berkaitan dengan hubungan seks.

Semasa di sekolah rendah dahulu, biasanya ustaz atau ustazah akan menerangkan tentang proses akil baligh. Biasanya budak-budak ramai yang belum faham pada ketika itu. Namun pada masa kini, biasanya budak-budak zaman internet akan terlebih faham. Ini adalah petanda dunia hendak kiamat.

FAKTA-FAKTA MENGENAI MIMPI BASAH
  • Mimpi basah hanya berlaku di kalangan lelaki.
  • Mimpi basah berlaku untuk mengeluarkan lebihan sperma keluar dari seminal vesikel (sebab sperma baru selalu dihasilkan memenuhi vesikel).
  • Mimpi basah biasanya berlaku apabila seseorang itu tidak mengamalkan masturbasi atau belum berkahwin.
  • Mimpi basah akan berkurangan apabila seseorang itu meningkat ke usia tua.
Oleh itu setiap budak diminta jangan berasa tertekan, takut, gelisah, bimbang atau panik jika anda dilanda mimpi basah.

E-MEL PEMBACA YANG KELAKAR: CARA UNTUK INGIN SELALU DAPAT MIMPI BASAH!
"Tuan, adakah caranya untuk bermimpi basah setiap hari? Saya suka dengan mimpi basah. Sungguh seronok sehingga teringat-ingat setiap hari." - Jin

JAWAPAN AMIENE REV:
"Kahwin secepat mungkin."

Begitulah artikel berkenaan dengan mimpi basah.

POSISI TIDUR PUNCA MIMPI BASAH
Para pengkaji dari Universiti Shue Yan, Hongkong telah mengkaji seramai 670 peserta di mana dua pertiga daripada sampel adalah perempuan. Didapati bahawa orang yang tidur dalam posisi meniarap atau posisi tengkurap lebih cenderung untuk mendapat mimpi basah, iaitu mengalami mimpi seperti sensasi perasaan yang berkaitan dengan seks dan erotomania (erotik).

"Saya percaya bahawa otak selama tidur tidak sebenarnya lepas dari dunia luar dan rangsangan, termasuk berasal dari lingkungan, yang kemungkinan besar masuk ke dalam isi mimpi," jelas ketua peneliti Calvin Kai-Ching Yu, melalu Dailymail (13/8).