BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, September 20, 2012

Umat Islam Perlu Bersatu

Dalam keadaan dunia yang ekonominya kini sebahagian besar dikuasai oleh musuh-musuh Islam, maka satu-satunya kunci pertahanan umat Islam ialah perpaduan. Umat Islam perlu bersatu-padu bagi menangani musuh-musuh luar. Musuh-musuh sedang menunggu umat Islam memulakan peperangan sesama sendiri sebelum mereka dapat menangguk di air keruh.

Umat Islam Perlu Bersatu


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi memastikan kuasa mereka dalam bidang politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan terpelihara daripada diperkotak-katikkan oleh musuh Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, sekiranya ketiga-tiga elemen itu dipertahankan secara rapi, nescaya doktrin ciptaan musuh agama itu tidak dapat menembusi dinding keimanan penganut agama kedua terbesar di dunia itu.

"Doktrin musuh Islam yang pertama adalah untuk membuatkan kita tiada kuasa dalam kepimpinan, yakni politik.

"Kedua, golongan ini mahu umat Islam tersimpang jauh atau jahil daripada ajaran al-Quran dan perasaan cintakan Nabi Muhammad SAW kerana tahu mereka takkan berjaya dengan adanya kedua-dua itu.

"Mereka juga mahu umat Islam tidak bersatu, berpecah-belah serta benci-membenci antara satu sama lain. Golongan ini hendak menanamkan kebencian, di samping membuat orang Islam menjadi fakir miskin kerana melalui cara itu, mereka boleh beli kita," katanya.