BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, September 03, 2012

Resepi Laici Kang Cikong Madu

Resepi Laici Kang, Lai Chi Kong, Cikong, Chikong Madu. Macam-macam nama ada.

RESEPI LAICI KANG atau LAI CHI KANG
  • longan kering
  • biji selasih
  • cincau
  • buah kembang semangkuk
  • kismis kuning
  • kacang minyak
  • halwa kundur
  • teh cina (yang ada ranting)
  • gula batu
BEKAS 1: Basuh dan rebuskan longan kering sampai kembang. Bila longan sudah kembang masukkan gula batu secukup manis dan masukkan kismis. Angkat dan sejukkan.

BEKAS 2: Rendamkan buah kembang semangkuk.

BEKAS 3: Rendamkan biji selasih dalam air sejuk.

BEKAS 4: Rendamkan teh cina (dalam air panas), Bila semuanya dah kembang bolehlah masukkan ke dalam air longan tadi dan untuk teh cina tapiskan dulu. Selepas itu masukkan cincau.

Simpan di dalam peti ais. Bila hendak minum baru diletakkan kacang dan halwa.


RESEPI CHIKONG atau CIKONG

Bahan -bahannya
  • 4 biji kembang semangkuk
  • 1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
  • 12-14 biji buah mata kucing (kering)
  • 7-8 ketul buah kabung/kundur
  • 6-7 biji Buah Laici
  • 10 biji Laici,
  • 10 biji Kurma cina
  • Sedikit barli,
  • sedikit biji selasih
  • Sedikit gajus digoreng atau kekacang
  • Sedikit Kismis
  • Satu uncang teh cina
  • Cincau dipotong kecil-kecil
  • Sedikit biji teratai
Cara membuat Cikong
  1. Rendam kembang semangkuk, selama 1 jam sehingga betul-betul kembang di dalam periuk yang berisi 1/12 - 2 jag air.
  2. Buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya.
  3. Masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yang berisi air kembang semangkuk tadi masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan pula sedikit teh cina, gula batu, kurma cina, cincau, barli, biji selasih, buah kabung/kundur, kacang, kismis, biji teratai dan kacau.
  5. Tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dengan air dan bolehlah padamkan api. sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing.