BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 25, 2012

Pisang Mampu Kurangkan Depresi - Kemurungan

Berdasarkan tinjauan terbaru yang dibuat oleh MIND terhadap orang-orang yang mengalami depresi, pisang merupakan makanan yang banyak membantu mengurangkan depresi. Ini kerana pisang memiliki sejenis protein yang dipanggil tryptphan yang apabila dimakan, akan berubah menjadi serotonin. Serotonin merupakan sejenis bahan yang dapat mewujudkan perasaan tenang di dalam hati dan ini mampu mencipta perasaan yang lebih positif. Maka tidak hairanlah kenapa monyet merupakan haiwan yang sangat gembira.