BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 04, 2012

Apple Saman Samsung Sekali Lagi

Bisnes Dunia: Apple saman semula Samsung
Disediakan oleh Berita Harian

Tindakan terbaru Apple menyaman Samsung di AS adalah perkembangan terkini peperangan paten global antara dua gergasi telefon pintar itu. - Foto AFP


Syarikat Korea Selatan didakwa terus curi teknologi

New York: Apple sudah pun memfailkan tindakan undang-undang paten terbaru di Amerika Syarikat (AS) terhadap Samsung, dengan menuduh syarikat Korea Selatan itu masih meneruskan tindakan mencuri teknologinya walaupun sudah menerima keputusan mahkamah mengenainya. Tindakan terbaru itu difailkan di San Jose, California pada Jumaat lalu dan ia menyatakan Samsung, yang didenda AS$1.05 bilion (RM3.27 bilion) oleh Mahkamah Amerika kerana dengan ‘sengaja’ menceroboh paten Apple dan masih terus menggunakan teknologi pesaingnya itu.

“Walaupun saman itu berkuat kuasa, Samsung masih terus membanjiri pasaran dengan produk tiruan,” kata Apple, sambil menambah empat daripada model terbaru yang dilancarkan Samsung, termasuk telefon pintar Galaxy S III, yang dikaitkan dengan tindakan yang difailkan pada Februari.

Dalam keadaan bahaya

“Apple kini dalam keadaan bahaya yang tidak boleh diperbaiki lagi – disebabkan dakwaan penciplakan ini,” kata syarikat pembuat iPhone dan iPad itu.

Tindakan terbaru di AS itu adalah perkembangan terkini peperangan paten global antara dua gergasi telefon pintar, yang saling menuduh satu sama lain sebagai mencuri harta intelek untuk produk masing-masing.

Apple memenangi saman berjumlah AS$1.05 bilion pada 24 Ogos lalu, ketika juri California mendapati gergasi elektronik Korea Selatan menceroboh berdozen-dozen paten yang dimiliki Apple. Bagaimanapun, sebuah mahkamah Jepun pada Jumaat lalu, menolak dakwaan gergasi teknologi AS itu bahawa Samsung mencuri teknologinya.

Sekatan jualan

Apple cuba untuk mendapatkan ganti rugi dan sekatan jualan beberapa produk Samsung di Jepun, yang mana kedua-dua syarikat berkenan menyaksikan populariti mereka meningkat dalam pasaran yang secara tradisinya dipelopori oleh syarikat tempatan seperti Sony dan Sharp.

Bagaimanapun, tuntutan itu ditolak dan panel tiga hakim di Mahkamah Daerah Tokyo juga menganugerahkan kos guaman kepada Samsung. - AFP