BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Ogos 13, 2012

Tempat-Tempat Menarik Di Selangor dan Sejarah Penubuhan atau Asal Usulnya

Sejarah Kuala Lumpur International Airport
Tanggal 27 Jun 1998 adalah tarikh keramat industri aviasi negara apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibuka secara rasminya sekali gus menjadi mercu tanda dunia. Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibu kota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion.

SEJARAH dunia penerbangan Malaysia bermula dengan kejayaan penerbangan pertama pada tahun 1911. Menjelang tahun 1930-an, padang terbang yang hanya mempunyai landasan ringkas diperbuat daripada tanah dan rumput telah dibina.

Lapangan terbang sebenar yang pertama dibina di Malaysia ialah di Pulau Pinang dengan landasan sepanjang kira-kira 869 meter.

Daripada satu permulaan yang ringkas, industri aviasi dan lapangan terbang negara terus berkembang sehingga menjadi medium penting kepada perkembangan negara.

Lapangan terbang bukan lagi sekadar sebuah terminal pengangkutan udara tetapi memberi makna yang lebih mendalam. Ia merupakan pemangkin pembangunan sosioekonomi negara, di samping merapatkan hubungan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

Hari ini, Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) menguruskan dan mengendalikan 39 buah lapangan terbang di seluruh negara, termasuk lima lapangan terbang antarabangsa, 16 domestik dan 18 terminal lapangan terbang kecil (STOL Ports).

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad, lakaran sejarah dunia penerbangan negara sekali lagi terbentuk apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor, kira-kira 70 kilometer dari Kuala Lumpur mula dibangunkan pada 1994.

"Sebelum kehadiran KLIA, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang merupakan poin masuk utama ke Malaysia. Namun demikian, pertambahan bilangan penumpang menjadi faktor utama pemindahan lapangan terbang itu ke lokasi baru di Sepang.

Sejarah Litar Antarabangsa Sepang
Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa.
 
PERASMIAN LITAR LUMBA FORMULA 1 SEPANG
20/05/2011 09:58:17 Pada hari ini dalam tahun 1999, Litar Lumba Formula 1 Sepang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahatahir  Mohamad.  Idea untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 dicetuskan oleh Perdana Menteri pada tahun 1996 dan usaha-usaha untuk menjayakan hasrat tersebut akhirnya membawa kepada pembinaan Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) yang menelan belanja sebanyak RM286 juta. Siap dibina pada November 1998 dan perlumbaan pertama telah diadakan pada 12 Disember 1998. Litar sepanjang 5.542 kilometer itu direka khas untuk siri perlumbaan bertaraf dunia khususnya membabitkan Formula 1, Grad Prix Motosikal Dunia serta lain-lain sukan lumba bermotor.  Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini meliputi 30,000 tempat duduk berbumbung  100,000 penonton di tempat terbuka serta kemudahan litar  dikendalikan  oleh komputer sepenuhnya. Dalam ucapan  Perdana Menteri menyatakan bahawa, kejayaan negara membina  litar berkenaan  adalah satu contoh kemampuan Malaysia menyediakan kemudahan sukan bertaraf dunia. Dengan kemudahan yang serba  lengkap ini telah mendorong Persekutuan Automobil Antarabangsa menganugerahkan hak penganjuran perlumbaan Formula 1 kepada Malaysia dan anugerah itu merupakan satu penghormatan besar kepada negara. 

Sejarah Penubuhan Sunway Lagoon
Sunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.

Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.

Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.

Mines Wonderland
Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.

Mines Resort City atau 'Mines' atau 'Mines Wonderland' terletak di Seri Kembangan, Selangor. Kawasan pelancongan ini mempunyai keluasan 1000 ekar dan terletak kira-kira 5 minit dari Serdang atau Balakong, 15 minit dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 minit dari Putrajaya.

Mines tidak jauh dari Serdang, Kajang , Sungai Besi, Puchong, UKM, UPM , Pelabuhan Utara,Pelabuhan Selatan, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur City Centre, Salak Selatan (Salak South), Klang, Subang Jaya, RTM, West Port (Pelabuhan Barat), KLIA, Cyberview Lodge Resort, Putrajaya, Koridor Raya Multimedia (MSC), Astro,

Jalan berhampiran ialah Jalan Sungai Besi, Jalan Balakong dan Jalan Kuda Emas. Kelab lumba Kuda Selangor, Sungei Besi hanya 3 km sahaja. Lebuh raya berhampiran ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Lebuh raya Lembah Kelang Baru / New Klang Valley Expressway (NKVE) dan Lebuh raya Persekutuan (Federal Highway Route 3). Selain itu dekat dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh raya Kuala-Lumpur Seremban,Stesen Keretapi KTM Serdang,Plaza Tol KL-Seremban dan Plaza Tol Sungai Besi Tol.

Sejarah Pulau Ketam
Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku
Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.

Sejarah Batu Caves
Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.
Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.

Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.

Meninggi di kira-kira 100 meter di atas bumi, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa yang lebih kecil dalam saiznya. Yang terbesar, dipanggil Gua Tokong (Temple Cave), mengandungi satu siling setinggi seratus meter dan peninggalan mengenai agama Hindu yang menjadi tarikan. Untuk mencapainya, pelancong dikehendak mendaki sejumlah 273 anak tangga yang curam.

Di bawah Gua Tokong adalah Gua Kelam (Darknesses Cave), dengan formasi batu-batan yang tidak dapat dicari di tempat lain. Stalaktit yang menganjur dari siling gua dan stalagmit yang terbit dari tanahnya membentuk pembentukan majmuk sepeti tirai gua, batu aliran, dan mutiara gua yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Persatuan Semula jadi Malaysia mengadakan pelawatan pengembaraan sambil belajar.

Satu lagi gua utama adalah Gua Seni (Art Gallery Cave) yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan dongengnya dipamerkan di sini. Perjalanan ke kemasukan adalah suatu pengalaman yang menyenangkan melalui tasik dan kolam-kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. Kavadi yang di bawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam sebagai membayar nazar, atau tanda berterima kasih kepada Lord Subramania.

Batu Caves pada asalnya merupakan salah satu tempat berlindung orang asli dari suku Temuan yang mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang. 

Batu Caves kemudiannya diterokai pada tahun 1878 oleh pedagang India K. Thambusamy merupakan unjuran besar batu kapur, yang menyimpan beberapa peralatan suci bagi Lord Subramania. Di dalam gua ini keadaan adalah gelap, sejuk dan agak menakutkan, tetapi mempunyai pemandangan yang menakjubkan.

27-29 April 1980, Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak agar kerja-kerja loji kuari di Batu Caves yang masih berterusan itu hendaklah dihentikan serta-merta.

Paya Indah Wetlands
Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.

Mutakhir: Paya Indah Wetlands tak boleh dipromosi lagi jika keadaan terjejas
KUALA LUMPUR: Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil, Selangor mungkin tidak akan dipromosikan lagi sebagai produk pelancongan jika keadaan di kawasan tersebut terjejas ekoran aktiviti perlombongan pasir secara tidak terkawal berterusan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata pihaknya hanya mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang mampu memberikan tarikan kepada pelancong.
"Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik. Jika sesuatu berlaku yang boleh jejaskan tapak itu, atau mengadakan sesuatu (pembangunan) menyebabkan burung tak mahu datang, binatang dah lari dan tak ada benda nak tengok, siapa nak datang.

"Kita hanya mempromosikan produk yang kita rasa istimewa untuk diketengahkan. Jadi kalau sudah tidak ada lagi keistimewaan, kita tidak akan promosikan lagi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai aktiviti perlombongan pasir berhampiran taman rekreasi itu selepas pelancaran Karnival Jualan Mega Malaysia 2010 di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan Selangor supaya tidak lagi memburukkan keadaan di Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands kerana selain mengurangkan bilangan pengunjung, ia juga memberikan kesan buruk kepada habitat hidupan liar dan alam sekitar.

Dr Ng berkata kegiatan melombong pasir yang tidak terkawal di beberapa tempat di Selangor mendapat perhatian serius pelbagai pihak.

Kegiatan itu semakin tidak terkawal apabila 20 hektar tanah, kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil yang juga rizab Tanah Lembap Negara, diceroboh untuk mendapatkan hasil tersebut sehingga mengancam sistem ekologi taman berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kegiatan melombong pasir berhampiran Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands itu adalah di bawah pengetahuan kerajaan Selangor dan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Abdul Khalid bagaimanapun mendakwa kegiatan itu mempunyai permit yang sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit dan bukannya di Bukit Changgang.

Dalam pada itu, Dr Ng berkata pihaknya juga sedang mengkaji untuk memberikan pengiktirafan kepada pengusaha produk pelancongan mengikut sistem pengredan seperti lima bintang dan empat bintang bagi produk pelancongan termasuk wetlands, yang menjadi hala tuju kementerian.

Beliau berkata bagi pengusaha produk pelancongan yang berjaya diiktiraf dengan gred lima bintang, ia akan dijadikan contoh kepada semua pengusaha produk pelancongan yang lain supaya dapat meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan. - BERNAMA

Sejarah Penubuhan Zoo Negara
Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung.

Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.

Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.