BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 14, 2012

Taman dan Kemudahan Sukan DBKL Tutup 18-21 Ogos 2012

DBKL tutup Taman dan Kemudahan Sukan Sempena Aidilfitri mulai 18 Ogos hingga 21 Ogos ini.

Antara taman yang akan ditutup ialah Taman Bunga Raya, Taman Orkid, Taman Kancil/Rusa, Taman Herba & Konservatory serta Rekreasi Berkuda.

Sementara itu, kemudahan sukan seperti dewan serbaguna, kompleks sukan, stadium dan pusat komuniti juga turut ditutup.

Kemudahan-kemudahan itu akan mula beroperasi seperti biasa pada 22 Ogos ini. | BERNAMA