BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Julai 31, 2012

Tempat-Tempat Menarik Di Melaka - Koleksi Tempat Menarik Di Melaka

Tempat-Tempat Menarik Di Melaka - Koleksi Tempat Menarik Di Melaka
 
Ini adalah koleksi tulisan yang berjudul tempat-tempat menarik di Melaka. Negeri Melaka penuh dengan sejarah sehinggakan Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah di Malaysia. Berpuluh-puluh tempat menarik di Melaka dipaparkan dalam tulisan ini. Anda cuma perlu pilih tempat paling menarik di Melaka yang ingin anda kunjungi.

Perkampungan Portugis
Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.

Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak.  Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.


Taman Mini MALAYSIA
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari    9.00 pagi – 5.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 1334
Faks: +606-232 1335

Taman Mini ASEAN
Pengunjung akan dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ini dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.

Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan negara-negara Asean yang dipertontonkan kepada pengunjung pada setiap hujung minggu.
Bayaran Masuk:
Dewasa   RM4.00
Kanak-kanak : RM2.00

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 1334
Faks: +606-232 1335

Perkuburan British
Kubur British ini terletak di Alor Gajah, Melaka. Pada bulan Mei 1829, orang Inggeris telah menyerang Naning buat kali kedua. Walaupun Naning tewas dalam peperangan tersebut, Datuk Dol Said hanya menyerah diri pada tahun 1834. Beliau diberi pencen sebanyak 100 ringgit setiap bulan sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1849. Walaupun orang Inggeris memenangi peperangan itu, ramai daripada tenteranya terkorban termasuklah George Holford Walker yang terbunuh bersama kuda dan anjingnya yang telah disemadikan di sini. Datanglah melawat kubur tersebut kerana terdapat kesan sejarah.

Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.

Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.

Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.

Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan.   Selain dari menyaksikan berbegai  spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka.

Tarikan utama spesis hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti Seladang, Harimau Belang, Tapir, Gajah dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo Melaka adalah Pembiakan Dalam Kurungan (Konservasi), Penyelidikan, Pendidikan dan Rekreasi.

Di antara Program/Aktiviti Pendidikan Zoo Melaka adalah:
  • Program "Learn & Fun": untuk kanak-kanak Tadika bersama-sama "guide tour" Zoo Melaka
  • "Roadshow", Pameran & Ceramah ke Sekolah-sekolah/ IPTA/IPTS atas jemputan
  • "Green Heart" (Gotong-royong)
  • "Treasure Hunt" Zoo Melaka
  • Program "Enrichment" (pengkayaan): "Food & Furniture"

Kampung Buku Malaysia

Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 9 April 2007. Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.

Lokasi Kampung Buku Malaysia Melaka ini terletak di Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka). Dengan kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan mempunyai pintu masuk melalui darat, udara dan laut. Kampung Buku ini mampu menjadi "One Stop Book Centre" yang bertaraf antabangsa.

Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan yang ke 2 di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, penubuhan Kampung Buku ini dapat mengumpul segala buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada masyarakat.
Waktu operasi Kampung Buku Malaysia, Melaka
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu dan Ahad
9.00 pagi - 2.00 petang

Sila hubungi kami di:
Kampung Buku Malaysia Melaka
Taman Botanikal Melaka
Hang Tuah Jaya
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : +06- 251 9181
Faks : +06 - 251 9182
Laman Web: www.bookvillage.com.my

Masuk adalah Percuma
Kampung Buku Malaysia, Melaka, ini di uruskan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya. Bagi sebarang kemusykilan, sila gunakan alamat dan no yang tertera seperti berikut :
Perbadanan Hang Tuah Jaya
Aras 5,Wisma Negeri,
Bandar MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel. : +606-232 3653
Faks : 06- 232 4764
Laman Web: www.phtj.gov.my

Pulau Besar

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat chalet dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah. Chalet yang terdapat di sana adalah Hotel D'Puteri Kurnia di No. Tel: +606 - 295 5899 / +606 - 293 8753.


Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Kompleks ini juga merupakan satu-satunya aktiviti pelancongan yang berdasarkan pendidikan falak / astronomi di Melaka.

Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Dikelilingi kehijauan alam yang mendamaikan dan pemandangan yang mempesonakan.

Kemudahan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi:
  •     Auditorium
  •     Dewan Pameran
  •     Bilik VIP
  •     Kafeteria
  •     Bilik Kuliah
  •     Surau
  •     Rak Kasut dan Beg
  •     Gerai Cenderahati
  •     Makmal Komputer
  •     Perpustakaan Mini
  •     Internet
  •     Ruang Meletak Kereta
Perkakasan
  •     SciDome Digital Projection System
  •     Ritchey-Chretein 16" Telescope
  •     CCD Camera SBig St-10Xme
  •     Paramount Me Robotic Mount
  •     Reflector Telescope, Takahasi Fs128 5"
  •     NJP Temma400X Go To Mount
  •     Schmidt Cassegrain Telescope
  •     Celestron Nextstar 11 Gps
  •     Computerised Goto Telescope
  •     Meade Lx200 8" Telescope
  •     ETX125 Telescope
  •     Outdoor Camera
  •     Wireless Davis Weather Station
  •     Binocular, Monocular, Teodolite, Compass

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kampung Balik Batu
Tanjung Bidara
78300 Alor Gajah
Melaka
Tel : +606-384 2148 / +606-284 7920 / 21
Faks : +606-384 2126 / +606-284 8144
Laman Web : http://www.khawarizmiobs.com

atau
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Kompleks Majilis Agama Islam Melaka
Bukit Palah, 75150 Melaka
Tel : +606-2847920 / 21
Faks : +606-284 8144
E-mel : jkmmufti@tm.net.my

Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008.

Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.


Hutan Rekreasi Sungai Udang
Hutan Rekreasi Sungai Udang dengan keluasan 335 hektar dalam Hutan simpan Sungai Udang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah.  Hutan rekreasi ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi luar.

Aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti berkhemah, dan merentas denai hutan. Suasana hutan lipur ini yang permai sesuai untuk menjalankan aktiviti berehat serta berkelah.

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sungai Udang ke Hutan Rekreasi Sungai Udang.


Taman Botanikal Melaka
Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, ia tercetus daripada idea  YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar. Antara keistimewaan yang terdapat untuk pengunjung ialah :
  • Penyediaan kompleks tempat letak kereta
  • Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung.
  • Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan.
  • Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.
  • Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.
  • 300 spesis flora dan fauna.
Taman-Taman di Taman Botanikal Melaka:
  • Taman Keladi
  • Taman Orkid
  • Taman Helicornia
  • Taman Buluh
  • Taman Herba

Pancuran Air Ratu Victoria
Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.


Perigi Hang Tuah
Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Tel: +606-282 6526


Kolam Air Panas Gadek
Kolam Air Panas Gadek terletak di bandar Alor Gajah, kira-kira 30km dari bandaraya Melaka. Ia merupakan satu destinasi pilihan untuk pengunjung dari dalam dan luar negara. Dipercayai kolam air panas ini telah ditemui oleh orang kampung di kawasan berkenaan apabila mereka mendapati ramai tentera British mendiami kawasan berhampiran kolam tersebut. Adalah dipercayai bahawa air dari kolam ini mempunyai kuasa menyembuh.

Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya.
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 7.00 pagi - 9.00 malam.

Melaka River Cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23          
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my

Kota A Famosa
Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan. Apa yang boleh anda temui di Kota A' Famosa ini ialah:

1. Bukit Saint Paul (Bandar Hilir) - Pemandangan Selat Melaka
Bukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. Kenapa patung Saint Paul kudung tangannya? Patung Saint Paul kudung tangan kerana terkena serpihan bom!

2. Kubu A’ Famosa – Peninggalan Penaklukan Portugis

Kubu A’Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar .


Kubu St. John
Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut.

Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini


Makam Hang Tuah
Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Tel: +606-282 6526


Makam Tun Teja
Tun Teja atau Tun Teja Retna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil. Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah.

Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan.


Makam Hang Jebat

Makam Hang Jebat bertempat di Kampung Pali, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam. Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan. Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.


Makam Hang Kasturi
Hang Kasturi merupakan salah seorang pahlawan lima bersaudara yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Reka bentuk Makam Hang Kasturi banyak dipengaruhi seni bina India, yang mana terdapat ruang-ruang untuk menempatkan pelita untuk menerangi makam tersebut. Makamnya juga dalam bentuk bertingkat sederhana besar, tidak seperti makam-makan berukuran panjang yang dianggap keramat.


Bangunan Stadhuys
Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.

1. Little India
Little India di Melaka terletak di Jalan Bendahara berdekatan dengan Bangunan Stadhuys. Sepanjang jalan ini tersedia kedai-kedai yang menjual macam-macam barangan untuk masyarakat India daripada baju ala-ala Bollywood yang berwarna-warni, bahan-bahan masakan India, rempah ratus, aksesori perhiasan wanita, barang-barang sembahyang agama Hindu dan macam-macam lagi. Teringin nak lukis tangan dengan inai atau mendhi, dapatkan sebatang kon inai yang telah dibancuh dengan harga hanya RM2.50. Anting-anting labuh yang cantik-cantik dengan harga berpatutan juga boleh dibeli di sini.


Jonker Street

Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.


Perigi Hang Li Po
Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.
Waktu operasi: Setiap Hari: 7.00 pagi – 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Tokong Poh San Peng
Bukit China
Tel: +606-282 9343

Dataran Pahlawan

Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.


Taman Buaya Melaka
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah  Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5'  dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.


Batu Megalith
Di daerah Alor Gajah, Melaka, terdapat hampir seratus kawasan pusara purba yang dikenali sebagai Megalith Datuk Tua. Ia dipercayai sebagai kubur nenek moyang mereka. Salah satu kawasan purba yang telah dikenalpasti ialah di Kampung Cerana Putih, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.

Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk.

Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan “Dondang Sayang” percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.


Replika Keris
Keris merupakan senjata tradisi yang terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ianya merupakan senjata utama masyarakat melayu di zaman penjajahan Inggeris, Portugis dan Belanda.Bagi Masyarakat Alor Gajah, keris merupakan lambang kemegahan orang melayu terutamanya sewaktu Perang Naning. Oleh itu Replika Keris ini dijadikan identiti utama Daerah Alor Gajah.

Replika Keris gergasi terletak di Dataran Keris manakala Replika Keris yang saiznya lebih kecil boleh didapati dibeberapa pintu masuk utama ke Daerah Alor Gajah iaitu di Simpang Empat, Simpang Ayer Keroh - Durian Tunggal dan Simpang Lubuk Cina.


Taman Rama-rama & Reptilia
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.

Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.


Makam Dol Said

Dol Said atau nama penuhnya Dato Abdul Said merupakan seorang pemerintah kesembilan Naning di Melaka. Beliau membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh British dan ini menyebabkan konflik yang dikenali sebagai Perang Naning, yang berlaku pada 1831.

Beliau menggunakan kebijaksanaannya dan dengan bantuan daripada perikatan Melayu yang lain, termasuk Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar, beliau telah dapat mengalahkan pihak British dalam serangan pertamanya.

Dalam serangan kedua, Naning tidak berjaya mendapat bantuan daripada jiran-jirannya malah Yam Tuan Muda Raja Ali di Rembau membantu pihak British dengan menghantar 600 orang bagi mengukuhkan tentera mereka. Dol Said terpaksa berundur ke Sri Menanti dan seterusnya menyerah kalah, sekali gus mengakhiri perang tersebut. British menggabungkan Melaka dan Naning dan Dol Said diberikan tempat tinggal di Melaka. Dol Said dan orang Naning telah dikhianati oleh orang Melayu Rembau. Cerita Perang Naning ini tidak dibesar-besarkan walaupun orang Melayu yang memenangi Perang Naning Pertama dan British pada masa itu merupakan kuasa dunia yang sebenarnya. Perang ini menjadikan Dol Said seorang wira dalam sejarah Melayu.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Tel: +606-556 3875

Ikan Bakar Umbai

Akhir sekali, kalau dah sampai Melaka janganlah lepaskan peluang makan ikan bakar di Umbai Melaka. Di sini, ikan bakar di makan dengan nasi lemak, selera nelayan. Banyak gerai yang tersedia di medan ikan bakar di Umbai ini untuk dipilih pelanggan dan semuanya menyediakan makanan laut segar untuk dibakar!