BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Julai 31, 2012

Ikan Bakar Bagan Lalang - Restoran Terapung Popular

RESTORAN TERAPUNG IKAN BAKAR BAGAN LALANG
Oleh: Amiene Rev (C) 2012

Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang sangat popular kerana keenakan masakannya. Mungkin ramai yang pernah dengar akan kehebatan masakan di Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang ini, tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk pergi ke restoran ikan bakar ini. Cara yang mudah ialah, dengan menggunakan laluan lebuh raya PLUS menuju ke arah Selatan. Kemudian keluar melalui EXIT 214 atau EXIT Nilai, KLIA dan ikut papan tanda bertulis SEPANG GOLDCOAST bagi setiap simpang. Itu sahaja dan anda akan sampai ke Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang ini.

Alamat Restoran Terapung Bagan Lalang ialah:
Restoran Terapung HM Sri Bagan Sdn. Bhd.
Pantai Perkhemahan Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek, Sepang,
Selangor.

No. Telefon : 03-31412895

Laman blog: http://www.hmsribaganlalang.blogspot.com
Selain makanan yang sedap, Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang ini juga dihiasi pemandangan semula jadi yang menarik. Pemandangan matahari terbenam pasti memukau pandangan mata.

Antara menu hidangan yang menarik di Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang ini ialah:

Ikan Siakap Bakar Bagan Lalang - Ini adalah antara menu yang pasti menjamin selera makan anda. Kelazatan ikan bakar ini akan kekal di jari anda. Ikan Bakar adalah identiti Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang ini.

Kerang Masak Berserai Bagan Lalang
- Kerang yang dimasak dengan serai tentu menghasilkan kombinasi aroma yang sedap untuk dihirup dan kelembutan isi kerang yang enak dicecah lidah.

Sepahat atau Pepahat Masak Bercili Bagan Lalang - Mungkin menu ini amat disukai oleh kaum wanita.

Ikan Kerapu Masak Stim Asam Boi Bagan Lalang - Ikan kerapu kukus yang dicampur dengan asam boi. Nikmatnya tidak terkata.

Ketam Masak Black Pepper Bagan Lalang - Bagi peminat masakan ketam, ini antara hidangan yang paling sedap dimakan.

Jika anda datang dari jauh semata-mata untuk makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Bagan Lalang ini, anda memiliki pilihan untuk tinggal di resort atau hotel dari yang berpatutan harganya seperti di Hotel Sri Malaysia atau yang bertaraf hotel lima bintang seperti Golden Palm Tree Resort.

Sekitar pukul 5.30 tempat ini akan dikunjungi ramai pelanggan, kebanyakannya telah membuat tempahan awal kerana mereka tahu Restoran Terapung Ikan Bakar Bagan Lalang ini memang ramai pengunjungnya. Jika anda berminat untuk makan di sini, digalakkan untuk membuat tempahan awal. Bawa juga kamera untuk merakamkan kenangan manis anda di sini dengan pemandangan matahari terbenam yang cantik.