BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Jun 16, 2012

Raja Mempelam - Mangga Harumanis Paling Sedap

Buah Mempelam atau Mangga Harumanis merupakan buah mangga atau mempelam yang paling mendapat sambutan tinggi sehingga penduduk Singapura sanggup membelinya walaupun dijual dengan harga yang mahal.

Mempelam Harumanis mula mendapat perhatian penduduk Singapura kerana rasanya yang manis dan enak. Mempelam adalah nama lain bagi mangga.

ARAU - Keenakan Raja Mempelam, Harumanis bukan hanya digemari oleh rakyat Malaysia malah mendapat permintaan tinggi di Singapura apabila dijual pada harga RM12.50 sebiji.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, sambutan memberangsangkan itu diterima pihaknya ketika mengadakan promosi buah berkenaan di republik itu bulan lalu.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Perlis dijangka mengeksport tiga tan metrik buah itu ke sana tahun depan.

"Penduduk Singapura amat menyukai kemanisan dan keenakan mempelam Harumanis. "Walaupun ia dijual pada harga S$5 sebiji atau RM12.50, mereka tiada masalah untuk membelinya," katanya di sini semalam.