BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Mac 08, 2012

SBPA Dimansuhkan, Gaji Kakitangan Awam Naik 13 Peratus

Perdana Menteri mengumumkan hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan. SSM atau Skim Saraan Malaysia akan diguna semula dan diberi penambahbaikan.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Dalam tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan  beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

“Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini,” katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

Sumber : Malaysiakini

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) adalah mengikut sistem SBPA yang diumumkan dahulu:

KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM | BAJET 2012 | Jumlah kenaikan gaji mengikut sistem saraan baru (SBPA) | Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). CONTOH:

Gred 1-16 :RM80
Gred 17-26 :RM120
Gred 27-40 :RM160
Gred 41-48 :RM220
Gred 52-54 :RM260
JUSA A,B,C :RM320