BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Februari 27, 2012

Pelajar SMK Teknik Ingin kembali ke Sekolah Harian - Surat Pembaca

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca - Pelajar SMK Teknik Ingin Kembali Ke Sekolah Harian Biasa
Selamat sejahtera. Saya telah memasuki ke sebuah Sekolah Menengah Teknik di Perak dan saya ingin berpatah balik ke Sekolah Harian kerana saya tidak dapat belajar dalam suasana yang tidak menyenangkan. Saya ada membawa ayah dan kami berbincang bersama-sama Pengetua. Malangnya, Pengetua menyuruh saya untuk menunggu sehingga bulan 4. Saya ingin tahu, adakah Kementerian Pelajaran Malaysia telah tetapkan bahawa adanya prosedur keluar pada bulan 4? Saya seperti ragu-ragu dengan tidakan pihak sekolah di situ. Dan saya ingin tahu, jika saya pergi ke JPN, adakah proses itu akan dipercepatkan?

Herry Ash

Maklum Balas Amiene Rev - Ramai Ingin Ke SMK Teknik
Salam sejahtera kembali. Saya agak terkejut apabila mendengar keputusan Herry Ash untuk kembali ke Sekolah Harian Biasa sedangkan ramai yang ingin masuk ke sekolah teknik kerana peluang untuk masuk ke universiti dalam bidang kejuruteraan atau teknologi yang cerah serta peluang pekerjaan yang cerah. Apa yang dimaklumkan oleh Pengetua sekolah Herry Ash itu adalah benar. Proses pertukaran itu biasanya akan memakan masa sekitar dua atau tiga bulan. Jadi anggaran masa menunggu yang dicadangkan oleh Pengetua Herry Ash itu adalah benar. Kemungkinan benar pada ketika ini, permohonan pertukaran Herry Ash sudah dibuat, apa yang perlu Herry Ash lakukan ialah sentiasa mengemaskini berita atau informasi berkenaan proses tersebut jika Herry Ash betul-betul bimbang tentang status permohonan pertukaran dari SMK Teknik ke SMK Harian biasa itu. Mengenai proses itu akan dipercepatkan atau pun tidak, itu bergantung kepada status di pihak di JPN. Setakat ini sahaja maklum balas yang dapat saya berikan, semoga Herry Ash berpuas hati.

Yang benar,
AMIENE REV