BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Januari 08, 2012

Surat Pembaca - Terlanjur Cinta Kepada Si Dia

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca: Sudah Berpunya Tetapi Terjatuh Cinta Kepada Teman Baik
Di sini saya ingin meluahkan isi hati saya yang sekian lama telah saya pendam. Saya ada seorang teman. Dia sangat baik kepada saya. Dia selalu hiburkan saya ketika saya sedang berduka. Tiba-tiba suatu hari, hati saya lain semacam kepada dia dan saya pun rasa dia merasakan apa yang saya rasakan. Lalu pada malam itu, dia telah menelefon saya dan dia berkata, dia ingin memberitahu saya sesuatu. Dia telah meluahkan perasaannya terhadap saya bahawa dia "mencintai" saya. Saya tersentak. Saya tidak tahu mahu berkata apa kepadanya. Perasaan saya sama juga sepertinya tetapi apakan daya, saya telah berpunya. Apakah saya perlu buat?

Haira


Jawapan Amiene Rev: Di manakah Allah?
Kebanyakan orang mengalami perasaan yang bergolak apabila dilamun cinta kerana kegagalan memahami tujuan cinta. Emosi boleh dikawal, manusia yang lemah kawalan emosinya mudah terjerumus ke dalam pergolakan cinta. Mereka mudah dipermainkan perasaan cinta dan juga nafsu cinta. Dalam Islam, kita telah pun diajar agar menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Jika sudah terjebak ke dalam permainan cinta tiga segi seperti ini, eloklah Haira memohon kepada Allah agar memberi panduan yang terbaik untuk Haira. Untuk soalan atau kes seperti Haira ini, selalu saya jawab, buatlah solat istikharah.

Yang benar,
AMIENE REV