BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, November 17, 2011

Wang Bantuan Persekolahan RM100 Tidak Boleh Dipotong

Wang RM100 hak pelajar, keluarga 
KUALA LUMPUR – Semua pihak diingatkan jangan sesekali memotong wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diagihkan kepada 5.3 juta pelajar di seluruh negara seperti yang diputuskan dalam Bajet 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pihak sekolah atau PIBG membuat potongan terhadap wang bantuan itu, ia perlu dikembalikan segera kepada pelajar terbabit. 

“Tindakan (memotong duit bantuan) itu tidak wajar kerana kerajaan telah memutuskan bahawa ia adalah hak pelajar dan keluarga mereka,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan di sini semalam.