BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 17, 2011

TAWARAN PEMERIKSAAN KERETA PERCUMA - PERODUA RAYA 2011

Perodua menawarkan pemeriksaan percuma 15 perkara kepada pelanggannya di dua stesen servis di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur pada musim balik kampung sempena sambutan Aidilfitri ini. Perkhidmatan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu disediakan di stesen servis Petronas kawasan rehat dan rawat Tapah (arah utara) dan Bentong (arah timur).

Tawaran dari 26 hingga 29 Ogos itu meliputi pemeriksaan enjin, transmisi, sistem penyejuk dan sistem elektrik yang akan dilakukan tiga mekanik di setiap stesen servis berkenaan.

Pemilik kenderaan Perodua akan dinasihati pergi ke cawangan servis terdekat oleh mekanik ini sekiranya kenderaan pelanggan Perodua didapati perlu dibaiki. Pelanggan Perodua juga akan menikmati diskaun 15 peratus bagi alat ganti yang dibeli di cawangan Perodua.