BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Ogos 07, 2011

Rise of the Planet of the Apes - Ulasan Filem

Ulasan Filem: Rise of the Planet of the Apes
"One of The Most Inspiring Freedom Movie" - Amiene Rev
Ulasan Ringkas oleh Amiene Rev (C) 2011

Sinopsis Rise Of The Planet Of The Apes - CAESAR
Sinopsis ditulis dari sudut pandangan Amiene Rev (C) 2011


Dr. Will Rodman telah menghasilkan sejenis penawar berupa retrovirus yang dapat merawat penyakit Alzheimer yang dihasilkan secara kejuruteraan genetik. Penawar ini dikenali sebagai ALZ 112, telah diuji ke atas seekor mawas betina, seekor chimpanzi yang bernama Bright Eyes. Bright Eyes kemudiannya menjadi sepintar manusia. Namun Bright Eyes telah dibunuh kerana salah faham, di mana pada ketika Bright Eyes mahu melindungi anak yang baru dilahirkannya, dia telah menjadi agresif dan dianggap sebagai satu kegagalan bagi produk ALZ 112. Bright Eyes ditembak mati, manakala semua chimpanzi yang masih ada di makmal diperintahkan supaya dibunuh, oleh Steven Jacobs.

Dr. Robert Franklin, rakan sekerja Dr. Will Rodman, berhasrat mahu menyelamatkan anak monyet tersebut, lalu Dr. Will Rodman dengan secara paksa rela, membawa anak monyet itu pulang ke rumah. Anak monyet itu menunjukkan kepintaran luar biasa, dan menjadi rapat dengan ayah Will Rodman iaitu Charles Rodman. Charles menamakan anak monyet itu sebagai Caesar.

Caesar membesar dan menunjukkan kepintaran yang luar biasa. Melihatkan ini, Dr. Will Rodman percaya bahawa ALZ 112 telah berjaya. Beliau menyuntik ALZ 112 ke dalam badan ayahnya. Charles Rodman menunjukkan prestasi yang hebat secara fizikal dan mental. Namun kesan ALZ 112 cuma bertahan sekitar 5 tahun. Selepas itu Charles Rodman beransur-ansur menjadi nyanyuk.

Caesar memeluk Charles Rodman selepas menyerang
jiran tetangga
yang mengasari Charles Rodman.

Penyakit Alzheimer kembali menyerang, dan Charles mendatangkan masalah kepada jiran tetangga. Satu hari Charles dikasari oleh salah seorang jiran tetangga, Caesar berasa marah lalu menggigit jari jiran tetangga. Berikutan itu, Caesar dihantar ke Pusat Perlindungan Mawas San Bruno.

Caesar menolong Charles Rodman dengan membetulkan
cara memegang garfu,
ketika ini Will Rodman mula mengesyaki
kesan ALZ 112 ke atas ayahnya sudah tidak berkesan lagi.


Di San Bruno, selain didera oleh Dodge, Caesar juga dibuli oleh Rocket, seekor mawas yang menjadi ketua di pusat perlindungan mawas tersebut. Caesar akhirnya menerima hakikat bahawa dia mungkin akan dibiarkan selama-lamanya di pusat tersebut, selepas Dr. Will Rodman gagal untuk membawanya keluar dari tempat tersebut kerana faktor undang-undang.

Caesar terpinga-pinga semasa mula-mula
dibawa ke pusat perlindungan mawas.


Caesar merancang strategi untuk menundukkan Rocket, dengan pakatan bersama menerusi Buck. Caesar juga mendapat seorang teman baik, iaitu Maurice, seekor orang utan sarkas.

Maurice - Orang Utan Sarkas yang menjadi rakan baik Caesar

Sementara itu, Jacobs telah meluluskan ALZ 113, yang telah diuji ke atas seekor chimpanzi yang buta sebelah mata, bernama Koba. Ini berikutan kepintaran yang telah dipamerkan oleh Koba terhadap Jacobs sendiri. Namun ALZ 113 mempunyai risiko tersendiri, di mana virus ALZ 113 membunuh manusia secara perlahan-lahan, tetapi memutasikan mawas sehingga menjadi pintar seperti manusia.

Caesar menemui ALZ 113 yang merupakan versi terkini ALZ 112
di peti simpanan Dr. Will Rodman.

Pada suatu malam, Caesar berjaya mencari jalan keluar dari pusat perlindungan mawas itu, lalu dia pun mencuri ALZ 113 yang lebih berkuasa dari peti simpanan Dr. Will Rodman. Virus ALZ 113 disebarkan menerusi udara ke dalam kandang mawas. Berikutan itu, kesemua mawas di pusat perlindungan mawas menjadi pintar seperti manusia. Caesar pula menjadi semakin hebat. Pendedahan ALZ 112 secara pewarisan genetik daripada ibunya, Bright Eyes, dan kini ALZ 113, menjadikan Caesar mampu berbicara seperti manusia. Caesar tidak lagi perlu bergantung kepada bahasa isyarat orang bisu yang dipelajarinya daripada Dr. Will Rodman semasa kecil dahulu.

Caesar menangkap tangan Dodge sebelum Dogde dapat
menyerang Caesar
dengan alat perenjat elektrik.

Caesar meningkatkan semangat mawas-mawas bahawa mereka mampu mengalahkan Dodge (anak kepada penjaga pusat perlindungan mawas yang selalu membuli mereka) dengan merampas alat perenjat elektrik yang sering digunakan Dodge untuk memdera mawas-mawas. Dodge akhirnya terbunuh secara tidak sengaja apabila dia cuba menyerang Caesar.
Caesar dan rakan-rakannya mengepung Steven Jacobs.

Kemudian Caesar meneruskan misi membebaskan mawas-mawas dengan menuju ke ibu pejabat Gen Sys. Caesar mengetahui mengenai kedudukan rakan-rakan mawasnya yang lain menerusi tag berlabel Gen Sys yang tergantung di pintu kurungan mawas-mawas tersebut. Selain membebaskan mawas-mawas, termasuk Koba, dan menyebarkan gas ALZ 113, Caesar juga berangkat menuju ke San Francisco Zoo untuk membebaskan mawas-mawas lain yang pernah dilihatnya, yang terkurung di zoo tersebut.

Caesar memimpin mawas-mawas dalam pertempuran
dengan pihak berkuasa.



Selepas itu, Caesar dan teman-teman seperjuangannya berangkat menuju ke Redwood Forest. Dalam perjalanan menuju ke Redwood Forest, Caesar dan teman-teman mawasnya menghadapi pelbagai rintangan dan sekatan oleh pihak berkuasa. Pertempuran demi pertempuran antara manusia dengan mawas berlangsung, dan kemenangan pada akhirnya berpihak pada mawas. Namun harganya amat mahal apabila Caesar turut kehilangan rakan setiawan seperti Buck Sang Gorila, yang terbunuh selepas menewaskan sebuah helikopter yang dinaiki oleh Steven Jacobs.

Buck Sang Gorila mati dengan cara terhormat, selepas berjaya menewaskan
helikopter yang sedang menembak berpuluh-puluh mawas. Kematian Buck,
merupakan satu kehilangan besar buat Caesar.

Helikopter itu terhempas, dan Jacobs meminta tolong supaya diselamatkan. Caesar memberi peluang kepada Koba untuk membalas dendam. Koba menolak bangkai helikopter yang hampir jatuh itu, dan Jacobs dan bangkai helikopter jatuh ke laut di bawah jambatan Golden Gate Bridge itu.

Sementara itu Dr. Will Rodman bergegas mengejar Caesar yang telah berjaya tiba ke Redwood Forest. Dr. Will Rodman memujuk Caesar supaya pulang, tetapi Caesar tidak mahu. Caesar mengucapkan "Caesar is home" yang membawa maksud Caesar sudah pulang. Redwood Forest adalah tempat di mana Dr. Will Rodman, teman wanitanya Caroline Aranha dan ayahnya, Charles Rodman sering membawa Caesar bermain-main semasa mereka semua masih bersama-sama.

Detik perpisahan Dr. Will Rodman (James Franco)
dengan Caesar
di Redwood Forest

Dr. Will Rodman akur dengan keputusan Caesar. Kemudian Caesar pun dinobatkan sepenuhnya sebagai Ketua Seluruh Mawas dan Redwood Forest menjadi perkampungan mawas-mawas yang telah bermutasi.


ULASAN FILEM RISE OF THE PLANET OF THE APES
Filem ini bukan sahaja dihiasi dengan skor atau runut bunyi yang menarik, tetapi jalan cerita yang segar dan memberi inspirasi. Caesar dalam Rise Of The Planet Of The Apes atau CAESAR ini bukan sahaja telah dihidupkan dengan menarik, malah mungkin lebih dramatik berbanding Milo (atau Caesar versi 1970-an dalam Planet Of The Apes). Jika dalam filem-filem versi lama, iaitu Escape from the Planet of the Apes dan Conquest of the Planet of the Apes, Caesar adalah Milo (bersempena dengan nama Dr. Milo, seekor mawas yang dibunuh oleh gorila) yang merupakan anak kepada Cornelius dan Zira, dua daripada tiga mawas (Cornelius, Zira dan Dr. Milo) yang berjaya merentasi ruang masa dari zaman akan datang ke zaman sebelum bom nuklear meletus. Garapan baru watak Caesar ternyata lebih menyentuh hati.

Dengan ini, filem Rise Of The Planet Of The Apes bukan sahaja bakal menjadi prekuel kepada filem Planet Of The Apes, tetapi bakal membuka jalan cerita versi baru untuk filem Planet Of The Apes.

Sekuel untuk filem ini telah diwujudkan dengan adanya babak-babak memaparkan tentang angkasawan yang hilang di angkasa lepas. Berdasarkan filem versi lama, angkasawan-angkasawan itu sepatutnya akan lenyap dalam putaran masa, menuju ke zaman di mana mawas telah menguasai bumi.

Begitu juga dengan virus ALZ 113 yang telah dijangkitkan kepada seorang juruterbang yang berjiran dengan Dr. Will Rodman. Pada akhir filem, ditayangkan mengenai juruterbang itu telah mula menyebarkan virus ALZ 113. Babak ini menunjukkan bagaimana ALZ 113 menjadi satu pandemik, berjangkit dari satu negara ke satu negara menerusi bersin juruterbang tersebut.

Watak asal Will Rodman pada mulanya ditawarkan kepada Tobey Maguire, pelakon watak Peter Parker atau Spiderman. Namun, selepas tidak mendapat sebarang keputusan yang dipersetujui dua pihak, akhirnya watak itu ditawarkan kepada James Franco (Green Goblin Junior).

Para Pelakon
James Franco as Will Rodman
Freida Pinto as Caroline Aranha
Andy Serkis as Caesar
John Lithgow as Charles Rodman
Chelah Horsdal as Irena
Brian Cox as John Landon
Tom Felton as Dodge Landon
David Oyelowo as Steven Jacobs
Tyler Labine as Robert Franklin
David Hewlett as Hunsiker
Jamie Harris as Rodney

Sidang Produksi
Directed by Rupert Wyatt
Produced by Peter Chernin, Dylan Clark, Rick Jaffa, Amanda Silver
Written by Rick Jaffa, Amanda Silver
Music by Patrick Doyle
Cinematography Andrew Lesnie
Editing by Conrad Buff, Mark Goldblatt
Studio 20th Century Fox
Chernin Entertainment
Distributed by 20th Century Fox
Release date(s) August 5, 2011
Running time 105 mins.
Country United States
Language English
Budget $93 million