BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 10, 2011

Kertas Kecil Yang Bernilai Tinggi - Saham Asia Merudum

Nilai sekeping kertas, adakalanya lebih tinggi daripada 1 gram emas. Adakah berat kertas itu sekitar 1 gram? Semalam, saham Asia dilaporkan jatuh akibat hutang yang ditanggung oleh Amerika Syarikat.

Lihatlah bagaimana kebergantungan ekonomi rata-rata negara di dunia terhadap kuasa Amerika Syarikat, akhirnya memakan diri. Amerika Syarikat kini seolah-olah jantung buat menghidupkan ekonomi negara-negara Asia.

Apabila jantung berhenti berdegup, badan pasti mati. Dalam keadaan sebegini, belenggu ekonomi tampak jelas di kaki-kaki ekonomi hampir semua negara di Asia.

Bila lagi, negara-negara Asia akan muncul sebagai sebuah negara yang hebat, bebas dari belenggu ekonomi Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar yang lain?