BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Ogos 14, 2011

Daun Ketupat Kering - Telemovie Raya Paling Sedih 2006

Telemovie Daun Ketupat Kering
Drama Raya Arahan Rashid Sibir

Para Pelakon:
Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Intan Azura,
Rita Rudaini, Rusdi Ramli, Ezzany


Saluran Tayangan:
TV1 dan TV2 (termasuk ulang tayang)


Salah satu babak imbas kembali dalam telemovie
Daun Ketupat Kering
- Rosyam Nor

Sinopsis:

Drama ini mengisahkan seorang ibu dengan 5 orang anak, seorang menantu dan seorang anak angkat. Semasa si ibu sedang menunggu kepulangan anak-anaknya, satu tragedi menyedihkan telah berlaku di mana keempat-empat orang anaknya meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya (berlanggar dengan treler). Menantu si ibu terselamat, tetapi meninggal dunia selepas melahirkan anak.

Salah satu babak telemovie Daun Ketupat Kering - Rusdi Ramli dan Ezzany

Telemovie Daun Ketupat Kering ini menjadi buah mulut ramai orang, dan oleh yang demikian ramai orang meminta supaya telemovie Daun Ketupat Kering ini ditayang semula. Ada juga pihak-pihak tertentu yang mengambil inisiatif untuk mengedarkan video, VCD, DVD dan Blue Ray drama Daun Ketupat Kering ini dalam bentuk pelbagai media.

Antara babak paling tragik dalam Telemovie Daun Ketupat Kering
lakonan Fauziah Nawi