BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 09, 2011

Bonus Raya 2011 Setengah Bulan Gaji - Minimum RM500

Bonus Raya 2011 Setengah Bulan Gaji

Walaupun jumlah yang diberikan hanyalah setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM500, jauh daripada sasaran bonus 2 bulan gaji yang dituntut Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), tapi itupun sudah memadai. Bolehlah digunakan untuk menampung keperluan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain daripada bonus kepada kakitangan awam yang masih berkhidmat, pesara kerajaan juga turut menikmati bayaran khas sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.