BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Julai 01, 2011

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA - FAKTA-FAKTA

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 19 Oktober 2010 ]
1. Tahukah anda bahawa seorang pesara Tentera atau Pesara Polis, adalah tidak secara automatik menjadi Pengundi Awam selepas bersara. Oleh itu jika anda bersara daripada Perkhidmatan Tentera atau Perkhidmatan Polis, anda perlu membuat pendaftaran yang baru menggunakan Kad Pengenalan Awam (Mykad) untuk menjadi seorang Pengundi Awam.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 14 Oktober 2010 ]
1. Tahukah anda bahawa penentuan Lokaliti dan Pusat Mengundi untuk anda adalah ditentukan mengikut alamat yang terdapat dalam Kad Pengenalan anda. Oleh itu untuk memohon pertukaran alamat Pusat Mengundi, anda perlu menukarkan alamat terkini anda dalam Kad Pengenalan anda terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk memohon pertukaran Pusat Mengundi, anda perlu HADIR SENDIRI dengan membawa Kad Pengenalan atau Resit Sementara JPN ke mana-mana Pejabat SPR atau Kaunter Pendaftaran SPR di seluruh negara atau di mana-mana Pejabat Pos (berkomputer) di seluruh negara.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 26 Ogos 2010 ]
1. Bahawa pembahagian kawasan-kawasan pilihan raya di seluruh negara dibuat mengikut Bahagian Pilihan Raya PARLIMEN, yang di dalamnya mengandungi sekurang-kurangnya dua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Bahagian Pilihan Raya Negeri yang dikenali sebagai Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN). Di dalam kawasan DUN mengandungi beberapa DAERAH MENGUNDI (DM) dan di dalam DM mengandungi LOKALITI-LOKALITI yang dibahagikan mengikut alamat bermaustautin pemilih seperti yang didaftarkan dalam Daftar Pemilih. LOKALITI merupakan unit yang terkecil dalam bahagian pilihan raya, diikuti dengan DAERAH MENGUNDI, Bahagaian DUN dan Bahagian PARLIMEN. Sehingga Disember 2009, terdapat sebanyak 222 Bahagian Parlimen, 576 Bahagian NEGERI (DUN), 7425 DAERAH MENGUNDI dan 81382 Jumlah LOKALITI di seluruh negara.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 17 Ogos 2010 ]
1. SPR juga menetapkan dasar tidak lebih daripada 3,850 pemilih berdaftar dikhaskan untuk setiap Pusat Mengundi. Apabila SPR mendapati sesuatu Pusat Mengundi itu telah mempunyai jumlah pemilih melebihi jumlah tersebut, jika terdapat di dalam Daerah Mengundi berkenaan bangunan sekolah, dewan orang ramai dan sebagainya, SPR diberi kuasa di bawah Akta Pilihan Raya 1958 untuk membuat urusan Belah-bahagi ( redistricting ) Daerah Mengundi berkenaan. Melalui urusan Belah-bahagi Daerah Mengundi ini SPR dapat membuka satu Pusat Mengundi baru di dalam DM yang baru. Melalui tindakan ini, SPR dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada para pengundi pada Hari Pengundian.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 11 Ogos 2010 ]
1. Dalam pengurusan pilihan raya, selaras dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, SPR menetapkan dasar setiap Daerah Mengundi (polling district ) mempunyai satu Pusat Mengundi (polling centre). Ini bagi memastikan semua pemilih berdaftar dalam sesuatu Daerah Mengundi akan mengundi di Pusat Mengundi yang sama pada Hari Mengundi. Setiap Pusat Mengundi mempunyai sekurang-kurangnya satu saluran atau sehingga beberapa saluran Tempat Mengundi (polling stations). Ini bergantung kepada jumlah pemilih berdaftar dalam Daerah Mengundi berkenaan. SPR juga menetapkan tidak lebih daripada 700 pemilih berdaftar dikhaskan untuk setiap saluran Tempat Mengundi, melainkan saluran pertama (Saluran 1) yang dihadkan tidak lebih daripada 350 pemilih Warga Emas. Dengan ketetapan ini setiap warga tua yang datang untuk mengundi akan lebih selesa dan dapat mengundi lebih cepat.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 29 Jun 2010 ]
1. Apabila anda berpindah ke tempat lain dan membuat pertukaran alamat di dalam Mykad dengan JPN, ini tidak secara automatik akan menukarkan tempat anda mengundi. Anda perlu memohon dengan SPR untuk pertukaran alamat di dalam Daftar Pemilih ke tempat mengundi yang beru mengikut alamat baru di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 24 Jun 2010 ]
1. Apabila anda mendaftar sebagai Pemilih, tempat atau kawasan Bahagian Pilihan Raya di mana anda akan mengundi ( Parlimen dan Negeri ) adalah ditentukan berdasarkan alamat di dalam Daftar Pemilih iaitu mengikut alamat di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 21 Jun 2010 ]
1. SPR hanya memotong nama seseorang dari Daftar Pemilih berpunca dua faktor
a. apabila menerima pengesahan kematian dari JPN
b. menerima pengesahan sabitan kesalahan Mahkamah yang melibatkan hukuman penjara melebihi 1 tahun atau / dan denda melebihi RM2000.00

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 16 Jun 2010 ]
1. Nama Pemilih Berdaftar yang telah meninggal dunia tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Pemilih selagi pengesahan rasmi kematian tidak diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan kematian waris anda kepada JPN untuk dikeluarkan sijil kematian. Sijil penguburan yang dikeluarkan oleh Balai Polis tidak boleh digunakan SPR untuk memotong nama seseorang daripada Daftar Pemilih. Sjili kematian yang sah daripada JPN sahaj yang boleh diterima sebagai bukti kematian seseorang Pemilih Berdaftar.

TAHUKAH ANDA .. [ upload pada : 11 Jun 2010 ]
1. Untuk mengundi dalam Pilihan Raya ( sama ada pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil ) anda hendaklah seorang PEMILIH BERDAFTAR. Anda perlu mendaftar sebagai Pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) supaya dapat hak mengundi dalam mengundi dalam pilihan raya.

2. Anda boleh mendaftar di tempat-tempat berikut :
a . Pejabat-pejabat SPR di Putrajaya dan di setiap negeri di seluruh negara;
b. Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara;
c. Kaunter Pendaftaran Bergerak SPR;
d. Wakil-wakil Parti Politik yang dilantik SPR
e. Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan yang dilantik SPR

3. Kelayakan Untuk Anda Mendaftar :
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 21 tahun ke atas
c. Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang
d. Bawa Kad Pengenalan (Mykad) anda
e. Hadir sendiri semasa mendaftar