BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Julai 29, 2011

Permohonan Sertai Pameran Kucing Antarabangsa 2011 Kini Dibuka

Permohonan Sertai Pameran Kucing Antarabangsa 2011 Kini Dibuka

19 Julai 2011 – Pameran Kucing Antarabangsa 2011 yang akan diadakan di Dewan Suarah Kuching 15 Okt ini dijangka menyaksikan penyertaan 200 ekor kucing pelbagai baka dari seluruh dunia.

Presiden Kelab Kucing Sarawak Dr Huey Lee Hui Lin berkata permohonan untuk menyertai pameran itu dibuka mulai Selasa. Tarikh tutup penyertaan 2 Okt.

“Antara kriteria penghakiman ialah kecantikan, keunikan, kesihatan dan perilaku. Kucing yang suka bermain dan lincah pasti akan mudah memperoleh markah berbanding kucing-kucing yang kurang aktif, malu-malu atau menunjukkan rasa takut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata panel hakim bagi tahun ini dibawa khas dari Amerika Syarikat dan Australia. Turut diadakan sempena pameran itu ialah pelbagai bengkel untuk peserta dan pengunjung.

Beliau berkata pameran tahun ini dianjurkan bersama Kelab Kucing Sarawak dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Muzium Kucing Sarawak, Biro Konvensyen Sarawak (SCB) dan Cat Fanciers Association (CFA).

Mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pameran itu boleh melayari laman web www.sarawakcatclub.com.