BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Julai 24, 2011

Path Of Seven Thoughts

Jalan Tujuh Pemikiran
Idealist Blogger
Cetusan Rasa Penulisan Oleh: Amiene Rev (C) 2011


Sejak akhir-akhir ini kekacauan remeh-temeh didapati berleluasa di mana-mana. Dunia teknologi memudahkan tingkah laku digital yang tidak sihat mencapai tujuannya. Tidak kira sebelum atau selepas kisah pencerobohan siber, pelbagai lagi serangan berbentuk digital, sama ada grafik atau pun teks, tetap terus berlaku.

Aku meneliti fenomena ini sebagai fenomena penimbulan sisi gelap dalam diri manusia. Dahulu, secara fizikal, manusia memaparkan tingkah laku negatif mereka menerusi cara pemakaian dan lisan. Sedar atau tidak, kini sisi gelap manusia semakin mudah dipaparkan dalam bentuk teks.

Teks mempunyai kuasa yang tidak diduga. Sejak dahulu, teks dan perkataan digunakan untuk meraih semangat dan pengaruh. Kelahiran sajak-sajak dan puisi-puisi mengiringi perjuangan manusia. Sasterawan-sasterawan menukilkan sajak-sajak yang indah bahasanya untuk menyemarakkan lagi semangat perjuangan satu-satu pihak. Baru-baru ini, jika seorang menteri berjaya dalam fitnahnya terhadap seorang blogger, maka tidak mustahil pada suatu hari nanti, sebuah negara dihuru-harakan menerusi teks seorang blogger.

Aku memutuskan tujuh jalan pemikiran yang dapat menjadi panduan kepada penulis-penulis di internet dalam usaha untuk menghalang sisi gelap dari terus meracuni minda rakyat, dan seterusnya menghindari huru-hara yang bakal berlaku kelak.

Jalan Tujuh Pemikiran merupakan tujuh laluan penulisan yang dapat membimbing para penulis untuk menyatu-padukan hierarki penulisan ke dasar unggul jati diri penulis terhadap perpaduan dalam negara.

Ini adalah permulaan. Penyatuan blogger. Ini adalah satu langkah, satu usaha, sebesar zarah debu. Halus, tidak dapat dilihat, namun mampu mengundang selsema.