BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Julai 23, 2011

Kematian - Amy Winehouse Meninggal Dunia

Penyanyi top Amy Winehouse yang popular dengan lagu Back To Black telah meninggal dunia. Amy Winehouse telah ditemui mati di pangsapurinya di London pada 23 Julai 2011.

Memandangkan Amy Winehouse meninggal dunia pada usia yang sangat muda, iaitu 27 tahun, maka ramai orang kurang percaya dengan berita ini. Ini berikutan terdapat beberapa gosip dan khabar angin yang tidak benar sebelum ini, melibatkan beberapa orang artis popular. Antaranya, Justin Bieber pernah dikhabar anginkan meninggal dunia selepas ditembak mati. Walhal, berita tersebut tidak benar, di mana peristiwa tembakan itu sebenarnya merupakan salah satu babak dalam sebuah filem berunsurkan jenayah.


PETIKAN MSTAR 24 JULAI 2011 (Ahad)

Amy Winehouse Meninggal Dunia

PENYANYI berasal dari England, Amy Jade Winehouse (Amy Winehouse), 27, (gambar) yang pernah terlibat dengan masalah dadah dan minuman keras meninggal dunia pada Sabtu.

Menurut Daily Mail, penyanyi lagu Rehab itu ditemui mati di kediamannya di Camden, London, England. Perkara itu sudah disahkan oleh pihak polis.

"Seorang wanita yang menemui mayat Amy telah menghubungi pihak Ambulan London ke Camden Square NW1 sebelum polis menyusul ke tempat kejadian," kata salah seorang sumber polis.

Sehingga sekarang, polis masih mencari penyebab sebenar kematian Amy dan menjalankan siasatan lanjut. Namun, Amy dipercayai meninggal kerana terlalu banyak mengambil dadah.